Berita Harian

Tentera Ukraine tawan semula bandar Lyman

Zelensky ikrar ‘rempuh’ lebih banyak kawasan wilayah ditakluki Russia

-

Tentera Ukraine mula memasuki ke bandar Lyman di timur wilayah Donestsk, yang juga satu daripada empat wilayah yang Russia isytihar miliknya Jumaat lalu.

Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky, berkata pihaknya bertekad akan ‘merempuh’ lebih banyak kawasan dalam empat wilayah berkenaan dalam masa terdekat.

“Sepanjang minggu ini, lebih banyak bendera Ukraine berjaya dikibarkan di Donbas...akan ada lebih banyak lagi dalam tempoh seminggu ini,” katanya melalui ucapan di sini.

Dalam perkembang­an terbaru itu, serangan balas Kyiv selama seminggu terhadap penceroboh­an Moscow berlaku ketika menteri pertahanan Jerman membuat lawatan mengejut ke Ukraine.

Ia juga berlaku ketika Russia berdepan tuduhan membunuh 24 orang awam di rantau timur Kharkiv.

Penawanan semula bandar Lyman menandakan kemenangan pertama tentera Ukraine di wilayah yang didakwa adalah milik

Kremlin, malah ia cuba dipertahan­kan tentera Moscow selama berminggu-minggu sebelum ini.

Kementeria­n Pertahanan Ukraine mengesahka­n tenteranya sudah memasuki Lyman di timur wilayah Donetsk selepas berjaya mengepung ribuan tentera Russia berhampira­n bandar itu.

Russia minta tentera berundur

Malah, kementeria­n itu turut menyiarkan sebuah video yang memaparkan tentera Ukraine memegang bendera negara berkenaan berhampira­n papan tanda bandar terbabit.

Susulan pengumuman Ukraine mengenai penawanan semula

tenteranya di bandar Lyman, Kementeria­n Pertahanan Russia mengesahka­n negara itu meminta tentera mereka berundur dari bandar terbabit ke kawasan lain yang dipersetuj­ui.

Sementara itu, pakar memberi amaran bahawa Presiden Russia, Vladimir Putin, dijangka menggunaka­n senjata nuklear untuk mempertaha­nkan wilayah ditaklukin­ya susulan kerugian yang ditanggung semakin tinggi.

Pemimpin Republik Chechnya, Ramzan Kadyrov, berkata Russia dijangka akan mempertimb­angkan untuk menggunaka­n senjata nuklear berkuasa rendah selepas tentera Moscow dipaksa keluar

dari Lyman.

“Pada pendapat saya, tindakan lebih drastik perlu diambil termasuk pengisytih­aran undangunda­ng tentera di kawasan sempadan dan penggunaan senjata nuklear kuasa rendah,” katanya di saluran Telegram.

Kadyrov mentadbir Republik Chechnya yang majoriti pendudukny­a adalah beragama Islam di Russia secara kuku besi.

Perkembang­an itu berlaku sehari selepas Putin mengadakan upacara besar-besaran bagi meraikan penaklukan empat wilayah Ukraine iaitu, Donetsk, Luhansk, Zaporizhzh­ia dan Kherson. AFP

 ?? (Foto REUTERS) ?? Tentera Ukraine memberi kenyataan di hadapan pejabat pentadbira­n bandar Lyman.
(Foto REUTERS) Tentera Ukraine memberi kenyataan di hadapan pejabat pentadbira­n bandar Lyman.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia