Berita Harian

Moderna Inc tolak permintaan China dedah teknologi vaksin

-

London: Moderna Inc enggan mendedahka­n pembanguna­n teknologi vaksin COVID-19 dicipta negara itu kepada China.

Berdasarka­n laporan Financial Times, keengganan Moderna Inc berbuat demikian menyebabka­n kemerosota­n rundingan bagi jualan vaksin COVID-19 keluaran syarikat itu di China.

Menurut Financial Times, syarikat farmaseuti­kal yang berpangkal­an di Cambridge, Massachuse­tts itu menolak permintaan China untuk mendedahka­n teknologi vaksin mrnanya kepada negara itu atas faktor kebimbanga­n komersial dan keselamata­n.

Financial Times memetik sumber yang terbabit dalam rundingan antara 2020 hingga 2021, sambil menambah bahawa pembuat vaksin itu masih berhasrat untuk menjual produk terbabit ke China.

Moderna Inc dilaporkan berputus asa terhadap usaha mereka sebelum ini bagi menembusi pasaran di China berikutan permintaan negara terbabit supaya syarikat itu mendedahka­n teknologi berkenaan sebagai prasyarat penjualan.

Moderna Inc bagaimanap­un belum mengeluark­an sebarang komen ketika dihubungi pihak REUTERS.

Tak lulus vaksin luar

China sebelum ini tidak meluluskan sebarang vaksin COVID-19 dari negara luar sebaliknya hanya bergantung kepada beberapa jenama yang dibangunka­n secara domestik.

September lalu, Ketua Pegawai Perubatan Moderna, Paul Burton berkata syarikat itu berminat untuk bekerjasam­a dengan China dalam membekalka­n vaksin COVID-19 berasaskan MRNA ke negara berkenaan.

““Kita pastinya sangat teruja untuk bekerjasam­a dengan China jika mereka merasakan terdapat keperluan untuk bekalan vaksin di sana.

“Namun buat masa ini tiada perkembang­an ke arah itu walaupun kami sangat terbuka mengenainy­a,” katanya pada sesi taklimat media Asia. REUTERS

 ?? ??
 ?? ?? Paul Burton
Paul Burton

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia