Berita Harian

Protes masuk minggu ketiga

-

Dubai: Penunjuk perasaan yang berhimpun di seluruh Iran susulan kematian wanita berusia 22 tahun, Mahsa Amini dalam tahanan polis masih berterusan hingga memasuki minggu ketiga.

Protes itu yang tercetus pada 17 September lalu berlarutan hingga membawa kepada tentangan terbesar terhadap pihak berkuasa Iran sejak 2019 di mana puluhan penduduk terbunuh dalam pergolakan di seluruh negara.

Warga Iran di luar negara turut mengadakan protes di London, Rome, Madrid dan beberapa bandar barat lain sebagai solidariti dengan penunjuk perasaan Iran memegang gambar Mahsa.

Mahsa dilaporkan meninggal dunia tiga hari selepas ditahan oleh polis di negara terbabit berikutan memakai pakaian tidak sesuai.

Di Iran, siaran media sosial menunjukka­n perhimpuna­n di bandar besar termasuk Tehran, Isfahan, Rasht dan Shiraz manakala di Bazaar, penunjuk perasaan anti kerajaan melaungkan ayat bahawa mereka akan dibunuh jika tidak bersatu.

Melalui paparan video yang dikongsi di media sosial termasuk Twitter Tavsir1500, orang ramai turut bertindak menghalang laluan jalan utama dengan pagar.

Sementara itu, berdasarka­n maklumat di Twitter juga, pelajar turut tidak ketinggala­n membuat protes di beberapa universiti termasuk di Universiti Tehran di mana puluhan orang ditahan.

Menurut agensi berita, Fars, beberapa penunjuk perasaan turut ditahan di dataran berhampira­n

universiti itu.

31 wilayah terlibat protes

Protes bermula sejak pengebumia­n Mahsa pada 17 September sebelum ia berleluasa ke 31 wilayah Iran membabitka­n semua lapisan masyarakat termasuk etnik dan agama minoriti yang menuntut pengundura­n pemimpin tertinggi, Ayatollah Ali Khamenei.

Menurut Amnesty Internatio­nal, tindakan keras kerajaan terhadap demonstras­i setakat ini menyebabka­n kematian sekurangku­rangnya 52 orang, dengan ratusan lagi cedera.

Sementara kumpulan hak asasi manusia pula berkata, puluhan aktivis, pelajar dan artis turut ditahan.

Di London, kira-kira 2,500 orang kebanyakan­nya warga Iran turut mengadakan protes di Dataran Trafalgar begitu juga di Paris di mana puluhan orang memegang bendera Iran dan gambar mangsa ketika berkumpul.

Di Madrid pula, seorang wanita Iran memotong rambutnya semasa protes yang dihadiri puluhan orang, di mana mereka turut membakar tudung semasa demonstras­i. REUTERS

 ?? (Foto AFP) ?? Protes kematian wanita dalam tahanan di Iran berterusan masuk minggu ketiga.
(Foto AFP) Protes kematian wanita dalam tahanan di Iran berterusan masuk minggu ketiga.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia