Berita Harian

Ganjil bersaing pada Malam Gala AACA 2022

Naskhah arahan Yusry menang empat kategori peringkat National Winner

- Oleh Farihad Shalla Mahmud farihad@bh.com.my Saniboey Mohd Ismail,

Drama bersiri Ganjil terbitan Razor’s Edge Pictures melakar sejarah apabila memenangi empat kategori peringkat National Winner pada Asian Academy Creative Awards (AACA) 2022.

Ganjil arahan Datuk Yusry Abd Halim memenangi dua kategori utama iaitu Drama Bersiri Terbaik dan Pengarah Terbaik.

Drama yang disiarkan di saluran penstriman Viu, September tahun lalu itu turut meraih trofi Sinematogr­afi Terbaik dan Kesan Khas Visual Terbaik.

Dengan kemenangan itu, Ganjil akan bersaing dengan drama bersiri terbitan 14 negara Asia Pasifik bagi merebut trofi Drama Bersiri Terbaik pada Malam Gala AACA 2022 di Singapura, pada 5 Disember depan.

Mengulas kejayaan itu, Penerbit Eksekutif, Datuk Saniboey Mohd Ismail bangga apabila drama dihasilkan dengan pelbagai kekangan itu mendapat pengiktira­fan terbesar di pentas antarabang­sa.

“Sepatutnya, penggambar­an drama mengambil masa 40 hari sahaja, namun, berlanjuta­n berbulan-bulan lamanya.

“Keadaan ini berlaku berikutan proses pembikinan tertangguh tiga kali akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Pelan Pemulihan Negara (PPN).

“Selain itu, kos pembikinan rendah juga menjadi antara cabaran perlu dihadapi sedangkan kita tahu, kebanyakan negara pesaing mengeluark­an bajet cukup besar untuk produk mereka.

“Biarpun berdepan kekurangan, saya bangga Ganjil mampu bersaing dengan drama bajet besar.

Tampil pelakon hebat

“Ganjil juga menjadi satusatuny­a drama dari Malaysia mendapat empat pencalonan dan memenangi semua kategori,” katanya kepada HIP.

Mengangkat tema cinta dalam perspektif lebih luas, Ganjil

menampilka­n lakonan hebat Fattah Amin, Diana Danielle, Izzue Islam dan Fatin Afeefa.

Walaupun kos penerbitan bukanlah penentu kualiti karya, Saniboey berkata, dalam dunia digital dan Over-the-top (OTT), nilai produksi lebih penting buat penonton.

“Ganjil dihasilkan dengan kos RM1.6 juta iaitu RM160,000 untuk satu episod.

“Jumlah itu sangat kecil berbanding bajet drama dihasilkan produksi luar negara lain terutama dari Korea Selatan.

“Tidak semestinya bajet besar memberi jaminan filem berkualiti, namun pemikiran penonton sekarang yang lebih ke arah digital ini melihatnya daripada segi nilai produksi.

“Bagi mereka, jika karya ada bajet besar, ia mesti berkualiti. Persepsi ini memberi kesan kepada penerbit seperti kami.

Biarpun berdepan kekurangan, saya bangga Ganjil mampu bersaing dengan drama baje besar

Penerbit

“Apabila semua pemenang dari setiap negara bertanding pada peringkat lebih besar pada 5 Disember depan, akan timbul perasaan pesimis dalam hati.

“Kita akan mudah menyerah kalah hanya kerana berasakan drama tewas disebabkan naskhah berbajet rendah.

“Rasa tak seronok nak bertanding jika perasaan seperti ini wujud,” ujarnya yang menerbitka­n Ganjil bersama rakan kongsinya, Latiff Mohaideen.

Drama Ganjil diilhamkan daripada filem kegemaran Saniboey iaitu The Lovely Bones arahan Peter Jackson pada 2009.

AACA ditubuhkan bagi mengiktira­f pencapaian kreatif oleh industri media daripada pelbagai platform termasuk televisyen (TV), digital dan penstriman dalam talian di seluruh dunia.

 ?? ??
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia