Berita Harian

Watak Kirana bawa tuah buat Nad

-

Penangan watak Kirana dilakonkan dalam drama Dendam Seorang Isteri membawa tuah kepada aktres, Nad Zainal yang terpilih sebagai wakil Malaysia menerusi kategori Pelakon Wanita Terbaik pada Asian Academy Creative Awards (AACA) 2022.

Nad tidak menyangka watak antagonis lakonannya yang dikecam penonton, memberi memberi impak positif sehingga terpilih bersaing pada AACA 2022 yang disertai penggiat seni di rantau Asia Pasifik, Disember depan.

“Apabila dapat tahu, saya gembira dan terkejut. Namun, jujurnya, saya tidak letakkan apa-apa harapan melalui watak Kirana.

“Namun, saya percaya ini adalah rezeki anak-anak saya... Alhamdulil­lah,” katanya kepada HIP.

Nad diumumkan sebagai National Winner lalu layak mewakili negara pada Malam Gala AACA 2022, akan bersaing dengan calon lain pada acara anugerah yang akan berlangsun­g di Dewan Chijmes, Singapura, selama dua hari mulai 7 Disember depan.

AACA 2022 dianjurkan bagi meraikan kandungan dan karya kreatif terbaik di rantau Asia Pasifik.

Selain Nad, pelakon, Beto Kusyairy terpilih sebagai wakil negara dalam kategori Pelakon Lelaki Terbaik melalui drama Scammer 2.

Kekuatan watak antagonis

Nad bersyukur watak antagonis dibawanya dalam drama Dendam Seorang Isteri bersaing dengan pelakon utama terbaik di Asia Pasifik.

“Jarang watak antagonis diangkat sebagai pilihan atau menjadi karakter yang penonton suka.

“Kalau tanya, saya pun tidak tahu kekuatan Kirana. Ia terletak kepada penonton yang menilai.

“Saya suka watak Kirana kerana dalam sikapnya yang ‘daring’, ada sisi kemanusiaa­n.

“Selalunya, kalau jahat, watak itu jahat semata-mata. Namun, melalui watak Kirana, dia ada motivasi mengapa berkelakua­n jahat.

“Mungkin itulah kekuatan watak Kirana sehingga diangkat sebegitu,” katanya.

Bagi Nad, penghayata­nnya melalui watak antagonis itu menyerlah mungkin disebabkan jarang menghidupk­an karakter seumpama itu.

“Saya bukanlah seorang yang ‘daring’ dan seksi. Apabila watak Kirana berbeza daripada diri sendiri dan karakter lain yang pernah saya bawa, orang rasakan watak ini menyerlah.

“Namun, proses yang dilalui untuk menghayati karakter ini sama sahaja dengan projek lain,” katanya yang baru selesai menjayakan drama Cina Buta.

Drama Dendam Seorang Isteri mencetuska­n fenomena apabila merekodkan lebih 5.5 juta tontonan hingga tersenarai dalam carta 10 program popular aplikasi penstriman Astro Go.

Diadaptasi daripada karya Korea Selatan, Tempation of Wife, drama terbabit diarah oleh Nizam Zakaria dan Uchee Fukada.

Dendam Seorang Isteri terbitan Radius

One Sdn Bhd berkisar Amira lakonan Fasha Sandha yang berkahwin dengan Harris (Wan Raja) berdepan dengan pergolakan rumah tangga disebabkan munculnya Kirana (Nad).

Drama itu turut dijayakan Aidit Noh, Roy Azman, Amylea, Dian P Ramlee, Sharmaine Farouk dan Zarynn

Min.

Dendam Seorang Isteri ditayangka­n di saluran Astro

Prima mulai 21

Mac lalu.

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia