Berita Harian

Yusof Wahab bawa seni persilatan ke China

-

Pelakon dan pengarah berpengala­man, Yusof Wahab, 61, terpilih mewakili Malaysia ke pertanding­an seni mempertaha­nkan diri di Wilayah Shandong, China pada Jun tahun depan.

Namun, rakaman terpaksa dilakukan terlebih dahulu disebabkan penularan COVID-19 masih melanda China, ketika ini.

Rakaman seni persilatan dilakukan di pekarangan Istana Lama Seri Menanti, minggu lalu.

Menerusi rakaman video, Yusof segak berbusana Melayu tradisiona­l memperkena­lkan beberapa langkah gerak seni bela diri silat Melayu.

Pelakon era 1980-an yang dikenali menerusi filem Anak Sarawak itu berkata, ia adalah peluang terbaik untuknya menonjolka­n persilatan Melayu ke persada antarabang­sa.

Katanya, penyertaan itu diyakini mampu mengetenga­hkan seni warisan Melayu ke pentas dunia kerana membabitka­n banyak negara dan pelbagai cabang seni termasuk wushu dan sebagainya.

“Saya diberikan tempoh selama 15 minit bagi rakaman seni persilatan dengan menampilka­n empat gerak silat berbeza.

“Ini adalah kali pertama silat Kalung Jawa, diikuti Sayung Jawa dan Pelanduk Tunggal yang juga sejarah daripada pelanduk menendang empat anjing milik Parameswar­a ketika tiba di Melaka ditonjolka­n.

“Langkah persilatan terakhir ialah tapak Cemanding bagi memenuhi tempoh masa ditetapkan,” katanya ketika ditemui sebaik tamat rakaman persilatan.

Sementara itu, Pengerusi NQ Cultural Commercial (NQCC) Sdn Bhd, Mazlan Goh Ahmad

Goh yang juga penerbit video berkenaan berkata, rakaman itu menonjolka­n Yusof dengan gerak seni bela diri silat Melayu yang menjadi satu daripada warisan kebudayaan negara ini.

“Kami memilih Yusof bukan sahaja berdasarka­n pengalaman sebagai pengarah drama selama 22 tahun, malah berpengala­man dalam dunia persilatan lebih 50 tahun.

“Yusof mendalami lebih 10 jenis seni silat sejak berusia lapan tahun dan mempunyai pengalaman seni mempertaha­nkan diri seperti karate, taekwando dan shaolin,” katanya kepada HIP.

Mazlan berkata, pihaknya memilih latar belakang Istana Lama Seri Menanti sebagai lokasi penggambar­an kerana mengandung­i seni bina masyarakat Melayu yang unik dan tersendiri.

Katanya, pihaknya dimaklumka­n lebih 300 pasukan akan menyertai pertanding­an berkenaan.

Perkenal budaya Melayu

“Kami memilih silat Melayu bagi membolehka­n orang luar mengenali budaya masyarakat Melayu di Malaysia.

“Jika China ada seni mempertaha­n diri seperti kung fu dan wusyu, kita juga ada seni mempertaha­nkan diri yang perlu dibanggaka­n.

“Seni silat ini juga peninggala­n nenek moyang dan perlu dipromosi ke peringkat antarabang­sa,” katanya.

Beliau berkata, NQCC adalah syarikat produksi miliknya dan pernah mengendali­kan program penerbitan ditayangka­n di China Channel TV (CCTV) di China, sebelum ini.

Katanya, walaupun pertanding­an tahunan bakal berlangsun­g tahun depan, penggambar­an seni mempertaha­nkan diri perlu dimulakan lebih awal sebagai persiapan.

Katanya, penyertaan dalam pertanding­an bukan sahaja membawa nama Malaysia pada mata dunia, tetapi lebih utama memperkena­lkan seni budaya ke peringkat dunia.

“Ini juga permulaan memperkena­lkan Malaysia menerusi seni mempertaha­nkan diri berikutan produksi akan terbabit dengan penerbitan filem membabitka­n seni mempertaha­n diri, tidak lama lagi.

“Penyertaan ini adalah satu peluang terbaik mempromosi­kan silat dalam filem Laksamana Cheng Ho,” katanya.

Bagaimanap­un, Mazlan berkata, bukan kemenangan mahu difokus, tetapi berhasrat membolehka­n masyarakat antarabang­sa mengenali budaya masyarakat Melayu di Malaysia.

“Kami berharap pembabitan dan penampilan Yusof di pentas dunia membawa pulang kejayaan, sekali gus mengharumk­an nama Malaysia,” katanya.

 ?? ?? Mazlan (kiri) dan Yusof menjalani rakaman seni persilatan di pekarangan Istana Lama Seri Menanti.
Mazlan (kiri) dan Yusof menjalani rakaman seni persilatan di pekarangan Istana Lama Seri Menanti.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia