Berita Harian

Korsakoff raih trofi di Cannes

Karya belum ditayang, tetapi sudah terima pengiktira­fan antrabangs­a

- Oleh Fatin Farhana Ariffin fatin.farhana@bh.com.my Korsakoff.

Korsakoff dipilih sebagai pemenang untuk Ogos dan layak dicalonkan bagi anugerah tahunan yang berlangsun­g,

Mei tahun depan

Karya terbitan Syarikat D’alpha Legacy (M) Sdn Bhd, Korsakoff berkisar kisah wanita kekurangan vitamin B1 yang diculik, meraih trofi Filem Psikologi Terbaik pada Festival Filem Dunia Cannes (CWFF).

Sebelum ini, sebuah lagi filem dihasilkan syarikat produksi sama, Eva terpilih sebagai pemenang Kategori ‘Thriller’ dan ‘Suspense’ dalam pertanding­an bulanan anjuran Festival Filem Cannes.

Dengan kemenangan itu, Eva bakal mengisi slot tayangan pada Festival Filem Cannes 2023 dan tercalon dalam senarai Filem Terbaik bagi Kategori ‘Thriller’ dan ‘Suspense’.

Penerbit, Diyana Ismail, berkata syarikat berbangga apabila dua karya dihasilkan diiktiraf pada peringkat antarabang­sa.

“Saya menghantar dua filem iaitu Eva dan Korsakoff ke festival filem di Perancis dan bersyukur selepas Eva, Korsakoff pula diiktiraf juri profesiona­l pada Festival Filem Dunia Cannes.

“Namun, Korsakoff bukan menang pada Festival De Cannes seperti filem Eva... Jangan salah faham.

“Korsakoff dipilih sebagai pemenang untuk Ogos dan layak dicalonkan bagi anugerah tahunan yang berlangsun­g, Mei tahun depan.

“Saya bersyukur dengan kemenangan ini kerana selepas menghasilk­an lima filem, Korsakoff diiktiraf pada peringkat antarabang­sa, biarpun belum ditayangka­n.

“Saya berbangga apabila berjaya membuktika­n filem Malaysia boleh dibawa ke luar negara,” katanya kepada HIP.

CWFF yang diasaskan Karolina Bomba pada 2020 adalah acara pengiktira­fan tahunan kepada filem, filem pendek, dokumentar­i, animasi, muzik video, komersial, siri web dan kandungan kreatif lain.

Kerjasama pelakon lonjak filem

Mengulas kekuatan filem Korsakoff, Diyana berkata, jalan cerita dan barisan pelakon menjadi antara faktor menyebabka­n karya terbabit dipandang tinggi.

“Walaupun Elly Arifin adalah aktres baharu dan kali pertama jadi heroin, dia disokong pelakon handalan seperti Erra Fazira,

Ning Baizura, Azhan Rani dan Iqram Dinzly.

“Jadi, saya percaya kerjasama pelakon membuatkan filem ini berjaya. Sungguhpun pelakon tidak ramai, saya percaya mutu filem ini cukup memuaskan.

“Semuanya kerana keserasian antara pelakon yang dianggap menjadi,” katanya.

Mengenai jalan cerita Korsakoff, Diyana berkata, filem memaparkan seorang wanita mengalami penyakit Korsakoff atau kekurangan vitamin.

“Elly membawa watak wanita dijangkiti penyakit Korsakoff. Secara ringkas, filem ini membawa penonton melihat perjalanan pelakon utama diculik disebabkan mahu membalas dendam,” katanya.

Korsakoff yang menjalani penggambar­an, akhir tahun lalu, akan ditayangka­n di platform Over-the-top (OTT), tidak lama lagi.

D’alpha Legacy ditubuhkan sejak lima tahun lalu pernah menghasilk­an filem Kelaster dan Frontliner serta Bisikan yang belum ditayangka­n lagi.

Sementara itu, perasaan pelakon utama Korsakoff, Elly Ariffin bercampur baur apabila diberitahu filem lakonannya berjaya di persada antarabang­sa.

Elly tidak sangka percaturan terjun dalam dunia lakonan selepas membina karier dalam bidang kewartawan­an dan pengacaraa­n, diiktiraf.

Pertama kali pegang watak utama

“Saya tidak sangka kerana ini kali pertama saya pegang watak utama dalam filem. Lebih lagi, dalam filem berat dan diganding pula dengan pelakon hebat.

“Harapan orang ramai terhadap filem ini mungkin tinggi sebab pelakonnya semua hebat-hebat.

“Sebaliknya, saya hanyalah pelakon baharu memegang watak utama... ini agak membebanka­n saya,” katanya.

Elly akui watak Jelita tidak mudah dibawa.

“Watak Jelita berat dan memerlukan saya bermain dengan emosi yang banyak. Malah, hendak faham jalan cerita dan karakter Jelita sudah cukup sukar.

“Namun, Alhamdulil­lah dengan tunjuk ajar pengarah dan rakan pelakon, membantu saya menjayakan watak.

“Saya sangat bersyukur kepada D’alpha Legacy yang memberi peluang dan berani mengambil risiko mengetenga­hkan saya sebagai pelakon utama,” katanya yang berharap filem berkenaan dapat membuka mata ramai terhadap penyakit

 ?? Penerbit ?? Diyana Ismail,
Elly Ariffin
Penerbit Diyana Ismail, Elly Ariffin

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia