Berita Harian

Apa sudah jadi Liverpool?

-

Liverpool: Jurgen Klopp mengakui tahap keyakinan Liverpool merosot ketika hatrik Leandro Trossard membolehka­n Brighton mengikat mereka 3-3 di Anfield, kelmarin.

Liverpool hanya menang dua daripada tujuh perlawanan pertama Liga Perdana Inggeris musim ini, dan sudah ketinggala­n 11 mata di belakang pendahulu, Arsenal - lawan mereka di Emirates minggu depan.

Anak buah Klopp hampir dikejutkan dengan kekalahan pertama dalam saingan liga di Anfield sejak 2017 apabila penyerang Belgium itu meledak dua kali dalam tempoh 17 minit pertama.

The Reds bagaimanap­un bangkit dengan dua gol Roberto Firmino sebelum gol sendiri Adam Webster meletakkan tuan rumah di landasan kemenangan.

Bagaimanap­un dalam perlawanan pertama Roberto De Zerbi sebagai pengendali Brighton, The Seagulls meraih keputusan positif apabila Trossard melengkapk­an hatrik tujuh minit sebelum tamat permainan.

“Tahap keyakinan tidak cukup tinggi. Kami sepatutnya bertahan ketika ketiga-tiga gol itu dengan lebih baik.

“Kami perlu berusaha, pemain boleh melakukann­ya dengan lebih baik. Tugas saya ialah mewujudkan situasi untuk mereka beraksi lebih baik,” kata Klopp.

Liverpool kekal di tangga kesembilan liga, manakala Brighton terus menghuni tangga keempat.

Selepas menggantik­an Graham Potter yang menjadi bos baharu Chelsea, De Zerbi menerapkan corak permainan yang berjaya memerangka­p Liverpool.

“Potter perlu diberi pujian kerana dia meninggalk­an pasukan yang hebat untuk saya. Saya tidak lakukan banyak perubahan, hanya menambah sedikit buah

fikiran saya,” kata De Zerbi.afp

 ?? (Foto EPA) ?? Aksi Liverpool menentang Brighton berkesudah­an seri 3-3 di Anfield, kelmarin.
(Foto EPA) Aksi Liverpool menentang Brighton berkesudah­an seri 3-3 di Anfield, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia