Berita Harian

Rusuhan di Malang kedua terburuk

Tragedi di Lima, Peru catat korban terbanyak, 328 nyawa

-

Kuala Lumpur: Insiden kematian yang kini meningkat kepada 174 orang di Stadium Kanjuruhan, Malang - adalah yang kedua terburuk dalam sejarah tragedi ketika perlawanan bola sepak.

Rusuhan penyokong ketika aksi Liga 1 Indonesia antara Arema FC dan Persebaya Surabaya itu mengatasi tragedi di Stadium Accra Sports, Ghana yang mengorbank­an 126 nyawa.

Tragedi paling buruk ialah di Lima, Peru, di mana 328 nyawa terkorban ketika aksi kelayakan Olimpik Tokyo antara Peru dan Argentina pada 24 Mei 1964.

Penyokong ceroboh padang

Ketika permainan berbaki dua minit di Estadio Nacional itu, Argentina masih mendahului 1-0. Kemudian Peru menjaringk­an gol penyamaan, tetapi dibatalkan pengadil dari Uruguay, Angel Eduardo Pazos, yang didakwa berat sebelah.

Insiden tercetus apabila seorang penyokong tuan rumah bernama Bomba, meluru ke dalam padang dan membelasah pengadil. Apabila penyokong kedua masuk, dia dibelasah dengan teruk oleh polis.

Akhirnya lebih ramai penyokong masuk ke padang dan pihak polis turut menjadi mangsa. Rusuhan tercetus dan polis

menembak gas pemedih mata untuk menyuraika­n penyokong.

Bagaimanap­un dengan pintu keluar ditutup dan lebih banyak gas pemedih mata dilancarka­n, penyokong mula bersesak dan ramai yang terperangk­ap.

Selepas dua jam, pintu dibuka semula dan sekurang-kurangnya 328 orang terkorban akibat sesak nafas dan dipijak. Ada dakwaan mengatakan jumlah korban sebenarnya lebih tinggi kerana pihak berkuasa ingin menutup kematian disebabkan tembakan oleh pihak polis.

Insiden hampir sama berlaku 37 tahun kemudian ketika perlawanan di antara Accra Hearts dan Asante Kotoko di Stadium Accra Sports.

Akibat tewas 2-1 di tangan Accra Hearts, penyokong Kotoko mengamuk dan mula membuat kacau. Polis menggunaka­n gas pemedih mata dan peluru getah tetapi bukan hanya penyokong Kotoko yang menjadi mangsa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia