Berita Harian

Arif Aiman akhiri kemarau gol

-

Johor Bahru: Dua gol yang dijaringka­n Arif Aiman Hanapi ketika Johor Darul Ta’zim (JDT) membelasah Negeri Sembilan FC 5-0 pada aksi Liga Super malam kelmarin, harus memberi pengertian mendalam buat dirinya.

Apa tidaknya, dua gol itu bukan setakat membantu JDT mengesahka­n kejuaraan Liga Super buat kali kesembilan berturut-turut tetapi turut menamatkan kemarau jaringan dalam liga sejak bersama JDT tiga musim lalu.

Ini kerana sepanjang berada dalam kesebelasa­n utama, pemain berusia 20 tahun itu belum pernah meledak gol pada saingan liga.

Arif Aiman membuat penampilan pertama bersama JDT pada 14 Mac 2020 ketika menentang FELDA United dalam saingan Liga Super musim 2020 dan bermula pada detik itu dia yang juga graduan Akademi JDT terus diberi kepercayaa­n sepenuhnya oleh bekas jurulatih JDT iaitu Benjamin Mora untuk berada dalam kesebelasa­n utama.

“Walaupun saya pernah jaringkan gol ketika saingan Piala FA termasuk ketika final Piala FA, tapi pada saingan Liga Super ini kali pertama saya meledak gol dan ia sememangny­a mengujakan.

“Bayangkan ketika musim 2020 dan 2021 bersama JDT beraksi di pentas liga elit domestik, saya tidak pernah jaringkan gol, sebaliknya kerap melakukan ‘assist’ kepada rakan sepasukan mencipta gol.

“Dan lebih manis dua gol yang dijaringka­n itu membantu JDT menang besar sekali gus memastikan kita juara liga.

“Ia juga memberi lebih keyakinan buat saya untuk berusaha menjaringk­an lebih banyak gol tapi dalam bola sepak kita beraksi dalam satu pasukan, jadi saya tidak kisah dapat jaringkan gol atau tidak yang penting setiap gerakan dan lorongan bola kepada rakan mampu diterjemah­kan dengan jaringan,” katanya.

Selain dua gol Aiman pada minit ke-35 dan 49, tiga lagi gol JDT dijaringka­n Bergson da Silva (m61 dan m88) serta Leandro Velazquez (m37).

 ?? (Foto Nur Aisyah Mazalan/bh) ?? Arif Aiman dibentes pemain Negeri Sembilan pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Ibrahim.
(Foto Nur Aisyah Mazalan/bh) Arif Aiman dibentes pemain Negeri Sembilan pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Ibrahim.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia