Berita Harian

Belum masa JDT ‘lenggang kangkung’

Harimau Selatan sah juara ketika masih berbaki empat perlawanan

- Oleh Syafiq Aznan syafiq.aznan@bh.com.my

Kuala Lumpur: Tiada kejutan ataupun ‘anti-klimaks’ selepas Johor Darul Ta’zim (JDT) terus menulis ‘skrip’ sama seperti lapan musim terdahulu apabila berjaya menjulang kejuaraan Liga Super buat kali kesembilan berturut turut.

Pencapaian ‘triple hatrick’ skuad bimbingan Hector Bidoglio itu diserikan menerusi kemenangan bergaya 5-0 ke pasukan di tangga ketiga Liga Super, Negeri Sembilan FC (NSFC) kelmarin untuk menghimpun kemenangan ke-14 daripada 18 perlawanan.

Mereka bermain ‘bunga api’ lebih awal susulan kekalahan pasukan di tangga kedua, Sabah FC di tangan Terengganu FC (TFC) dan dengan skuad ‘Badak’ hanya berbaki tiga perlawanan dalam tangan, mereka tidak mampu menghambat skuad Harimau Selatan di persada liga.

Dengan kejuaraan liga terus kekal di bumi Johor, ini tidak bermakna JDT boleh terus ‘berlenggan­g’ memandangk­an berbekalka­n mentaliti juara, menjadi juara liga sudah pasti tidak cukup memuaskan ‘tembolok’ mereka.

Meskipun bergelar juara sebanyak sembilan kali tidak termasuk musim 2020 yang berlangsun­g secara liga sepusingan, JDT hanya merakam kempen ‘The Invincible­s’ hanya sekali iaitu pada musim 2016.

Musim 2016 itu menjadi pungutan mata kedua tertinggi pernah diraih JDT sebagai juara Liga Super dengan 58 mata kurang satu mata berbanding musim 2018 yang sepatutnya menjadi musim terbaik mereka namun mereka tewas satu perlawanan di tangan Kuala Lumpur.

Tanpa sebarang kekalahan selepas 18 perlawanan liga, JDT berpeluang mencipta rekod tersendiri dengan rekod tanpa kalah buat kali kedua namun perlu berdepan cabaran tiga

pasukan iaitu Kedah Darul Aman (KDA) FC, Sri Pahang FC dan juga Sabah FC.

Menurut rekod, JDT tewas satu perlawanan dalam setiap musim pada 2018, 2019 dan 2021 sekali gus terlepas peluang untuk menamatkan liga tanpa sebarang kekalahan.

Rekod terbesar

Malah, menarik juga untuk menyaksika­n berapa ‘tiang’ JDT akan meninggalk­an pasukan di tangga kedua pada musim ini di mana rekod terbesar pernah dilakukan mereka adalah pada musim 2018 dengan mengatasi Perak sebanyak 23 mata.

Berdasarka­n pengiraan kasar di mana Sabah FC juga akan berdepan JDT pada aksi terakhir, JDT berpeluang mencipta ‘jurang’ sebanyak 16 mata dan perbezaan mata ini akan menjadi bertambah ‘lebar’ jika Sabah FC ataupun pasukan di tangga kedua keciciran mata.

Perbezaan sekurang-kurangnya 16 mata ini dengan pasukan di tangga kedua seperti yang diramal akan menjadi rekod kedua terbaik JDT dalam tempoh sembilan musim bergelar ‘Maharaja Bolasepak Malaysia’.

Apapun, ada satu fakta menarik yang boleh menjadikan JDT terus ‘bernafsu’ bagi memastikan mereka tidak ‘jemu’ menjulang trofi Liga Super untuk tahun mendatang sekalipun sudah memenangi sembilan kejuaraan berturut turut.

Ini kerana berdasarka­n semakan di laman bola sepak RSSSF serta menerusi satu artikel di The Guardian, rekod dunia untuk pasukan menjulang kejuaraan liga kebangsaan berturut turut dipegang Talea FC dari Vanuatu yang memenangi Liga Perdana Port Vila untuk 15 musim berturut turut sejak 1994 hingga 2008-09.

Untuk konteks, JDT sudahpun mendominas­i Liga Malaysia (Liga M) sebanyak sembilan musim, jadi mereka perlu memenangi tujuh gelaran liga berturut turut untuk mengambil alih ‘takhta’ sebagai pasukan paling banyak memenangi saingan liga tempatan.

Berdasarka­n perkembang­an semasa, misi ini tampaknya tidak akan berdepan masalah kecuali pasukan lain bangkit dari ‘lena’ untuk menamatkan cengkaman penuh JDT dalam arena bola sepak tempatan.

 ?? ?? Bergson menjaringk­an gol kelima JDT ketika menentang Negeri Sembilan FC.
Bergson menjaringk­an gol kelima JDT ketika menentang Negeri Sembilan FC.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia