Berita Harian

Akauntabil­iti pandu Muslim lebih bertakwa, sedia ‘bekalan’ akhirat

- Oleh Dr Hamidah Mat bhagama@bh.com.my

Perlu diakui, pandemik COVID-19 menjadi pengalaman hitam dalam sejarah peradaban manusia pada zaman moden ini. Bagi golongan muda, terutama yang belum pernah menghadapi situasi darurat mengancam nyawa, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan serangan COVID-19 amat membekas dalam diri, apalagi jika dijangkiti atau ada dalam keluarga atau kenalan dijemput Ilahi.

Jika diimbau kembali, tempoh kritikal ketika PKP seperti mustahil untuk dilalui kerana manusia menempuhi situasi darurat, terkurung dan pergerakan sangat terbatas.

Hakikatnya, satu pengajaran besar mengharung­i ujian pandemik ini ialah sejauh manakah manusia, terutama Muslim bersedia untuk menempuh ujian sebelum kedatangan­nya?

Jika diteliti panduan kehidupan bernaung di bawah syariat Islam, pelbagai pesanan dapat kita petik sebagai renungan. Sebagai contoh, Rasulullah SAW berpesan mengenai persediaan untuk menghadapi kematian.

Kematian menjadi ketakutan semua orang kerana tiada siapa tahu bila saat ketibaanny­a. Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Wahai sekalian manusia, bertaubatl­ah kamu kepada Tuhan-mu sebelum kamu mati. Segeralah untuk melakukan amal soleh sebelum masa kamu disibukkan dengan urusan dan pekerjaan” (HR Ibnu Majah)

Hadis ini menyeru setiap manusia apatah lagi Muslim untuk sentiasa bertaubat dengan istighfar kerana hakikatnya, pada bila-bila masa sahaja nyawanya akan dicabut malaikat Izrail.

Taubat dan muhasabah diri secara konsisten adalah pedoman kepada persediaan menghadapi kematian, namun ia menjadi sukar kerana hakikat kehidupan manusia yang sangat rencam dan mencabar.

Daripada Ibnu Abbas RA, Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Rebutlah lima perkara sebelum datangnya lima perkara: Masa mudamu sebelum datang masa tuamu, masa sihatmu sebelum sakitmu, masa kayamu sebelum datangnya masa sempitmu (miskin), masa lapangmu sebelum tiba masa sibukmu dan masa hidupmu sebelum tiba masa matimu.” (HR Hakim dan Baihaqi)

Muslim perlu bersiap siaga

Hadis ini sangat praktikal dalam menggambar­kan kesiapsiag­aan seorang Muslim yang faham akan sifat kehidupann­ya. Bermaksud, manusia akan ada fasa sibuk, sakit, sempit, tua dan kematian. Semua suasana cabaran cuba digambarka­n ini patut menjadi panduan bagi orang berfikir dan faham akan hakikat kehidupan.

Hadis ini bukan sahaja peringatan mengenai cabaran bakal dihadapi manusia di dunia, tetapi sikap seorang mukmin terhadap situasi bakal mendatang dalam hidupnya di dunia.

Jujurnya, hadis ini menyeru setiap Muslim supaya sentiasa bersedia untuk menghadapi apa juga situasi dan ujian hidup. Seperti kata pepatah Melayu, ‘sediakan payung sebelum hujan’.

Apabila berbicara mengenai kesiapsiag­aan, semuanya bermula dengan kefahaman benar mengenai hakikat kehidupan manusia yang sifatnya ‘baharu’, iaitu tidak kekal.

Ramai menyangka, tidak kekal atau sementara kehidupan manusia ini adalah kekurangan dan kelemahan bagi manusia, sebaliknya sifat sementara ini adalah kelebihan dan keuntungan daripada Yang Maha Pencipta.

Bayangkan jika masalah kita hadapi bersifat kekal atau penyakit dihidapi bersifat kekal, sudah pasti kehidupan manusia akan menjadi sukar dan rumit.

Kemuncak keadilan kemanusiaa­n ialah Allah SWT meletakkan sesuatu tanggungja­wab itu kepada manusia atas apa yang individu itu pilih dan dilakukan di dunia.

Pengajaran demi pengajaran diulang dalam al-quran betapa pentingnya memikirkan implikasi sesuatu tindakan, seperti dinyatakan al-quran bermaksud: “Itulah umat lalu. Baginya apa yang mereka usahakan dan bagimu apa yang kamu usahakan. Kamu tidak akan diminta pertanggun­gjawaban terhadap apa yang mereka kerjakan.” (Surah al-baqarah; ayat 134)

Kalimah tanggungja­wab atau akauntabil­iti ini pada sudut bahasanya membawa makna berat, apatah lagi jika ditafsirka­n dalam alam realiti tindakan manusia.

Sikap tak bertanggun­gjawab bawa kehancuran

Banyak masalah timbul di dunia ini disebabkan sikap manusia tidak bertanggun­gjawab. Dalam situasi apa pun, jika ada kekurangan pada sikap tanggungja­wab, maka kehancuran dan kebinasaan bakal terjadi.

Banyak negara dan kerajaan mengalami ‘kerosakan’ akibat pemimpin khianat dan tidak bertanggun­gjawab. Tidak kurang juga institusi keluarga runtuh ketika ahlinya tidak bertanggun­gjawab dan memilih untuk bertindak tanpa berfikir serta gagal menimbang baik buruk setiap tindakan mereka.

Mendepani cabaran ini, Allah SWT menyeru orang beriman supaya pada bertakwa dalam setiap tindak-tanduknya seharian. Allah SWT berfirman bermaksud: “Bersediala­h dengan bekalan kerana sesungguhn­ya sebaik-baik bekal adalah takwa. Bertakwala­h kepada-ku wahai orang mempunyai akal sihat.” (Surah al-baqarah; ayat 197)

Ayat ini mengingatk­an kita mengenai ‘bekalan’ sangat penting dalam kehidupan, iaitu takwa. Dalam ayat ini, sifat takwa digandingk­an dengan panggilan mereka ‘mempunyai akal sihat sejahtera’. Gandingan ini cukup kuat membuktika­n peri pentingnya penggunaan akal dalam bertindak.

Maknanya, tindakan didasari takwa dan dipandu dengan pertimbang­an akal sejahtera sangat dituntut dalam Islam. Takwa menjadi ‘dinamo’ atau punca kuasa menghidupk­an hubungan Muslim dengan Pencipta.

Sama ada bekalan itu demi menjalani kehidupan untuk akhirat atau untuk bekalan kehidupan dunia, takwa sering kali menjadi benteng dan pengawal tingkah dan laku manusia.

Oleh yang demikian, takwa menjadi pemandu kepada manusia sama ada hubunganny­a dengan Pencipta, dengan diri sendiri atau sesama manusia.

Manusia akan ada fasa sibuk, sakit, sempit, tua dan kematian. Semua suasana cabaran cuba digambarka­n ini patut menjadi panduan bagi orang berfikir dan faham akan hakikat kehidupan

 ?? ??
 ?? ?? Timbalan Dekan Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaa­n, Universiti Terbuka Malaysia (OUM) merangkap Penasihat Pertubuhan Ilmuwan Dan Cendekiawa­n Muslim Malaysia (ILMAN)
Timbalan Dekan Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaa­n, Universiti Terbuka Malaysia (OUM) merangkap Penasihat Pertubuhan Ilmuwan Dan Cendekiawa­n Muslim Malaysia (ILMAN)

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia