Berita Harian

SIR diberi nafas baharu pupuk amalan membaca secara digital

Serambi Ilmu Rakyat sedia akses bahan bacaan pada bila-bila masa, tanpa had

- Oleh Mohd Iskandar Ibrahim mohd_iskandar@bh.com.my https://elibrary.yayasanban­krakyat.com.my.

SIR turut tekankan konsep perpustaka­an digital komprehens­if menerusi komposisi 80 peratus koleksi bacaan digital dan 20 peratus fizikal serta menggunaka­n sistem teknologi maklumat terkini

Kuala Lumpur: Dalam usaha membudayak­an ilmu dan amalan membaca, Yayasan Bank Rakyat (YBR) memberi nafas baharu kepada perpustaka­an kelolaanny­a, Serambi Ilmu Rakyat (SIR) dengan akses bahan bacaan secara digital dan fizikal.

Menerusi moto ‘Budaya Ilmu Budaya Rakyat’, SIR menyediaka­n koleksi bahan rujukan, infrastruk­tur kondusif, kakitangan yang kompeten, program literasi maklumat yang memberikan impak positif dan menganjurk­an pelbagai program bagi memupuk minat membaca serta membudayak­an ilmu dalam kalangan masyarakat.

Pengurus Besar YBR, Syaiful Rizal Abdul Ghani, berkata SIR berfungsi sebagai pusat informasi digital kepada masyarakat melalui sebuah prasarana pembelajar­an secara formal serta tidak formal.

Katanya, perpustaka­an terbabit diberi nafas baharu dengan konsep lebih santai yang mana masyarakat dapat membaca dan mengakses pelbagai koleksi bahan bacaan, selain menawarkan permainan dan perisian pendidikan serta ruangan kanak-kanak bagi merangsang kreativiti.

“Selain itu, SIR menekankan konsep perpustaka­an digital yang komprehens­if menerusi

komposisi 80 peratus koleksi bacaan digital dan 20 peratus fizikal serta menggunaka­n sistem teknologi maklumat terkini.

“Dengan keluasan 13,789 kaki persegi menjadikan SIR ruang pembelajar­an sepanjang hayat serta pusat untuk beriadah dan belajar.

“Inisiatif ini bukan sahaja dapat mendidik masyarakat mengenai kepentinga­n membaca, malah ia membuka mata ramai bahawa pendidikan sebenarnya boleh diperoleh secara tidak langsung melalui program yang dijalankan,” katanya.

Syaiful Rizal berkata, memandangk­an pandemik COVID-19 yang melanda dunia mengubah senario pekerjaan, SIR menyediaka­n ruang kerja bersama atau dikenali dengan co-working space yang mengetenga­hkan konsep ruang terbuka dan boleh digunakan bersama oleh individu atau organisasi berbeza yang memilih untuk bekerja lebih santai.

Sedia pelbagai kemudahan

Katanya, SIR dilengkapi perkhidmat­an akses tanpa wayar secara percuma (Wifi), mesin cetak, bilik bengkel dan eksekutif bagi mengadakan perbincang­an dan bermesyuar­at.

Sudut E-bacaan berkonsepk­an digital juga disediakan yang mana pengguna dapat meneroka pelbagai koleksi e-buku dan e-majalah sebagai kemudahan pencarian maklumat di hujung jari.

Beliau berkata, orang ramai boleh mengakses semua kandungan digital yang terdapat di SIR melalui pangkalan data meliputi jurnal, buku ilmiah, fiksyen dan bukan fiksyen, majalah serta akhbar dari dalam dalam dan luar negara sebagai bahan bacaan secara mobil.

“Banyak bahan bacaan boleh diakses orang ramai, termasuk pelajar universiti dari seluruh dunia. Mereka boleh menggunaka­n kemudahan ini pada bila-bila masa dan tanpa had,” katanya.

Setiap tahun, SIR memperuntu­kan RM350,000 bagi langganan bahan bacaan digital melalui pangkalan data untuk diakses oleh semua ahli yang berdaftar dengan SIR.

Bagi meningkatk­an lagi minat membaca serta kesedaran masyarakat, terutama mahasiswa akan kepentinga­n pendidikan secara berterusan, YBR mewujudkan Projek ‘SIR Corner’ melalui kerjasama 20 institusi pengajian tinggi yang terpilih di Malaysia.

“Objektif inisiatif ini adalah untuk menyediaka­n satu ruang selesa supaya dapat dimanfaatk­an sepenuhnya oleh penyelidik, ahli akademik dan barisan pelajar yang aktif mencari maklumat secara dalam talian.

“Antara fasiliti yang disediakan adalah set meja berserta rak buku, set komputer serta keahlian SIR di setiap universiti,” katanya.

Beliau berkata, SIR juga antara

10 perpustaka­an terbaik di Malaysia dan menjadi lokasi lawatan delegasi Persidanga­n Internatio­nal Federation of Library Associatio­ns and Institutio­ns (IFLA).

“Pemilihann­ya dibuat berdasarka­n faktor keunikan konsep SIR di mana ia menggabung­kan perpustaka­an khusus dan perpustaka­an awam yang tidak ditawarkan oleh mana-mana perpustaka­an lain di Malaysia.

“Selain itu, reka bentuk hiasan dalaman, bahan maklumat dan kemudahan yang disediakan turut menjadi nilai tambah kepada keunikan SIR,” katanya.

Justeru, YBR mengalu-alukan masyarakat untuk menyertai dan menjadi ahli SIR bagi menikmati semua kemudahan yang disediakan, selain merasai pengalaman dalam mengakses penuh semua kandungan digital SIR yang boleh didapati melalui pautan laman sesawang

 ?? ?? Syaiful Rizal bersama Prof Madya Datuk Dr Sabri Mohamad Sharif (tiga dari kanan) dan Siti Saluwa Jamal (kanan) ketika sesi lawatan ke SIR Corner di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTEM).
Syaiful Rizal bersama Prof Madya Datuk Dr Sabri Mohamad Sharif (tiga dari kanan) dan Siti Saluwa Jamal (kanan) ketika sesi lawatan ke SIR Corner di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTEM).
 ?? ?? Profesor Dr Haim Hilman Abdullah (dua dari kiri) bersama Syaiful Rizal (dua dari kanan) pada Majlis Gimik Perasmian SIR Corner di Universiti Utara Malaysia (UUM).
Profesor Dr Haim Hilman Abdullah (dua dari kiri) bersama Syaiful Rizal (dua dari kanan) pada Majlis Gimik Perasmian SIR Corner di Universiti Utara Malaysia (UUM).
 ?? ?? Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Datuk Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman (kiri) meninjau perpustaka­an digital Masjid Jamek Shaik Eusoff di Georgetown.
Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Datuk Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman (kiri) meninjau perpustaka­an digital Masjid Jamek Shaik Eusoff di Georgetown.
 ?? Syaiful Rizal Abdul Ghani, ?? Pengurus Besar YBR
Syaiful Rizal Abdul Ghani, Pengurus Besar YBR
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia