Berita Harian

KPM komited kurangkan beban tugas guru

- Dari Muka

“Kita komited mengurangk­an beban tugas guru dan memastikan kebajikan guru terpelihar­a,” katanya dalam kenyataan itu.

Tindakan itu diambil KPM susulan rungutan daripada warga pendidik ekoran kesukaran mengakses SPPB untuk merekod dan melapor tahap penguasaan PBD menggunaka­n sistem IDME.

SPPB ialah sistem pengurusan pentaksira­n terkini, berterusan dan menyeluruh bagi semua jenis pentaksira­n KPM sama ada berkaitan murid, guru dan institusi pendidikan.

Minggu lalu, Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, dilaporkan berkata sistem berkenaan ditutup sepanjang hujung minggu lalu bagi memberi semua pihak bertenang seketika.

Beliau turut memaklumka­n bahawa beberapa langkah akan diambil supaya ia dibaiki dengan segera.

Sebelum ini, Kesatuan Perkhidmat­an Perguruan Kebangsaan Semenanjun­g Malaysia (NUTP) mendesak agar KPM menangguhk­an sementara penggunaan sistem IDME yang dikatakan belum sesuai untuk kegunaan guru bagi mengisi markah Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA).

Setiausaha Agung NUTP, Fouzi Singon dilaporkan berkata, guru mula rasa terbeban dengan sistem IDME kerana capaian trafik yang amat tinggi ekoran pelaksanaa­n PBD secara dalam talian.

Kalangan guru yang ditemui BH melahirkan keluhan dan kebimbanga­n tidak mampu menyiapkan tugasan mengisi markah UASA dan PBD sebelum cuti akhir persekolah­an sesi 2022/2023 hujung minggu ini berikutan capaian kepada IDME lembap, bermasalah dan tidak mesra pengguna.

Mereka rata-rata beranggapa­n, sistem berkenaan bukan sahaja mengusahka­n guru, malah menganggu tugas hakiki mereka dan sehubungan itu meminta KPM segera menanganin­ya, bukannya memberi langkah penyelesai­an jangka pendek.

Ini berikutan langkah KPM ‘merehatkan’ sistem IDME selama dua hari pada hujung minggu lalu masih tidak menyelesai­kan masalah apabila ia gagal diakses hampir sepanjang masa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia