Berita Harian

Lebih RM62J kos jenamakan kerajaan Keluarga Malaysia

Jumlah melebihi 98 peratus keseluruha­n dibelanjak­an di bawah tiga PM

- Ahmad Suhael Adnan ahmad.suhael@bh.com.my

Lebih RM62 juta dibelanjak­an pentadbira­n Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk menjenamak­an kerajaan sebagai Keluarga Malaysia.

Ahli Parlimen Bera itu menjadi Perdana Menteri Kesembilan selama 14 bulan, mulai Ogos 2021 hingga November 2022.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-tugas Khas), Datuk Armizan Mohd Ali, memaklumka­n jumlah itu mewakili lebih 98 peratus daripada keseluruha­n RM62,764,107.25 dibelanjak­an untuk penjenamaa­n kerajaan di bawah tiga Perdana Menteri sejak Mac 2020 hingga 30 Januari lalu.

Dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat, beliau menjelaska­n, sejumlah RM181,752.20 digunakan untuk penjenamaa­n Kerajaan Prihatin di bawah pentadbira­n Tan Sri Muhyiddin

Yassin, manakala penjenamaa­n Malaysia Madani di bawah pentadbira­n Datuk Seri Anwar Ibrahim pula sebanyak RM489,216.

Peruntukan dibelanja

“Berdasarka­n rekod kewangan Jabatan Perdana Menteri, penganjura­n program berkaitan penjenamaa­n semula kerajaan iaitu Kerajaan Prihatin, Keluarga Malaysia dan Malaysia Madani, membabitka­n peruntukan yang dibelanjak­an sehingga 30 Januari 2023 sebanyak RM62,764,107.25.

“Pecahan mengikut program ialah Kerajaan Prihatin dengan perbelanja­an RM181,752.20; Keluarga Malaysia, RM62,093,139.05 dan Malaysia Madani, RM489,216.

“Jumlah perbelanja­an berdasarka­n program jelajah jerayawara yang dilaksanak­an semasa pentadbira­n Perdana Menteri kelapan hingga kini,” katanya.

Beliau menjawab soalan Aminolhuda

Hasan (PH-SRI Gading) mengenai peruntukan dibelanjak­an bagi penjenamaa­n kerajaan ketika pentadbira­n Muhyiddin, Ismail Sabri dan Anwar, masing-masing di bawah konsep Kerajaan Prihatin, Keluarga Malaysia dan Malaysia Madani.

Muhyiddin dilantik sebagai Perdana Menteri Kelapan pada 1 Mac 2020, manakala Anwar mengangkat sumpah Perdana Menteri Ke-10 pada 24 November 2022 dan melancarka­n Malaysia Madani pada 19 Januari lalu.

Menurut Armizan, hanya satu program Kerajaan Prihatin dilaksanak­an ketika pentadbira­n Muhyiddin berikutan negara ketika itu dilanda pandemik COVID-19 yang menyaksika­n beberapa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanak­an.

Pecahan mengikut program ialah Kerajaan Prihatin dengan perbelanja­an RM181,752.20; Keluarga Malaysia, RM62,093,139.05 dan Malaysia Madani, RM489,216

Armizan Mohd Ali,

Menteri di Jabatan Perdana Menteri

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia