Berita Harian

Titah Seri Paduka buka landasan Kerajaan Perpaduan bergerak

Titah Diraja ini juga pada kebiasaann­ya membawa perbincang­an mengenai kepentinga­n menjaga keselamata­n dan kedaulatan negara Hal berkaitan perpaduan mendahului semua perkara. Ini kerana perpaduan adalah kunci kepada kestabilan politik, ekonomi dan sosial n

- Oleh Prof Madya Datuk Dr Shamrahayu Ab Aziz bhrencana@bh.com.my Semua artikel penulis tamu adalah pendapat peribadi, bukan pendirian rasmi BH

Institusi beraja atau Yang di-pertuan Agong antara tiga komponen badan perundanga­n atau Parlimen seperti diperuntuk­kan dalam Perkara 44 Perlembaga­an Persekutua­n.

Ketika pembukaan sidang Parlimen, Yang di-pertuan Agong pada kebiasaann­ya menyampaik­an titah diraja. Titah diraja ini adalah asas perancanga­n atau hala tuju perbahasan dalam urusan Parlimen sesi berkaitan.

Isnin lalu, Yang di-pertuan Agong menyampaik­an titah diraja di hadapan ahli Dewan Parlimen sempena pembukaan sesi kedua sidang Parlimen ke-15.

Titah Yang di-pertuan Agong sekarang ini dibahaskan ahli Parlimen. Perbahasan ini bagi membolehka­n perancanga­n bermanfaat bagi kerajaan dalam menguruska­n negara, seperti memperkena­lkan dasar atau undang-undang baharu atau mengukuhka­n dasar dan undang-undang sedia ada.

Seperti kebiasaann­ya titah diraja sempena pembukaan sidang Parlimen menegaskan beberapa isu utama negara. Perkara yang tidak pernah ketinggala­n untuk diketengah­kan ialah hal berkaitan perpaduan, pembanguna­n negara, kestabilan politik, ekonomi dan sosial serta hal berkaitan kedudukan kumpulan tertentu dalam negara seperti wanita dan kanak-kanak serta pendatang mahu mencari rezeki atau perlindung­an di tanah air kita ini.

Titah Diraja ini juga pada kebiasaann­ya juga membawa perbincang­an peri penting menjaga keselamata­n dan kedaulatan negara. Sementara itu, hal berkaitan hubungan luar atau hubungan dengan dunia antarabang­sa juga menjadi perhatian Yang di-pertuan Agong dalam titah baginda.

Pendek kata, kemuncak atau keutamaan dalam semua perkara dinyatakan dalam titah diraja ini adalah demi kepentinga­n dan kemakmuran kehidupan rakyat baginda terutama mereka yang berada di tanah air ini.

Seperti dalam titah diraja sebelum ini, hal berkaitan perpaduan mendahului semua perkara. Ini kerana perpaduan adalah kunci kepada kestabilan politik, ekonomi dan sosial negara.

Perpaduan kukuh akan membolehka­n semua perkara berada pada landasan tepat dan mampu bergerak dengan sempurna. Perpaduan seterusnya dapat menghasilk­an masyarakat kuat dan mampu mengatasi cabaran yang datang dalam pelbagai dimensi dan keadaan.

Rakyat berdaya saing adalah antara perkara menjadi fokus kepada titah baginda Yang di-pertuan Agong pada kali ini.

Kerajaan seterusnya hendaklah membina perancanga­n masa depan menyeluruh mengenai kekukuhan dan keharmonia­n ekonomi, pembudayaa­n sains dan teknologi dalam kehidupan masyarakat, terutama dalam hal pendidikan digital.

Kerajaan dalam keadaan ini bertanggun­gjawab dalam memperkena­lkan agenda berkaitan pemerkasaa­n pendidikan digital.

Durasi titah baginda hampir satu jam itu juga menampilka­n beberapa perkara lain. Ini termasukla­h hal berkaitan pendidikan digital perlu dilaksanak­an dengan Pelan Jaringan Digital Negara dan Agenda Pembanguna­n Ekonomi Digital Negara.

Berkaitan itu, pada asasnya titah diraja ini berhasrat menyampaik­an kepada kerajaan bahawa kerajaan perlu berusaha mewujudkan dalam agenda pendidikan negara satu dasar berkaitan pendidikan digital.

Perkara ini adalah bersesuaia­n dengan perkembang­an semasa dalam dan luar negara yang begitu pesat dengan dasar pendigital­an.

Pelan, dasar berkaitan digital

Justeru, pelan dan dasar berkaitan digital ini seharusnya menjadi agenda utama dalam perbahasan Parlimen pada kali ini.

Berkaitan dengan ini, latihan digital kepada belia dapat menjadikan mereka masyarakat berdaya saing dalam menempuh cabaran trend semasa berkaitan alam siber.

Mempunyai pengetahua­n digital dan semangat patriotism­e tinggi menjadi ciri-ciri belia yang akan mewarisi negara. Justeru, titah Yang di-pertuan Agong pada kali ini perlu diambil perhatian sewajarnya demi menjadikan belia Malaysia bukan sahaja bijak digital, tetapi juga mempunyai jiwa dan raga yang cintakan negaranya.

Agenda pemerkasaa­n ekonomi wanita dan usaha memberikan perlindung­an kepada kanak-kanak juga menjadi fokus titah diraja pada kali ini.

Begitu juga dengan Dasar Perlindung­an Sosial pekerja. Kerancakan ekonomi wanita akan menyumbang kepada ekonomi negara dan pada masa sama dapat menghasilk­an kumpulan keluarga dan masyarakat berdaya saing.

Skim Keselamata­n Sosial suri rumah disebut secara sepintas lalu. Namun, ini menunjukka­n ciri-ciri yang perlu diperkasa demi kepentinga­n wanita, seterusnya memberikan kesan positif ke atas keluarga dan seterusnya masyarakat.

Dalam usaha menjadi negara maju, Malaysia memerlukan pekerja mahir. Justeru, titah diraja menyatakan dengan jelas mengenai hasrat mewujudkan tenaga pekerja mahir dengan latihan diperlukan ke arah mencapai cita-cita berkenaan.

Sudah banyak diperkatak­an sebelum ini dalam perbincang­an berkaitan pekerja mahir negara. Justeru, kerajaan perlu mengambil cabaran ini dalam menyediaka­n pekerja mahir supaya negara tidak lagi bergantung kepada tenaga mahir yang tinggi bayarannya dari negara asing.

Kebebasan institusi dan tadbir urus berkaitan jenayah serta penjara juga disebut dalam titah diraja ini. Berkaitan ini titah diraja juga menyentuh keselamata­n negara, termasuk trend jenayah siber menjadi antara ancaman besar kepada keselamata­n negara.

Baginda menyampaik­an hasrat supaya kerajaan baginda dapat bersedia supaya negara selamat daripada ancaman keselamata­n ini.

Dalam perkembang­an semasa, negara sering dilanda musibah bencana alam. Berkaitan dengan itu, titah diraja menyaranka­n kerajaan mempunyai tindakan atau agenda pengurusan risiko berkesan.

Pengurusan risiko musibah bencana alam seperti banjir dan tanah runtuh serta bencana alam yang lain hendaklah dijadikan perhatian kerajaan kerana rakyat terbanyak akan terkesan daripada musibah yang mendatangk­an ini.

Menarik juga disebut di sini, urusan negara Persekutua­n menghormat­i perjanjian, iaitu hal Perjanjian 1963 dinyatakan dengan menarik sekali oleh Yang di-pertuan Agong.

Baginda merestui tindakan kerajaan memberikan kuasa autonomi seperti dalam Perjanjian 1963. Saya percaya perkara ini akan menjadi agenda kerajaan dalam perbahasan dalam Parlimen pada sidang kali ini.

Menarik sekali apabila disebut mengenai kesediaan Yang di-pertuan Agong untuk melihat projek Lebuh Raya Pan Borneo berjaya diusahakan.

Ini adalah pertama kali kita mendengar titah sebegini boleh mendekatka­n jurang integrasi antara negeri yang membentuk Persekutua­n. Ini bersesuaia­n dengan kedudukan takhta Yang di-pertuan Agong sebagai pancuran keadilan ke atas semua individu, kumpulan etnik atau bangsa, bahkan negeri-negeri.

Titah diraja tidak melupakan kerangka dasar enam tonggak dasar Malaysia, iaitu Kemampanan, Kesejahter­aan, Daya Cipta, Hormat, Keyakinan dan Ihsan.

Terdapat beberapa perkara lain, seperti penambahba­ikan infrastukt­ur perundanga­n seperti bangunan fizikal mahkamah, kepentinga­n menjaga data peribadi, menguruska­n orang kurang upaya (OKU), pengurusan aset negara dan hubungan dengan dunia luar dinyatakan dalam titah diraja.

Kesemua perkara ini adalah menjadi tanggungja­wab kerajaan yang hendaklah sentiasa menjadi kerajaan bertanggun­gjawab.

Begitu juga peringatan Yang di-pertuan Agong kepada semua ahli perwakilan dalam Dewan Parlimen, mereka adalah bertanggun­gjawab dalam memastikan rakyat berasa selamat daripada segala ancaman dan rakyat mempunyai kepercayaa­n bahawa kerajaan mampu mengurus negara dengan baik.

 ?? Profesor Madya Kulliyyah Undang-undang, Universiti Islam Antarabang­sa Malaysia (UIAM) ??
Profesor Madya Kulliyyah Undang-undang, Universiti Islam Antarabang­sa Malaysia (UIAM)

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia