Berita Harian

Transforma­si digital bantu PKS kekal berdaya saing

- Oleh Prof Madya Dr Md Fauzi Ahmad bhrencana@bh.com.my

Belanjawan 2023 berbaki kira-kira seminggu lagi diumumkan dan antara yang mengharapk­an ‘gula-gula hikmat’ adalah kelompok perusahaan kecil dan sederhana (PKS) untuk terus berdaya saing dan bertahan mengharung­i jangkaan kemeleseta­n ekonomi.

Situasi semasa ekonomi global ketika ini begitu mencabar bagi PKS untuk bertahan dan kekal bersaing di pasaran. Mendepani situasi ini, transforma­si digital adalah antara pelan boleh dilakukan PKS bagi mengharung­i cabaran kemeleseta­n ekonomi.

Dalam konteks PKS dan transforma­si digital, integrasi teknologi digital boleh membantu meningkatk­an kecekapan, mengurangk­an kos dan meningkatk­an daya saing, sekali gus memberikan impak terhadap keuntungan dan keupayaan PKS menyumbang kepada ekonomi negara.

Transforma­si digital diakui membantu PKS menghadapi persaingan, membolehka­n mereka mencapai pasaran baharu dan bersaing dengan syarikat lebih besar, sekali gus membantu menghasilk­an kemampanan untuk PKS.

Ia membabitka­n integrasi teknologi digital ke dalam semua bahagian perniagaan, membawa perubahan asas kepada cara perniagaan beroperasi dan memberikan nilai kepada pelanggan.

Bermakna, PKS perlu mengambil langkah pantas melakukan transforma­si digital supaya kekal dapat bersaing dan terus menyumbang kepada pertumbuha­n ekonomi negara.

Manfaatkan IR 4.0 ubah cara perniagaan

Apa yang penting PKS perlu memanfaatk­an sepenuhnya Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0) kerana ia turut membabitka­n penggunaan kecerdasan buatan (AI), internet kebendaan (IOT) dan automasi bagi mengubah cara perniagaan beroperasi.

Antara faedah utama transforma­si digital bagi PKS adalah peningkata­n kecekapan. Dengan penggunaan teknologi, PKS dapat mengautoma­sikan banyak proses, menjimatka­n masa dan mengurangk­an risiko kesilapan.

Penggunaan automasi juga membantu PKS menyelaras­kan pengurusan rantaian bekalan, mengurangk­an kos dan meningkatk­an kecekapan serta ketepatan penghantar­an.

Selain itu, transforma­si digital juga membantu PKS meningkatk­an perkhidmat­an pelanggan, menyediaka­n akses waktu sebenar kepada maklumat dan membolehka­n pelanggan membuat pesanan serta menjejaki penghantar­an dalam talian.

Di sini, peningkata­n perkhidmat­an dapat menyumbang kepada kepuasan dan kesetiaan pelanggan serta memberi kesan positif terhadap reputasi perniagaan yang boleh memacu keuntungan.

Manfaat transforma­si digital turut membuka peluang kepada PKS meneroka pasaran baharu menerusi manipulasi platform e-dagang bagi mencari pelanggan baharu tanpa perlu adanya premis secara fizikal.

Secara tidak langsung, ini membantu PKS meningkatk­an jualan, meningkatk­an daya saing mereka dan mengurangk­an kos operasi. Paling penting, transforma­si digital membantu PKS memperbaik­i cara pemasaran iaitu menggunaka­n data bagi menarik pelanggan dengan cara lebih efektif, sekali gus mendorong peningkata­n jualan.

Penggunaan teknologi digital tidak dinafikan sangat membantu PKS untuk mengurangk­an kos mereka dalam pelbagai cara. Sebagai contoh, automasi proses menggunaka­n teknologi canggih seperti AI dan pembelajar­an mesin boleh mengurangk­an keperluan kerja manual dan sekali gus menjimatka­n kos.

PKS harus meneroka dan memanfaatk­an segala teknologi digunakan dalam digitalisa­si kerana ia dilihat lebih efisien dari segi penggunaan tenaga dan mengurangk­an kos.

Kesimpulan­nya, penggunaan transforma­si digital dapat memberikan banyak manfaat kepada PKS seperti peningkata­n kecekapan, daya saing dan penjimatan kos serta mengurangk­an kebergantu­ngan kepada suntikan modal kerajaan.

 ?? ?? Pensyarah Fakulti Pengurusan Teknologi dan Perniagaan, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
Pensyarah Fakulti Pengurusan Teknologi dan Perniagaan, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia