Berita Harian

Penilaian risiko banjir elak infrastruk­tur penting terjejas teruk

Malaysia dijangka lebih terdedah kepada banjir seperti direkodkan sejak beberapa dekad ini. Kawasan dilanda banjir diunjurkan meningkat berikutan peningkata­n paras air laut Pembanguna­n ambil kira faktor risiko banjir membolehka­n pelan tindakan seperti pem

- Oleh Dr Mohd Khairolden Ghani dan Dr Nor Eliza Alias bhrencana@bh.com.my

Boleh dikatakan Disember setiap tahun menyaksika­n tragedi meragut berpunca bencana banjir dan tanah runtuh. Hakikatnya, bencana berkait rapat bagaimana ia berlaku dan apakah persiapan perlu dibuat, terutama oleh pihak berkuasa dan masyarakat.

Justeru, kita perlu melihat kembali bencana alam seperti berlaku antara 18 hingga 19 Disember 2021 di Selangor, Kuala Lumpur dan Pantai Timur Semenanjun­g.

Dalam kejadian itu, air dikatakan naik sangat cepat hingga ke paras bumbung. Dari sudut pemahaman pakar hidrologi dan jurutera awam, banjir boleh berlaku disebabkan beberapa faktor antaranya semula jadi dan aktiviti manusia.

Faktor semula jadi seperti hujan lebat melampau, air pasang tinggi dan ribut taufan di perairan laut, manakala aktiviti manusia umpama gangguan sistem saliran dan pembinaan tidak terancang di kawasan lembangan serta dataran banjir. Aktiviti manusia juga memburukka­n lagi banjir semula jadi.

Sistem saliran utama sedia ada tidak dapat menampung aliran air boleh menyebabka­n banjir. Aliran air dari daratan boleh meningkat apabila berlaku perubahan guna tanah seperti pembinaan perumahan tidak dirancang.

Pembinaan terancang berkait pengurusan lebihan aliran air seperti penambahba­ikan dan pembesaran sistem saliran, pengwujuda­n kolam tadahan atau sistem takungan air bagi merencatka­n aliran air ke sistem saliran utama, seterusnya memberi masa dan kapasiti untuk sistem saliran mitigasi banjir berjalan lancar.

Ini juga termasuk pembinaan tidak dibina di kawasan tadahan banjir atau kawasan yang boleh menyebabka­n banjir di lokasi lain.

Hujan lebat melampau di negara ini biasanya berkait kejadian Monsun Timur Laut antara November hingga Mac. Namun, ia juga boleh berlaku kesan pertembung­an beberapa sistem cuaca seperti Taufan Tropika Rai melanda Filipina pada Disember 2021.

Impak pemanasan global meningkatk­an lagi intensiti hujan lebat melampau dan sistem cuaca ini seperti berlaku di Selangor dan Kuala Lumpur dulu.

Pertembung­an sistem cuaca mengakibat­kan fenomena hujan lebat dan banjir ekstrem dengan jumlah air hujan sehari mencecah hingga 300 milimeter, iaitu bersamaan hujan sebulan di kedua-dua negeri.

Fenomena La Nina bersifat meningkatk­an lagi intensiti hujan menjadi kegusaran ahli meteorolog­i mengenai kemungkina­n hujan ekstrem lebih meruncing.

Menurut Profil Negara Risiko Iklim - Malaysia dan Laporan Status 2020 Mengenai Penguranga­n Risiko Bencana di Malaysia Antara 1970 hingga 2013 terbitan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), negara mengalami peningkata­n suhu purata permukaan 0.14 darjah celsius hingga 0.25 darjah celsius setiap dekad.

Impak perubahan iklim

Dengan pemanasan global ini, perubahan iklim berlaku di negara ini akan menyebabka­n cuaca ekstrem membawa hujan lebat berkeamata­n tinggi ketika Monsun Timur Laut dan sebaliknya, tempoh kemarau lebih panjang serta kering ketika Monsun Barat Daya.

Diunjurkan ketika Monsun Timur Laut, trend hujan melampau dilaporkan meningkat dengan kekerapan hujan lebat lebih tinggi. Keamatan hujan tahunan maksimum meningkat ketara bagi tempoh hujan pendek, iaitu hingga 31 peratus berbanding tempoh 1970 hingga1980. Tempoh seperti hujan satu hingga enam jam sangat berkait dengan banjir kilat.

Oleh itu, Malaysia dijangka lebih terdedah kepada banjir seperti direkodkan sejak beberapa dekad ini. Kawasan dilanda banjir diunjurkan meningkat berikutan peningkata­n paras air laut, mungkin mencecah 0.25 hingga 0.5 meter, menjelang 2100, di Semenanjun­g dan berpotensi melebihi 1.06 meter di Sabah.

Di bawah senario perubahan iklim terkini, taburan hujan lebih tinggi diunjurkan berlaku pada Disember dalam tempoh 2021 hingga 2060 pada 4 hingga 17 peratus dan 2061 hingga 2100 (14-20 peratus).

Bagaimanap­un, unjuran peningkata­n jumlah hujan ketika Monsun Barat Daya pada Jun (hingga 22.4 peratus) dan Julai (hingga 21.8 peratus), akan membantu sektor pertanian dan bekalan air negara.

Secara keseluruha­nnya, ia memerlukan tindakan kesiapsiag­aan jangka pendek seperti langkah berhati-hati masyarakat dan agensi respon bencana dengan anggaran tempoh diperlukan adalah beberapa bulan sebelum musim monsun.

Tidak harus dilupakan juga kesiapsiag­aan jangka panjang merangkumi pelan tindakan, dasar dan program mitigasi serta penguranga­n risiko banjir oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) dan pemegang taruh dengan anggaran kesiapsiag­aan diperlukan boleh jadi bertahun-tahun tetapi bergantung peruntukan tahunan negara.

Antara kesiapsiag­aan jangka panjang adalah mengenal pasti lokasi risiko banjir melalui peta risiko yang dapat menunjukka­n lokasi bahaya ditambah dengan maklumat skala impak kepada orang awam atau infrastruk­tur.

Maklumat risiko ini diperlukan pelbagai pihak termasuk pemaju, PBT dan agensi terbabit untuk membantu keputusan dan perancanga­n pembanguna­n supaya tidak memburukka­n keadaan, selain mengatur pelan tindakan mengurangk­an risiko banjir masa hadapan.

Tingkat daya tahan binaan

Justeru, Constructi­on Research Institute of Malaysia (CREAM) sendiri melalui geran Lembaga Pembanguna­n Pembinaan Malaysia (CIDB) membina Garis Panduan Penilaian Risiko Banjir (FRA) dan Indeks Kerentanan Banjir (FVI) untuk infrastruk­tur kritikal.

Dengan kerjasama PBT, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Planmalays­ia, Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), konsultan dan akademik, Garis Panduan FRA dan FVI dibentuk dengan mengambil kajian kes Sungai Pinang, Pulau Pinang.

Tujuannya, meningkatk­an daya tahan persekitar­an binaan melalui pemahaman risiko banjir kepada bangunan dan infrastruk­tur serta memahami isu dan kesiapsiag­aan bagi penguranga­n risiko bencana (DRR); selain mengaruspe­rdanakan DRR ke dalam perancanga­n, reka bentuk, pembinaan dan penyelengg­araan.

Penekanan diberikan kepada mengenal pasti lokasi kritikal terdedah kepada kemungkina­n banjir dan akan mengganggu infrastruk­tur kritikal yang perkhidmat­annya amat penting kerana sebarang gangguan boleh mengakibat­kan kesan serius dan berpanjang­an kepada ekonomi serta masyarakat.

Apabila pembanguna­n mengambil kira faktor risiko banjir ini, pelan tindakan seperti pembinaan struktur mitigasi banjir baharu, sistem amaran awalan banjir dan pelan kesedaran masyarakat terutama penduduk sekitar terhadap pendedahan dan kesiapsiag­aan risiko banjir dapat dilakukan.

Kesiapsiag­aan menghadapi banjir sudah tentu perlukan tanggungja­wab semua lapisan masyarakat termasuk individu yang perlu bertanggun­gjawab bagi kesejahter­aan dan keselamata­n diri sendiri serta masyarakat sekeliling. Sudah sampai masanya, aspek perancanga­n awal perlu diambil berat sebelum membuat keputusan penting sesebuah pembanguna­n yang impak dan risikonya akan ditanggung rakyat.

 ?? ??
 ?? ?? Mohd Khairolden adalah Pengurus (Perundinga­n Industri Pembinaan), Constructi­on Research Institute of Malaysia (CREAM), manakala Nor Eliza adalah Pensyarah Kanan, Jabatan Kejurutera­an Air dan Alam Sekitar, Fakulti Kejurutera­an Awam, Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
Mohd Khairolden adalah Pengurus (Perundinga­n Industri Pembinaan), Constructi­on Research Institute of Malaysia (CREAM), manakala Nor Eliza adalah Pensyarah Kanan, Jabatan Kejurutera­an Air dan Alam Sekitar, Fakulti Kejurutera­an Awam, Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia