Berita Harian

Kenderaan seludup petrol beralih ke Pantai Timur

Pembukaan stesen minyak tanpa subsidi sekitar sempadan tangani sindiket penyeludup­an

- Oleh Aizat Sharif bhnews@bh.com.my

Pembukaan stesen minyak menjual petrol dan diesel tanpa subsidi serta penguatkua­saan berterusan sekitar sempadan Malaysia-thailand di sini, menyebabka­n banyak lori dan pikap dengan nombor pendaftara­n Thailand, dipercayai milik sindiket penyeludup­an, dikesan mula beralih ke Pantai Timur.

Perkembang­an itu dimaklumka­n Menteri Perdaganga­n Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub selepas kementeria­nnya menerima maklumat banyak pikap dan lori dari negara jiran itu kini mengalih haluan ke kawasan sempadan di negeri Pantai Timur.

Katanya, ia berikutan tidak banyak stesen minyak tidak bersubsidi dibuka di negeri di sebelah timur Semenanjun­g.

“Saya dapat maklumat daripada anggota Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) bahawa sekarang pikap dan lori didaftarka­n di Thailand mula beralih mengisi minyak bersubsidi di stesen minyak sekitar kawasan sempadan negara di sebelah Pantai Timur.

“Jadi, saya melihat kalau kita buka lebih banyak stesen minyak tidak bersubsidi di kawasan Pantai

Timur ini, maka itu adalah jalan penyelesai­an terbaik bagi menangani kes seludup keluar petrol, diesel bersubsidi dan sekurangku­rangnya kerugian RM150 juta setahun dapat diatasi,” katanya selepas merasmikan Projek Rintis Pembekalan Minyak RON95 dan Diesel Tanpa Subsidi di Perlis di Kawasan Perindustr­ian Kampung Kolam, di sini, semalam.

Salahuddin berkata, jumlah RM150 juta nilai kerugian setahun itu berdasarka­n anggaran KPDN akibat ketirisan bahan bakar subsidi yang diseludup ke negara jiran.

Perbanyak stesen tanpa subsidi

Katanya, pembekalan RON95 dan diesel tanpa subsidi itu satu inovasi KPDN dengan cadangan lebih banyak stesen sedemikian dibuka di sempadan Malaysia-thailand di Kelantan, sempadan Malaysiasi­ngapura di Johor Bahru dan sempadan Malaysia-indonesia di Sabah serta Sarawak, akan dibentangk­an kepada Kabinet.

“Saya akan bentangkan kepada mesyuarat Jemaah Menteri Jumaat

ini (esok) untuk cadangan supaya lebih banyak stesen minyak tidak bersubsidi ini dibuka di kawasan sempadan Malaysia dengan negara jiran di Kelantan, Johor Bahru dan Sabah serta Sarawak,” katanya

Katanya, langkah memperluas­kan lebih banyak stesen minyak menjual bahan api tanpa subsidi itu dilihat lebih ekonomik, praktikal dan global, selain dapat menyelamat­kan ketirisan subsidi negara.

“Ini suatu kaedah atau pendekatan ekonomi yang praktikal dan global. Pada masa sama menyelamat­kan ketirisan subsidi, masih memberikan keuntungan kepada kerajaan dan jika betul caranya, saya rasa kutipan Cukai Jualan dan Perkhidmat­an (SST) juga boleh diambil.

“Malah, ia turut mewujudkan persaingan sihat antara pengusaha stesen minyak tidak bersubsidi ini dari segi harga. Itu tidak salah disebabkan ia tidak mempunyai subsidi dan syarikat petroleum boleh bersaing dari segi harga untuk penjualan petrol dan diesel

tidak bersubsidi di premis mereka,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata, sepanjang tahun lalu sahaja, KPDN merekodkan 43 tangkapan kes membabitka­n penyeludup­an petrol dan diesel bersubsidi di Perlis dengan nilai rampasan RM100,611.

“Susulan itu, dengan langkah ini, setiap kenderaan berpendaft­aran asing boleh mendapatka­n bekalan petrol dan diesel di stesen minyak komersial dengan harga komersial dan tanpa subsidi.

“Projek rintis dilaksanak­an di Perlis ini untuk tempoh tiga bulan bermula awal bulan ini hingga April depan bagi menilai keberkesan­annya, sebelum diperluask­an ke negeri yang mempunyai sempadan antarabang­sa seperti Kedah, Perak, Kelantan, Johor, Sabah dan Sarawak,” katanya.

Terdapat dua stesen minyak tidak bersubsidi di Perlis menjual petrol dan diesel tidak bersubsidi, masing-masing di Kawasan Perindustr­ian Kampung Kolam, di Padang Besar dan Kampung Wang Kelian di Wang Kelian.

 ?? (Foto Aizat Sharif/bh) ?? Salahuddin menunjukka­n harga minyak tanpa subsidi selepas merasmikan Projek Rintis Pembekalan Minyak RON95 dan Diesel Tanpa Subsidi di Perlis di Kawasan Perindustr­ian Kampung Kolam, di Padang Besar, semalam.
(Foto Aizat Sharif/bh) Salahuddin menunjukka­n harga minyak tanpa subsidi selepas merasmikan Projek Rintis Pembekalan Minyak RON95 dan Diesel Tanpa Subsidi di Perlis di Kawasan Perindustr­ian Kampung Kolam, di Padang Besar, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia