Berita Harian

Malaysia mampu capai status berpendapa­tan tinggi 2026

Pertumbuha­n ekonomi, kadar tukaran asing faktor penentu pacu prestasi negara

- Oleh Mahanum Abdul Aziz mahanum_aziz@bh.com.my

berupaya untuk mencapai negara berpendapa­tan tinggi seawal 2026 jika pertumbuha­n ekonomi tahunan negara kekal berkembang sekitar antara empat hingga lima peratus.

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli, berkata mencapai status negara berpendapa­tan tinggi bergantung kepada dua perkara iaitu pertumbuha­n ekonomi dan kadar tukaran asing.

Beliau berkata, jika ekonomi negara kekal berkembang sekitar empat hingga lima peratus, negara akan berada dalam landasan baik mencapai status negara berpendapa­tan tinggi seawal 2026.

Malah, katanya, jika pertumbuha­n lebih bagus lagi iaitu melepasi lima peratus, negara boleh mencapai status itu dalam tempoh dua tahun.

“Faktor kedua adalah tukaran asing memandangk­an paras negara berpendapa­tan tinggi adalah dalam dolar iaitu AS$15,200. Kalau mata wang lebih kukuh, sudah tentu lebih awal boleh capai.

“Insya-allah, kalau terus begini (ekonomi berkembang empat hingga lima peratus), Malaysia akan capai negara berpendapa­tan tinggi pada penggal ini (Kerajaan Perpaduan),” katanya pada sidang media mengumumka­n prestasi ekonomi Malaysia di Putrajaya, semalam.

Mengenai prestasi ekonomi 2022, Rafizi berkata, Malaysia mencatatka­n pertumbuha­n Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) tahunan sebanyak 8.7 peratus pada 2022, yang mana prestasi ekonomi itu adalah memberangs­angkan dan mencermink­an daya tahan ekonomi negara.

Namun, beliau berkata, pertumbuha­n tahunan yang baik itu perlu dilihat bersama dengan pertumbuha­n sukuan dari suku pertama 2022 hingga suku keempat 2022 untuk memberi gambaran penuh prestasi ekonomi negara.

“Suasana ekonomi global yang dijangka menyederha­na dan tumbuh pada kadar yang lebih perlahan dalam tahun 2023 akan mempengaru­hi prestasi ekonomi negara.

“Pertumbuha­n ekonomi dunia dijangka lebih perlahan pada kadar 2.9 peratus dalam tahun 2023 berbanding 3.4 peratus dalam tahun 2022,” katanya.

Rafizi berkata, dalam keadaan pertumbuha­n ekonomi global yang dijangka lebih perlahan dalam tahun ini dan pertumbuha­n sukuan yang perlahan selama empat suku berturut-turut dalam tahun 2022, kerajaan sedar keperluan untuk bersiap sedia menghadapi suasana ekonomi yang lebih mencabar.

Beliau berkata, program ekonomi yang memberi fokus kepada dua perkara pokok ekonomi rakyat, iaitu kos sara hidup dan pendapatan, akan diberi tumpuan utama dalam perancanga­n ekonomi.

“Kementeria­n Ekonomi akan melancarka­n program Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) yang bertujuan menambah pendapatan rakyat pada 26 Februari 2023. Sasaran pertama IPR adalah golongan miskin tegar dan keluarga B40 di seluruh negara,” katanya.

Selaras dasar penggajian

Sementara itu, Rafizi berkata dasar berkaitan penggajian rakyat akan dibawa ke mesyuarat pertama Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) bulan depan yang akan dipengerus­ikan Perdana Menteri, Datuk Seri

Anwar Ibrahim.

Beliau berkata, dasar membabitka­n gaji perlu diselarask­an ke arah satu sasaran pertumbuha­n gaji yang menyeluruh untuk semua golongan pekerja.

Katanya, kementeria­n beliau akan mengimbang­i tumpuan untuk menstruktu­rkan ekonomi negara dengan keperluan rakyat berhubung kos sara hidup dan gaji yang lebih baik dalam merangka perancanga­n ekonomi.

“Penetapan dasar besar ekonomi seperti gaji (dan) struktur ekonomi, membabitka­n semua peringkat. Ia mengambil sedikit masa kerana kita perlu pastikan libat urus, kita perlu bincang sektor swasta dan kita perlu mengharmon­ikan dengan peraturan yang ada.

“Proses ini mengambil sedikit masa sekurang-kurangnya beberapa bulan sebelum keputusan dibuat,” katanya.

Rafizi berkata, paras gaji rakyat di negara ini masih belum sampai ke peringkat sepatutnya, yang mana rakyat boleh menikmati gaya hidup lebih baik.

Justeru, beliau berkata, kementeria­nnya akan memastikan program ekonomi yang dilaksanak­an bukan saja membantu rakyat dengan menambah pendapatan, juga membaiki struktur

ekonomi.

Suasana ekonomi global yang dijangka menyederha­na dan tumbuh pada kadar yang lebih perlahan dalam tahun 2023 akan mempengaru­hi prestasi ekonomi negara

Rafizi Ramli, Menteri Ekonomi

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia