Berita Harian

‘Lonjak bola sepak negara’

-

Kuala Lumpur: Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin, berkata beliau tidak terfikir untuk pergi lebih jauh atau memegang jawatan lebih tinggi dalam Persekutua­n Bolasepak Antarabang­sa (FIFA) selepas dipilih sebagai Ahli Majlis badan induk itu.

Hamidin menganggap kejayaan dipilih sebagai Ahli Majlis FIFA bagi penggal 2023-2027 sudah menjadi satu langkah besar buat dirinya sebagai pemimpin dalam sukan bola sepak.

Justeru, beliau ber- kata, fokus utama ke- tika ini adalah untuk menaikkan sukan bola sepak sejauh mungkin terutama di Malaysia termasuk juga merangkumi bola sepak pantai, bola sepak wanita dan futsal.

“Untuk mengatakan saya nak pergi lebih jauh (dalam FIFA) saya tak ada terfikir langsung. Saya berasa saya sudah pergi jauh sangat.

Saya memikirkan apabila ada permulaan, mesti ada pengakhira­n.

“Saya nak cuba bawa bola sepak Malaysia terutamany­a, seberapa jauh yang boleh. Saya tahu peminat banyak mengatakan soal pasukan kebangsaan, tetapi sebenarnya sebagai Presiden FAM saya kena jaga semua, futsal, bola sepak pantai, bola sepak wanita dan pembanguna­n peringkat belia.

“Jadi itu semua memerlukan sokongan daripada EXCO FAM dan semua pihak bagi memastikan kita dapat menaikkan semaksimum mungkin bola sepak Malaysia di masa akan datang,” katanya.

Hamidin yang juga bekas Setiausaha Agung FAM adalah individu keempat daripada Malaysia yang berjaya memegang jawatan sebagai Ahli Majlis FIFA selepas Yang di-pertuan Agong, Al-sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-mustafa

Billah Shah pada penggal 20152019, Tan Sri Hamzah Abu Samah (1982-1990) dan Lim Kee Siong (1960).

Dalam perkembang­an sama, Hamidin turut mendedahka­n beliau sebenarnya tidak pernah terfikir mahu menjadi Presiden FAM dan Ahli Majlis FIFA.

“Memang tak pernah terfikir, bukan sahaja menjadi Ahli Majlis FIFA, tetapi juga sebagai Presiden FAM. Sehingga sekarang kadangkada­ng saya bangun pagi saya pun tak tahu betul ke saya ini Presiden FAM dan Ahli Majlis FIFA.

“Ia kerana kedua-duanya bukan nak kata saya minta, tetapi sudah terjadi dengan izin Allah dan takdirnya. Bagi (jawatan) Setiausaha Agung FAM memang saya berminat dari awal dulu kerana sudah lama saya menjadi Setiausaha Agung FAS (Persatuan Bolasepak Selangor).

“Tetapi apabila sampai Presiden FAM dan Ahli Majlis FIFA ini memang langsung tak ada dalam impian saya. Namun, itu sudah terjadi,” katanya.

 ?? ?? Hamidin Mohd Amin
Hamidin Mohd Amin

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia