Berita Harian

Guna pengalaman naikkan lagi JDT

Khairy dilantik lembaga pengarah kelab, penasihat belia Johor

- Oleh Zulfaizan Mansor zulfaizan@bh.com.my

Kuala Lumpur: Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang dilantik Ahli Lembaga Pengarah Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) semalam berazam mengggunak­an pengalaman­nya untuk membantu menaikkan lagi nama skuad Harimau Selatan.

Bekas Menteri Belia dan Sukan

itu berkata, ia selaras dengan visi pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim untuk menjadikan kelab berkenaan sebagai kelab bola sepak yang unggul di benua Asia.

Malah, beliau yang juga bekas Menteri Kesihatan turut mengakui teruja untuk menyertai skuad Harimau Selatan yang dianggap kelab bola sepak terbesar di Asia Tenggara serta mempamerka­n prestasi cemerlang setiap musim.

“Menjunjung setinggi-tinggi kasih terhadap Tunku Ismail atas perkenan melantik saya sebagai penasihat belia Johor dan Ahli Lembaga Pengarah JDT.

“Saya akan menyumbang­kan sedikit pengalaman yang ada pada saya untuk membantu Tunku Mahkota Johor (TMJ) dalam visi Tuanku untuk menjadikan JDT kelab bola sepak paling unggul di benua Asia,” katanya dalam hantara pada akaun Facebook miliknya.

Realisasi hasrat TMJ

Semalam, TMJ menerusi akaun Twitter miliknya mengumumka­n Khairy dilantik sebagai Lembaga Pengarah JDT dan juga penasihat belia Johor.

Mengulas lanjut, Khairy memaklumka­n akan turut membantu merealisas­ikan hasrat TMJ dalam memperkasa­kan belia Johor menerusi pendidikan, latihan, keusahawan­an, kebajikan dan juga memberi perlindung­an yang sewajarnya kepada remaja dan kanak-kanak.

“Insya-allah saya akan membalas kepercayaa­n ini dengan usaha yang bersungguh­sungguh demi kecemerlan­gan berterusan JDT dan pemerkasaa­n belia Johor,” katanya.

 ?? (Foto ihsan FB Johor Southern Tigers) ?? Pasukan JDT giat berlatih bagi hadapi saingan musim baharu.
(Foto ihsan FB Johor Southern Tigers) Pasukan JDT giat berlatih bagi hadapi saingan musim baharu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia