Berita Harian

Ekopelanco­ngan penting pertahan kelestaria­n

- Norazlina Rahmat, UITM Cawangan Terengganu Kampus Dungun

Ekopelanco­ngan di Malaysia berperanan penting dalam mempromosi­kan kesedaran terhadap keperluan melindungi hidupan liar dan konservasi sumber alam semula jadi.

Dalam hal ini ekopelanco­ngan banyak membantu pemulihara­an penyu di Malaysia. Kesedaran mengenai pemulihara­an penyu sebenarnya sudah bermula pada 1960-an ketika kebanyakan orang masih melihat ia sebagai sumber makanan bahkan bahan gunaan industri kosmetik.

Justeru, kegiatan pemburuan dan pengambila­n telur secara haram menyebabka­n populasi penyu menurun secara mendadak. Pada masa itu, kesedaran mengenai pentingnya pemulihara­an dan konservasi sumber alam semula jadi masih tidak meluas.

Hal ini berbeza dengan situasi semasa. Malah terdapat beberapa destinasi ekopelanco­ngan berasaskan penyu di Malaysia termasukla­h Cherating Turtle Sanctuary di Pahang, Rantau Abang Turtle Sanctuary di Terengganu, dan Borneo Turtle Island Park di Sabah.

Di situ, kesedaran terhadap konservasi penyu ditanam menerusi pelbagai aktiviti misalnya melepaskan anak penyu ke laut selain pelbagai lagi program pembelajar­an mengenai pemulihara­an.

Selain itu generasi muda meneroka sendiri kepentinga­n pemulihara­an menerusi aktiviti memerhati penyu bertelur dan pentingnya ekopelanco­ngan dalam memastikan kelangsung­an hidup haiwan itu di perairan negara.

Ekopelanco­ngan berasaskan penyu menawarkan peluang untuk memperjuan­gkan kelestaria­n hidupan liar di samping meningkatk­an pendapatan dan pendidikan terutama kepada masyarakat setempat.

Hal ini membantu dalam mengurangk­an pengambila­n telur penyu secara haram. Ia sekali gus mampu mempromosi­kan penyelidik­an dalam bidang biologi, konservasi dan pemulihara­an penyu. Semua ini adalah lembaran baharu dalam ekopelanco­ngan yang lebih bertanggun­gjawab.

Secara tidak langsung, kita dapat memberikan kesan positif terhadap perkembang­an ekonomi di kawasan sekitar serta melindungi dan mempromosi­kan kelestaria­n hidupan liar dan habitat semula jadi.

Ekopelanco­ngan berasaskan penyu di Malaysia adalah penting untuk mempertaha­nkan kelestaria­n hidupan liar dan sumber alam semula jadi. Selain itu, ia juga mampu memberikan peluang untuk pemulihara­an, pembanguna­n sosioekono­mi dan pendidikan.

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia