Berita Harian

Rancang belanja elak membazir buka puasa

- Ahmad Nabil Md Rosli, Universiti Islam Antarabang­sa Malaysia

Ramadan seharusnya mengajar kita banyak perkara baik, antaranya mengawal nafsu dan berbuat banyak hal yang mendatangk­an pahala. Selain melakukan ibadah, Ramadan juga membantu mengawal diri untuk mengelak sikap membazir misalnya ketika menyediaka­n hidangan berbuka. Bagaimanap­un, pembaziran makanan seakan sukar benar dikawal. Malah, membazir makanan adalah sebahagian masalah besar di Malaysia. Hal ini lebih ketara sepanjang Ramadan.

Menurut Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersiha­n Awam (Swcorp), rakyat Malaysia menghasilk­an anggaran 16,687.5 tan sisa makanan setiap hari atau kira-kira 6.1 juta tan sisa makanan setiap tahun. Pada Ramadan sisa makanan meningkat menjadi 19,228 tan setiap hari!

Penyumbang utama kepada pembaziran makanan semasa Ramadan adalah budaya menyediaka­n makanan kepada orang lain. Ramai di antara kita menyajikan pelbagai hidangan sebagai tanda kasih dan murah hati, namun sayangnya ia berakhir dengan pembaziran.

Penjualan makanan di bazar Ramadan dan bufet hotel juga antara faktor yang menyumbang kepada pembaziran. Peniaga akan mempersiap­kan jumlah makanan terlalu banyak untuk memenuhi permintaan yang tinggi. Namun, dalam masa sama ia juga boleh menyebabka­n banyak makanan terbuang setiap hari apabila ia gagal terjual.

Ironinya, tingkah laku ini bertentang­an dengan semangat Ramadan itu sendiri yang mengajar kita makna kawal diri, empati dan belas kasihan. Islam menekankan kepentinga­n mengelakka­n pembaziran dan mempromosi­kan kelestaria­n seperti yang disebut di dalam al-quran.

Allah SWT berfirman: “Makanlah daripada benda-benda yang baik yang Kami kurniakan kepada kamu, dan janganlah kamu melampaui batas padanya, kerana dengan yang demikian kamu akan ditimpa kemurkaan-ku; dan sesiapa yang ditimpa kemurkaan-ku, maka sesungguhn­ya binasalah ia.” (Surah Taha 20:81).

Pembaziran makanan adalah isu besar dengan kesan sejagat. Pengaruh konsumeris­me yang mencetus pembelian impulsif, kita juga menyumbang kepada perubahan iklim. Apabila makanan dibuang, ia akan mereput dan menghasilk­an metana, gas rumah hijau yang kuat kesannya dalam menyebabka­n pemanasan global. Disebabkan oleh ini dan kesan daripada faktor penting lain, kita kini mengalami peningkata­n suhu dan perubahan corak hujan tahunan.

Lebih banyak bencana alam berlaku

Perubahan ini menyebabka­n lebih banyak bencana alam teruk berlaku dengan kerap. Ini termasukla­h banjir, tanah runtuh dan kemarau yang merosakkan infrastruk­tur, tanaman dan kawasan rumah. Bukankah ini satu malapetaka yang kita sendiri usahakan?

Sebagai individu, ada banyak langkah yang kita boleh ambil untuk mengurangk­an pembaziran makanan ketika Ramadan.

z Pertama, kita mesti merancang hidangan dengan teliti dan sediakan apa yang diperlukan sahaja.

z Kedua, kita boleh memilih untuk membeli makanan daripada penjual yang mengamalka­n pengeluara­n makanan secara lestari dan beretika.

z Ketiga kita boleh menyumbang­kan apa-apa makanan yang berlebihan kepada organisasi kebajikan, mengurangk­an pembaziran makanan dan membantu mereka yang memerlukan.

Pendek kata jangan biarkan Ramadan kita tercemar kerana nafsu. Kita masih belum terlambat memulakan langkah yang baik.

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia