Berita Harian

‘Perbicaraa­n kes sudah tertangguh lima tahun’

Mahkamah tetapkan 9 Ogos pengurusan kes maklum status representa­si

- Oleh Ahmad Johari Mohd Ali ajohari@bh.com.my

Kuala Lumpur: Peguam mewakili bekas Ketua Setiausaha Perbendaha­raan, Tan Sri Mohd Irwan Serigar Abdullah, Datuk N Kumaraendr­an memohon tarikh pendengara­n lebih awal, bagi enam tuduhan pecah amanah membabitka­n harta Kerajaan Malaysia berhubung bayaran kepada Internatio­nal Petroleum Investment Company (IPIC).

Kumaraendr­an berkata, penangguha­n itu menghantui anak guamnya sejak lima tahun lalu.

“Pertuduhan ini telah menghantui anak guam saya selama lima tahun. Beliau didakwa pada 2018 dan kes ini dipindahka­n ke Mahkamah Tinggi pada 2019. Kemudian pelbagai tarikh ditetapkan untuk pendengara­n dan atas pelbagai sebab, tarikh telah dilapangka­n.

“Perkara ini kemudian ditetapkan untuk perbicaraa­n penuh pada 3 April dan pihak pendakwaan memberi alasan untuk melapangka­n tarikh perbicaraa­n dengan memberi sebab AG (Peguam Negara) perlu mempertimb­angkan representa­si itu.

“September terlalu lama untuk tarikh sebutan. Tarikh (sebutan) yang singkat iaitu dua bulan (pada Julai) sepatutnya memadai untuk memberi tekanan terhadap mereka (pendakwaan) untuk mendapatka­n keputusan awal,” katanya.

Mahkamah kemudian menetapkan 9 Ogos bagi tarikh pengurusan kes bagi pendakwaan memaklumka­n status representa­si.

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengemuka representa­sinya dua tahun lalu tetapi ditolak, manakala representa­si dihantar oleh Mohd Irwan pada 2020 tidak dijawab oleh Pejabat Peguam Negara, sehubungan itu Mohd Irwan menghantar permohonan representa­si baharu pada Mac lalu.

Perlu masa lanjut

Pejabat Peguam Negara (AGC) memerlukan masa lanjut untuk memutuskan representa­si dikemuka Mohd Irwan untuk membatalka­n tuduhan pecah amanah yang dihadapiny­a bersama Najib.

Najib dan Mohd Irwan didakwa atas enam tuduhan pecah amanah membabitka­n harta Kerajaan Malaysia berhubung bayaran kepada IPIC.

Dalam prosiding semalam, Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Saifuddin Hashim Musaimi memaklumka­n kepada Mahkamah Tinggi, arahan daripada Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun untuk memohon satu lagi tarikh pengurusan kes.

Muhammad Saifuddin berkata, ini bagi menimbangk­an dengan

lebih lanjut representa­si Mohd Irwan kerana jumlah wang yang terbabit dalam pertuduhan besar, iaitu RM6 bilion.

“Jadi (kami) perlu masa panjang untuk meneliti surat dalam representa­si. Kalau boleh kami mohon tarikh pada September,” katanya.

Pada 24 Oktober 2018, Najib, 69, dan Mohd Irwan, 66, mengaku tidak bersalah atas enam pertuduhan pecah amanah ke atas harta kerajaan Malaysia berjumlah RM6.6 bilion berkaitan bayaran kepada IPIC.

Mereka dituduh melakukan semua kesalahan itu di Kompleks Kementeria­n Kewangan Malaysia, Wilayah Persekutua­n Putrajaya antara 21 Disember 2016 dan 18 Disember 2017, mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama.

Jika sabit kesalahan, mereka boleh dikenakan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan serta boleh dikenakan denda.

 ?? (Foto Fathil Asri/bh). ?? Mohd Irwan hadir di Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur, semalam.
(Foto Fathil Asri/bh). Mohd Irwan hadir di Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia