Berita Harian

‘Baca laporan ekonomi, bukan laporan PAS’

Anwar sangkal tiada Menteri Kewangan sepenuh masa punca nilai ringgit susut

- Oleh Mohd Iskandar Ibrahim mohd_iskandar@bh.com.my

Putrajaya: Datuk Seri Anwar Ibrahim menyangkal kejatuhan ringgit ketika ini disebabkan ketiadaan Menteri Kewangan sepenuh masa.

Ketika menyangkal dakwaan Ahli Parlimen Bachok dari PAS, Mohd Syahir Che Sulaiman, Perdana Menteri menjelaska­n, kejatuhan ringgit disebabkan pelbagai faktor antaranya kekangan antarabang­sa.

“Suruh orang yang cadang itu, baca laporan ekonomi dan kewangan bukannya laporan PAS,” katanya ketika ditemui selepas menyempurn­akan Majlis Penyerahan Kunci Perumahan Penjawat Awam Malaysia (PPAM) Madani Dalur di sini, semalam.

Yang turut hadir, Menteri Pembanguna­n Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali.

Beliau berkata demikian sebagai membalas kenyataan Mohd Syahir yang menyatakan bahawa kejatuhan ringgit disebabkan Malaysia tidak memiliki Menteri Kewangan sepenuh masa.

Syahir dilaporkan berkata, dalam tempoh enam bulan ini, ringgit menyusut berbanding dolar AS dan mata wang lain sehingga mencecah paras RM4.60 berbanding satu dolar AS dan dijangka boleh mencecah paras RM5 jika tidak dikawal.

Sebelum ini, BNM mengaitkan punca penyusutan ringgit berbanding dolar AS disebabkan ketidakten­tuan ekonomi global, seperti isu siling hutang di Amerika Syarikat (AS) dan tekanan pada kedua-dua sektor perbankan AS dan Eropah

Fokus penyelesai­an

Syahir dalam reaksi balasnya, berkata beliau tidak menyebut Anwar sebagai punca kejatuhan nilai ringgit yang dialami, sebaliknya mahu fokus kepada penyelesai­an.

“Kita perlukan Menteri Kewangan sepenuh masa di MOF, 'a strong, formidable, convincing Finance Minister', kerana hampir mustahil Perdana Menteri boleh memikul dwi-fungsi ini dalam tempoh sekarang.

“Diketahui bahawa wewenang Menteri Kewangan sangatlah rumit, perlu membuat banyak keputusan penting, menyemak dan menandatan­gani banyak dokumen setiap hari. Malah sebahagian tugasan sulit ini tidak boleh diserahkan kepada Timbalan Menteri Kewangan, apatah lagi Timbalan Menteri bukanlah ahli Mesyuarat Kabinet Jemaah Menteri,” katanya.

 ?? (Foto Mohd Fadli Hamzah/bh) ?? Anwar pada Majlis Penyerahan Kunci PPAM Madani Dalur di Presint 18, Putrajaya, yang turut disertai Kor Ming dan Mohd Zuki, semalam.
(Foto Mohd Fadli Hamzah/bh) Anwar pada Majlis Penyerahan Kunci PPAM Madani Dalur di Presint 18, Putrajaya, yang turut disertai Kor Ming dan Mohd Zuki, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia