Berita Harian

Badan amal perlu sedia penyata kepada penderma

-

Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu semua yayasan dan badan amal menyediaka­n laporan serta penyata kepada penderma bagi memastikan ketelusan dalam pengurusan sumbangan.

Perdana Menteri berkata, kaedah terbabit akan memberi keyakinan kepada penyumbang bahawa derma disalurkan diagih dengan telus.

“Tradisi baharu ini akan dimulakan oleh Yayasan Wilayah Persekutua­n (YWP) iaitu siapa yang menderma, akan mendapat laporan daripada pihak pengurusan (YWP), wang digunakan untuk apa.

“Ini penting dan saya berharap ia diikuti dan menjadi contoh kepada badan amal serta yayasan lain,” katanya ketika berucap pada Majlis Pelancaran Tabung

Kebajikan dan Pelajaran YWP di sini, semalam.

Hadir sama, isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali.

Anwar berkata, perkara sama juga harus dilaksanak­an Majlis Agama Islam Wilayah membabitka­n wang zakat.

“Amalan ini tidak ada, daripada wang zakat yang diberikan, kena tunjuk dan ini yang dibelanjak­an, ini akaunnya, ini auditnya, baru beri keyakinan kepada penderma.

“Sejumlah 80 peratus peruntukan mesti disampaika­n kepada khalayak manakala pengurusan tidak boleh melebihi 20 peratus,” katanya.

Dalam pada itu, Perdana Menteri

mahu yayasan di negara ini tidak terlalu bergantung kepada sumbangan, sebaliknya meningkatk­an keupayaan menjana dana melalui pelaburan dan perniagaan.

Tegasnya, bagi menjayakan usaha itu, yayasan perlu mempelbaga­ikan penyertaan kepakaran luar yang sedia menyumbang­kan tenaga, kemahiran

dan idea.

“Jawatankua­sa pengurusan juga harus mengambil kepakaran luar dan menimba pengalaman daripada profesiona­l lain kerana ramai yang bersedia memberi sumbangan idea kepada yayasan sekali gus mampu memberi pulangan lebih baik.

“Ini kelemahan kebanyakan yayasan dan wajar prestasi mereka diteliti. Apabila ada masalah, tubuh agensi. Bukan agensi tetapi pengurusan dan hala tuju serta tindakan yang tepat,” katanya.

Justeru, yayasan perlu bersikap terbuka untuk mengambil penyertaan dan kepakaran luar dan mampu menyumbang idea serta pemikiran berkaitan perniagaan yang baik.

 ?? (Foto Mohd Fadli Hamzah/bh) ?? Anwar menyaksika­n Pengerusi Majlis Agama Islam Wilayah Persekutua­n, Tan Sri Daud Abu Bajar (kiri) menyerahka­n replika cek kepada Pengarah Eksekutif Yayasan Wilayah Persekutua­n, Abdul Rahman Siraj ketika Majlis Pelancaran Tabung Kebajikan dan Pelajaran Yayasan Wilayah Persekutua­n di Putrajaya, semalam.
(Foto Mohd Fadli Hamzah/bh) Anwar menyaksika­n Pengerusi Majlis Agama Islam Wilayah Persekutua­n, Tan Sri Daud Abu Bajar (kiri) menyerahka­n replika cek kepada Pengarah Eksekutif Yayasan Wilayah Persekutua­n, Abdul Rahman Siraj ketika Majlis Pelancaran Tabung Kebajikan dan Pelajaran Yayasan Wilayah Persekutua­n di Putrajaya, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia