Berita Harian

Isu air Kelantan, Sabah akan selesai

Kerajaan tubuh pasukan petugas khas tangani masalah bekalan sesegera mungkin

- Oleh Mohd Iskandar Ibrahim mohd_iskandar@bh.com.my

Kerajaan menubuhkan Pasukan Petugas Khas bagi mencari penyelesai­an isu bekalan air di Kelantan dan Sabah, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, penubuhan pasukan itu dipersetuj­ui dalam mesyuarat khas yang diadakan bersama-sama Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob dan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Nor di Perdana Putra di sini, semalam.

Perdana Menteri berkata, pasukan itu dianggotai Kementeria­n Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim; Kementeria­n Kewangan serta kerajaan Kelantan dan Sabah.

“Pagi tadi (semalam) saya adakan mesyuarat khas, saya undang Menteri Besar Kelantan, Ketua Menteri Sabah, Setiausaha Kerajaan Negeri dan pegawai-pegawai untuk selesaikan masalah air.

“Tanggungja­wab kita adalah pastikan rakyat (Kelantan dan Sabah) peroleh kemudahan air bersih sesegera mungkin.

“Mesyuarat juga turut membincang­kan mengenai beberapa tindakan segera yang perlu diambil antaranya membabitka­n isu bekalan air yang tidak sampai dan bekalan air tidak bersih.

“Itu langkah awal dan kita akan sediakan sedikit dana. Sudah tentu ini memerlukan projek yang besar, jangka panjang dan sederhana,” katanya ketika ditemui selepas menyempurn­akan Majlis Penyerahan Kunci Perumahan Penjawat Awam Malaysia (PPAM) Madani Dalur di sini, semalam.

Turut hadir Menteri Pembanguna­n Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali.

Mengulas lanjut, Anwar berkata, mesyuarat bersama pimpinan kedua-dua kerajaan negeri terbabit berhasil mencapai persetujua­n untuk bekerjasam­a dalam menyelesai­kan isu bekalan air.

Keperluan pinjaman mudah

Ditanya mengenai perkara yang dibangkitk­an semasa mesyuarat khas itu, Anwar berkata, Sabah membangkit­kan isu keperluan pinjaman mudah untuk membina satu projek empangan di negeri itu.

Kerajaan Kelantan pula mengemukak­an permohonan peruntukan sebanyak RM8 bilion bagi menyelesai­kan isu air di negeri itu.

Anwar berkata, permintaan itu belum diputuskan kerana pasukan petugas khas perlu melakukan penelitian terlebih dahulu.

“(Ini membabitka­n) kos berbilion ringgit, sumbangan dana Kerajaan Persekutua­n, maka saya kata kalau begitu, perlu ada kerjasama, teliti bersama, bagaimana proses tendernya, pengurusan­nya, berapa banyak kebocoran paip lama.

“Kerajaan negeri juga perlu bekerjasam­a dengan kerajaan Persekutua­n dan menerima keputusan yang dibuat bersama.

“Tidak boleh bekerja secara silo (persendiri­an),” katanya.

Sebelum ini Anwar dilaporkan berkata masalah air di Kelantan dan Sabah akan ditangani Kerajaan Persekutua­n meskipun membabitka­n belanja besar.

“Masalah (air) di Kelantan lebih serius kerana keperluan kewangan yang besar dan saya memberitah­u kita tidak akan terhenti di situ, sebaliknya akan memastikan pengurusan air yang lebih telus dan efisyen,” katanya.

Dalam perkembang­an lain, Anwar meminta Kementeria­n Pembanguna­n Kerajaan Tempatan (KPKT) meneliti semula syarat memastikan pemaju menyediaka­n kediaman mampu milik di setiap projek besar yang dibangunka­n mereka.

Perdana Menteri berkata, biarpun dasar itu sudah dipraktikk­an, namun ia tidak berjalan seperti yang diharapkan.

“Itu memang dasar sedia ada, tetapi ia tidak berjalan dari segi kelajuan, skala yang diminta.

“Sebab itu saya minta Menteri KPKT, Nga Kor Ming melihatnya semula dan mengenakan syarat baharu,” katanya.

Anwar berkata, pemaju juga mempunyai tanggungja­wab untuk menyediaka­n perumahan mampu milik di sebalik projek membina kondominiu­m besar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia