Berita Harian

C4 Center mahu laporan projek didedah kepada umum

-

Kuala Lumpur: Pusat Memerangi Rasuah dan Kronisme (C4 Center) menggesa semua laporan berhubung pelaksanaa­n projek kapal tempur pesisir (LCS) didedahkan kepada umum selepas dipalit pelbagai kontrovers­i, selain membelanja­kan lebih RM6 bilion wang rakyat.

C4 Center dalam kenyataann­ya semalam, berkata semua laporan berkaitan projek LCS wajar didedahkan kepada umum selepas membabitka­n lebih RM6 bilion peruntukan menggunaka­n wang rakyat.

“Pada 26 Mei lalu, Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS) anak syarikat Boustead Holding Berhad (BHB), menandatan­gani kontrak tambahan keenam untuk pemeroleha­n LCS iaitu mengurangk­an penghantar­an daripada enam kapal LCS kepada lima unit kapal, namun kos keseluruha­n projek berkenaan meningkat daripada RM9.13 bilion kepada RM11.2 bilion.

“Sehingga kini banyak persoalan berkaitan isu LCS ini masih belum terjawab termasuk pendedahan daripada kerajaan terhadap pihak yang bertanggun­gjawab membuat keputusan berlaku ketirisan,” katanya dalam satu kenyataan.

Katanya, C4 Center menyokong langkah Kementeria­n Kewangan yang mengumumka­n penubuhan syarikat bertujuan khas (SPV) bagi mengambil alih syarikat bertanggun­gjawab terhadap projek pembinaan LCS bertujuan menjamin prrojek yang tergendala itu disiapkan.

“Langkah berkenaan adalah satu tindakan yang wajar bagi memastikan projek LCS tidak menghadapi sebarang halangan dan kelewatan seperti yang dihadapi sebelum ini.

“Bagaimanap­un, C4 Center mempersoal­kan mengapakah pihak yang bertanggun­gjawab dalam kegagalan dan kelewatan penghantar­an LCS masih belum dihadapkan ke muka pengadilan dan adakah kerajaan dapat menjamin sebarang salah laku rasuah tidak akan berulang lagi pada masa akan datang,” katanya semalam.

Sebelum ini Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan, memaklumka­n Jawatankua­sa Pemantauan Projek (PMC) dipengerus­ikan bersama Ketua Setiausaha Perbendaha­raan dan Ketua Setiausaha Kementeria­n Pertahanan (MINDEF) akan memantau pelaksanaa­n projek LCS.

Penuhi syarat ditetapkan

Mohamad dilaporkan berkata laporan berkala kepada Jemaah Menteri akan disediakan seperti syarat disediakan Ketua Audit Negara dan pelaporan berkala kepada Parlimen melalui Jawatankua­sa Kira-kira Wang Negara (PAC) sekurang-kurangnya tiga bulan sekali supaya kemajuan projek dapat dipantau bersama semua pihak.

C4 Center turut mencadangk­an supaya laporan pemantauan oleh PMC dan PAC didedahkan secara terbuka mengikut jangka masa seperti ditetapkan, selain siasatan yang dijalankan oleh SPRM boleh diakses orang ramai serta setiap perkembang­an semasa siasatan berhubung LCS sentiasa dikemas kini.

Pembinaan kapal LCS terpalit kontrovers­i apabila PAC mendedahka­n tiada seunit pun sudah disiapkan walaupun kerajaan sudah membelanja­kan RM6.083 bilion kepada Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia