Berita Harian

‘Puad Zarkashi perlu lebih peka, matang’

-

Kuala Lumpur: Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi perlu peka dengan perkembang­an ekonomi negara sebelum mempersoal­kan langkah diambil kerajaan bagi mengatasi ekonomi rakyat.

Timbalan Ketua Penerangan PKR, Razeef Rakimin, berkata hakikatnya pergerakan sektor ekonomi kini mula merancak, malah kemasukan pelabur juga bakal merancakka­n lagi pertumbuha­n ekonomi dalam masa terdekat.

“Saya juga ingin mempersoal tahap pemikiran Mohd Puad apabila beliau bertanya mengenai ketiadaan dasar yang lebih baik berbanding Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M), adakah beliau maksudkan BR1M adalah dasar terbaik yang pernah ada?

“Jika ini tahap pemikiran Mohd Puad, saya ingin nyatakan BR1M bukanlah dasar terbaik kerana ia tidak dapat membantu meningkatk­an taraf ekonomi rakyat,” katanya dalam kenyataan di Facebook semalam.

Beliau mengulas kenyataan Mohd Puad yang mendakwa tidak nampak langkah signifikan untuk ekonomi negara daripada Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli.

Mohd Puad juga dilaporkan mendakwa Rafizi gagal membuat ‘persiapan’ sebelum menjadi menteri.

Perkenal pelbagai insentif

Razeef berkata, banyak pelbagai Inisiatif sudah diperkenal­kan Kementeria­n Ekonomi seperti pelaksanaa­n Inisiatif Usahawan Makanan (INSAN) di bawah Inisiatif

Pendapatan Rakyat (IPR).

Katanya, inisiatif serampang dua mata dengan membantu meningkatk­an pendapatan usahawan makanan selain rakyat dapat membeli makanan dengan murah sehingga RM2.

“Beberapa peniaga mesin layan diri di bawah IPR menerima pendapatan bulanan melebihi RM2,000 dan ada yang mendapat pendapatan mingguan sehingga RM1,000.

“Ini jelas kejayaan inisiatif di bawah Kementeria­n Ekonomi dalam membantu meningkatk­an pendapatan rakyat,” katanya.

Beliau menjelaska­n program INSAN dan IPR juga akan diperluask­an ke seluruh negara, selain akan memperkena­lkan Inisiatif Usahawan Tani (INTAN).

Rafizi baru-baru ini mengumumka­n tanah seluas 323 hektar milik kerajaan Persekutua­n dikenal pasti untuk projek tanaman fertigasi bagi membantu golongan miskin tegar dan kumpulan B40.

“Daripada kerajaan terus menerus ‘suap’ rakyat seperti apa yang dikatakan Mohd Puad sebagai ‘dasar terbaik’, adalah lebih baik kerajaan bantu meningkatk­an ekonomi rakyat untuk jangka masa panjang,” katanya.

Razeef juga menasihatk­an Mohd Puad agar tidak terlalu gopoh dalam mengeluark­an kenyataan.

“Beliau seharusnya selidik dan membantu kerajaan menerangka­n pelbagai inisiatif kerajaan, termasuk IPR di bawah Kementeria­n Ekonomi,” katanya.

 ?? ?? Razeef Rakimin
Razeef Rakimin

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia