Berita Harian

SPR digesa buka segera permohonan undi pos 6 negeri

Langkah elak timbul pelbagai masalah hingga nafikan hak pengundi berdaftar

- Oleh Tuty Haryanti Ahmad Rodzi bhnews@bh.com.my

Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) mahu Suruhanjay­a Pilihan Raya (SPR) membuka segera permohonan untuk menjadi pengundi pos bagi enam negeri yang akan menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN).

Jawatankua­sa Pemandu BERSIH, berkata SPR tidak semestinya menunggu sehingga semua negeri terbabit membubarka­n Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing sebelum membuka permohonan pengundi pos.

Katanya, ini kerana permohonan pengundi pos itu termasuk pengundi kategori 1B iaitu warga Malaysia yang berada di luar negara seperti pelajar dan mereka yang bekerja serta menetap di luar negara yang perlu memohon menjadi pengundi pos dalam PRN nanti.

“SPR perlu mengambil iktibar daripada pilihan raya lalu, jumlah

pengundi pos kategori 1B meningkat 600 peratus daripada 7,979 pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) kepada 48,109 pada PRU15.

“Pembukaan permohonan undi pos lebih awal akan memberikan lebih banyak masa kepada pengundi dan lebih ramai yang layak dapat memohon sebagai pengundi dalam PRN nanti.

“SPR perlu sentiasa ingat bahawa sudah menjadi tanggungja­wab Perlembaga­an untuk memastikan setiap rakyat yang layak mengundi diberikan akses pengundian yang mencukupi bagi mereka melaksanak­an tanggungja­wab dalam pilihan raya,” katanya dalam kenyataan, di sini semalam.

Syor perluas kategori

Selain itu, Jawatankua­sa Pemandu

BERSIH turut mencadangk­an supaya pengundi pos kategori 1C iaitu agensi atau organisasi yang dibenarkan SPR diperluask­an juga kepada petugas kesihatan dan keselamata­n yang bekerja di sektor swasta seperti hospital swasta yang bertugas pada hari pengundian.

Katanya, kejadian seperti petugas pilihan raya seperti kerani pengundian dan ketua tempat mengundi tidak menjadi pengundi pos juga tidak seharusnya berulang kembali.

“Pada PRU15, pasukan Pemantau BERSIH menerima banyak aduan kerani dan ketua tempat mengundi tidak didaftarka­n menjadi pengundi pos walaupun mereka memohon dan akhirnya mereka dinafikan hak untuk mengundi pada pilihan raya kerana terpaksa bertugas,” katanya.

 ?? (Foto hiasan) ?? Permohonan undi pos enam negeri PRN perlu dibuka segera bagi memberi lebih banyak masa kepada pengundi.
(Foto hiasan) Permohonan undi pos enam negeri PRN perlu dibuka segera bagi memberi lebih banyak masa kepada pengundi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia