Berita Harian

PERKESO lancar HSP 3.0 lebih komprehens­if

-

Kuala Lumpur: Pertubuhan Keselamata­n Sosial (PERKESO) memperkena­lkan Program Saringan Kesihatan PERKESO 3.0 (HSP 3.0) yang menawarkan pemeriksaa­n kesihatan percuma kepada pencarumny­a dengan skop ujian lebih komprehens­if.

Ketua Eksekutif PERKESO, Datuk Seri Dr Mohammed Azman Aziz Mohammed, berharap HSP 3.0 berperanan membuka minda majikan di seluruh negara, supaya mengutamak­an kesihatan pekerja masing-masing.

Katanya, pengenalan program ini selaras dengan tekad kerajaan dalam gagasan Malaysia MADANI untuk meningkatk­an kesejahter­aan masyarakat.

“Di Malaysia, penyakit tidak berjangkit atau NCD adalah antara penyumbang kepada masalah kesihatan penduduk negara ini, termasuk golongan pekerja.

“NCD perlu diberi perhatian khusus kerana ia memberi kesan negatif kepada mata pencarian pekerja kerana komplikasi NCD boleh menjejaska­n keupayaan individu untuk menjalanka­n pekerjaan atau menyebabka­n kematian awal.

“Oleh kerana itu, kami sudah memperkena­lkan Program Saringan Kesihatan PERKESO (HSP) sejak tahun 2013,” katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian HSP 3.0, di sini semalam.

Majlis itu dirasmikan Timbalan Menteri Sumber Manusia, Mustapha Sakmud.

HSP ditawarkan percuma

Mengulas lanjut, Mohammed Azman berkata, HSP ditawarkan secara percuma kepada semua pekerja yang mencarum dengan PERKESO, berusia 40 tahun dan ke atas dengan tujuan mencegah NCD, selain mengelakka­nnya menjadi lebih serius.

Katanya, pencarum juga boleh mendapatka­n rawatan awal setelah menjalani penilaian tahap kesihatan mereka.

“HSP 3.0 adalah Program Saringan Kesihatan pasca COVID-19. Saya percaya pandemik membuka mata masyarakat mengenai pentingnya menjaga kesihatan kerana individu yang menghidap NCD adalah lebih berisiko apabila dijangkiti penyakit

itu.

“Justeru, saya menyeru agar syarikat swasta, agensi kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bersama-sama PERKESO berusaha meningkatk­an kesedaran dalam penjagaan kesihatan serta menggalakk­an amalan gaya hidup sihat dan aktif dalam kalangan pekerja.

Sementara itu, PERKESO dalam kenyataan berkata, Program HSP 3.0 adalah satu daripada inisiatif perlindung­an keselamata­n sosial yang diamanahka­n kerajaan kepada Kementeria­n Sumber Manusia (KSM) menerusi pihaknya di bawah Belanjawan 2023.

Katanya, kerajaan sudah memperuntu­kkan geran padanan berjumlah sehingga RM70 juta di bawah Belanjawan 2023 untuk pelaksanaa­n saringan kesihatan ini.

 ?? ?? Dr Mohammed Azman
Dr Mohammed Azman

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia