Berita Harian

Garis panduan baharu SOP COVID-19 diteliti sebelum dikemas kini

-

Kuala Lumpur: Kementeria­n Kesihatan (KKM) akan bermesyuar­at pertengaha­n bulan ini bagi membincang­kan garis panduan baharu prosedur operasi standard (SOP) COVID-19 berikutan pengumuman penamatan status kecemasan kesihatan global oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa, berkata kementeria­n mengambil pendekatan berhati-hati sebelum membuat pengumuman dengan mengambil kira Malaysia yang masih ditetapkan di bawah Kawasan Jangkitan Tempatan sehingga 30 Jun ini.

“Pertengaha­n bulan ini, kita akan meneliti SOP dan lihat bagaimana kita boleh membuat kemas kini,” katanya kepada pemberita selepas pelancaran Kuala Lumpur Wellness City (KLWC) di Bukit Jalil, semalam.

Beliau berkata, pindaan terhadap SOP berkenaan termasuk membabitka­n pemakaian pelitup muka dalam pengangkut­an awam.

“Kita perlu melihat sama ada trend kes (COVID-19) kerana ia sesuatu yang kita tidak boleh jangkakan, contohnya kita mungkin berdepan lonjakan kes ketika musim perayaan jadi kita perlu menguruska­nnya dan selepas itu baru kita putuskan,” katanya.

Mengulas mengenai pelancaran KLWC, beliau berkata, ia menandakan langkah berani ke arah mewujudkan masyarakat mampan dan inklusif dengan meletakkan keutamaan terhadap kesihatan dan kesejahter­aan rakyat.

“Inisiatif berwawasan ini mewakili komitmen menyediaka­n perkhidmat­an penjagaan kesihatan terbaik ke arah membina negara lebih sihat, yang mengiktira­f kesalinghu­bungan kesejahter­aan fizikal, mental dan sosial,” katanya.

Projek perbandara­n khas

KLWC adalah projek perbandara­n khas pertama di Asia Tenggara bagi memupuk gaya hidup bersepadu sepenuhnya dengan penjagaan kesihatan dan kesejahter­aan. membabitka­n nilai pembanguna­n kasar RM11 bilion merangkumi lebih 10.72 hektar tanah.

Projek itu menampilka­n ekosistem lengkap untuk kesejahter­aan dan kesihatan seperti The Nobel Healthcare Park, Hospital Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIH), makmal inovasi, fasiliti penyelidik­an klinikal dan pembanguna­n, menara pejabat penjagaan kesihatan, pusat peranginan pesara, hab penjagaan kesihatan dan taman berasaskan kecergasan.

 ?? (Foto BERNAMA) ?? Dr Zaliha melihat reka bentuk pembanguna­n projek KLWC pada majlis perasmiann­ya di Bukit Jalil, semalam.
(Foto BERNAMA) Dr Zaliha melihat reka bentuk pembanguna­n projek KLWC pada majlis perasmiann­ya di Bukit Jalil, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia