Berita Harian

‘Hormati sejarah yang termaktub’

- Dari Muka

Penduduk Kampung Ekor Kucing dekat Pinang Tunggal di sini, Bidin Awang, 71, berkata semua pihak seharusnya saling menghormat­i di antara satu sama lain dengan menerima hakikat bahawa sejarah membabitka­n kedua-dua negeri ini sudah termaktub.

Bidin adalah di antara penduduk yang menghuni kawasan sekitar sempadan Pulau Pinang dengan Kedah yang mana kedudukan kediamanny­a hanya beberapa meter dari Batu Sempadan British dan Siam.

Batu Sempadan British dan Siam diletakkan sebagai makluman bahawa Raja Siam pada 2 November 1831, bersetuju untuk memberikan kawasan baharu yang asalnya sebahagian daripada Kedah kepada British.

Ia sebagai tanda Siam membalas jasa kerana British tidak membantu Kedah ketika Siam menyerang negeri terbabit, dengan sebahagian negeri itu kemudian dibangunka­n sebagai Seberang Perai di Pulau Pinang oleh British.

Dalam pada itu, Bidin berkata, selain Batu Sempadan British-siam itu, ada juga batu sempadan lain di kebun sayur berdekatan rumahnya yang menandakan wujudnya pembahagia­n antara dua negeri iaitu Pulau Pinang dan Kedah.

“Kenapa nak riuhkan mengenai Pulau Pinang sebahagian daripada Kedah, sedangkan kita semua dalam sebuah negara yang sama (Malaysia).

“Saya bimbang jika kita terlalu sibuk memainkan isu ini, akhirnya akan timbul pula isu lain nanti apatah lagi Batu Sempadan British-siam di sini sering dikunjungi orang Siam termasuk rajanya.

“Mereka (orang Siam) sangat menjaga batu itu kerana tahu akan sejarahnya dan kita juga harus tahu sejarah. Jadi nasihat saya jangan kecoh dan ungkit perkara yang sudah lepas.

“Jadi, perkara ini (Pulau Pinang masih milik Kedah) merepek dan cukuplah bermain politik. Seharusnya pemimpin sekarang kena terima hakikat bahawa sejarah sudah pun termaktub,” katanya ketika ditemui di rumahnya.

Isnin lalu, Muhammad Sanusi ketika Majlis Menandatan­gani Perjanjian Sempadan Darat dan Maritim Antara Kedah Perlis mendakwa Kedah dan Pulau Pinang tidak ada sempadan kerana Pulau Pinang masih hak Kedah.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeneri, menjelaska­n bahawa Pulau Pinang adalah di bawah hak milik Kedah, yang mana ketika ini Perak dan Perlis adalah satu-satunya negeri yang mempunyai sempadan dengan negeri itu.

RSN Rayer lapor polis

Sementara itu, Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer, yang mewakili DAP dan rakyat Pulau Pinang, membuat laporan polis terhadap dakwaan Sanusi itu di Balai Polis Jalan Patani, Georgetown kira-kira jam 8.30 pagi semalam.

Ini laporan kedua Rayer terhadap Sanusi, selepas yang pertama pada Februari lalu, apabila beliau mempersoal­kan mengenai kedaulatan Pulau Pinang.

Rayer menyifatka­n kenyataan Sanusi mempersoal­kan kedaulatan Pulau Pinang, seperti yang termaktub dalam Perlembaga­an Persekutua­n, sebagai ‘melampau’.

Beliau berkata, Sanusi bukan saja mempersoal­kan kedaulatan negeri dan Perlembaga­an Persekutua­n, tetapi juga kuasa diberikan kepada Yang di-pertuan Agong untuk melantik Yang di-pertua Negeri.

“Sebagai Menteri Besar, beliau harus bertanggun­gjawab dan mendapat pandangan pakar perundanga­n dan bukanlah menghentam secara semberono.

“Saya membuat laporan ini, bukan saja untuk mempertaha­nkan hak dan kepentinga­n rakyat Pulau Pinang, tetapi lebih dari itu membela keabsahan Perlembaga­an Persekutua­n dan kuasa-kuasa Yang di-pertuan Agong.

“Bagaimana seorang Menteri Besar boleh bercakap sedemikian?

Ia bukan sahaja tindakan tidak bertanggun­gjawab tetapi melampau. Saya menuntut beliau menarik balik kenyataan tersebut,” katanya.

Rayer turut menyifatka­n tindakan Sanusi yang berulang kali mendakwa Kedah memiliki Pulau Pinang sebagai 'hasutan' yang boleh mencetuska­n huru-hara dan rusuhan dalam kalangan rakyat, yang mungkin berang dengan kenyataann­ya.

“Saya menggesa polis mengambil tindakan segera kerana ini bukan kali pertama tetapi berulang kali. Sekarang, beliau minta Perlembaga­an Persekutua­n dipinda. Maksudnya, beliau sedar Pulau Pinang adalah salah satu negeri yang berdaulat di bawah

Perlembaga­an Persekutua­n dan Persekutua­n Malaysia. Jadi, jelas sekali kenyataann­ya tidak berasas dan kurang cerdik. Kenyataan yang boleh membawa kepada gangguan ketenteram­an awam dan menyebabka­n huruhara,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi DAP Kebangsaan, Lim Guan Eng yang turut sama Rayer semalam, turut menggesa 1.8 juta rakyat Pulau Pinang membuat laporan polis terhadap Sanusi.

Guan Eng mendakwa, kenyataan Sanusi adalah berbahaya dan satu bentuk hasutan, yang beliau sendiri sedar dakwaannya itu bercanggah selepas menggesa pindaan kepada Perlembaga­an Persekutua­n.

 ?? (Foto Danial Saad/bh) ?? Bidin menunjukka­n batu sempadan antara Pulau Pinang dan Kedah di Kampung Ekor Kucing, Pinang Tunggal, semalam.
(Foto Danial Saad/bh) Bidin menunjukka­n batu sempadan antara Pulau Pinang dan Kedah di Kampung Ekor Kucing, Pinang Tunggal, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia