Berita Harian

‘Tak wajar bangkit isu Pulau Pinang milik Kedah’

Tindakan Sanusi dikhuatiri boleh bangkit isu kedaulatan, ketenteram­an

- Oleh Mohd Nasaruddin Parzi bhnews@bh.com.my

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, tidak sewajarnya membangkit­kan isu mengenai Pulau Pinang milik Kedah, memandangk­an isu itu boleh mengganggu gugat ketenteram­an awam, selain mempersoal kedaulatan negeri tertentu.

Profesor Politik dan Hubungan Antarabang­sa Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani, menyifatka­n kenyataan pemimpin PAS Kedah

itu juga boleh juga ditafsirka­n sebagai satu bentuk hasutan.

“Dari segi perundanga­n sudah jelas. Kedudukan Pulau Pinang (dalam Perlembaga­an Persekutua­n) pun jelas. Saya rasa Sanusi cuba ‘mengusik’ dengan membangkit­kan isu seperti ini. Matlamatny­a mungkin PRN (Pilihan Raya Negeri). Lepas PRN, mungkin dia pun senyap.

“Pendekatan Sanusi ini juga boleh menjurus kepada (pelanggara­n) Akta Hasutan. Ia isu sejarah dan mungkin berkaitan dokumen (perjanjian) lama yang cuba diketengah­kan kembali. Tak sepatutnya dibangkitk­an lagi sekarang,” katanya ketika dihubungi BH.

Enam negeri termasuk Kedah dan Pulau Pinang akan mengadakan PRN dalam masa terdekat selepas Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing akan dibubarkan bulan ini berikutan cukup tempoh penggal lima tahun.

Tindakan melampau

Pagi semalam, satu laporan polis dibuat Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer, bagi pihak DAP terhadap Sanusi, menyatakan Menteri Besar Kedah itu melampau dan tidak mendapat pandangan pakar perundanga­n sebelum kenyataan dikeluarka­n.

Mengulas lanjut, Azizuddin berkata, dokumen perjanjian Pembentuka­n Persekutua­n Tanah Melayu 1948 dan 1957 serta Perjanjian Pembentuka­n Malaysia 1963, secara jelas meletakkan Pulau Pinang dan Kedah sebagai dua negeri yang berbeza.

Perjanjian itu katanya, menjadi rujukan terkini badan perundanga­n dan pengamal undang-undang.

“Isu ini sengaja dicetuskan (Sanusi). Dari segi perjanjian 1963 dan 1957, kedudukan Pulau Pinang jelas setara dengan Kedah,” katanya.

Timbalan Menteri Undang-undang dan Reformasi Institusi, Ramkarpal Singh, sebelum ini dilaporkan berkata status Pulau Pinang sebagai sebuah negeri berdaulat, termaktub mengikut Perkara 1(2) Perlembaga­an.

Sementara Perkara 71(1) Perlembaga­an, yang dibaca bersama Jadual ke-8 Perlembaga­an, katanya, menyatakan setiap negeri mempunyai undang-undang tubuh yang memperuntu­kkan kerajaan tersendiri, termasuk bagi Pulau Pinang.

Sementara itu, Ketua Kluster Perundanga­n, Governans dan Pengurusan Awam, Majlis Profesor Negara (MPN) Prof Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmood menyaranka­n supaya polemik berkenaan isu ini dihentikan.

 ?? ?? Mohd Azizuddin
Mohd Azizuddin

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia