Berita Harian

SIE (F&B) platform usahawan perkenal produk ke pasaran global

Program sedia pelbagai promosi, maklumat tingkat peluang perluas perniagaan

- Oleh Saadiah Ismail saadiah_ismail@bh.com.my

Kuala Lumpur: Invest Selangor Berhad (ISB) mengambil pendekatan menganjurk­an edisi kedua Program Pembeli Pasar Raya, Ekspo Antarabang­sa Selangor (SIE) Makanan dan Minuman (F&B), seiring dengan kejayaan yang dicatatkan pada tahun lalu.

Lebih menarik, program kali ini turut disertai tiga pasar raya terkemuka iaitu ST Rosyam Mart Sdn Bhd, Lulu Group Retail Malaysia dan AEON CO (M) BHD yang membabitka­n 33 pembekal dengan jumlah 155 unit simpanan stok (SKU) .

Ketua Pegawai Eksekutif ISB, Datuk Hasan Azhari, berkata usaha yang dilaksanak­an ISB ini bertujuan membantu usahawan meluaskan pasaran mereka melalui kerjasama dengan jenama runcit terkemuka.

Beliau berkata, secara tidak langsung ia membuka peluang lebih luas kepada usahawan untuk mengembang dan memperkena­lkan produk mereka pada peringkat tempatan serta antarabang­sa.

“Program ini juga adalah satu inisiatif diperkenal­kan ISB untuk semua usahawan yang mengambil bahagian.

“Ini kerana ISB mahu menghubung­kan usahawan terbabit dengan pelbagai pembeli dari pasar raya yang mengambil bahagian dan sedang giat mencari produk baharu serta inovatif untuk ditampilka­n di kedai mereka.

“Ini secara tidak langsung, produk dahulu tidak dikenali, kini boleh dibeli dan tersenarai di pasar raya besar yang mengambil bahagian,” katanya.

Hasan berkata, ISB juga berhasrat mengembang­kan lagi program ini di lebih banyak pasar raya terkemuka supaya produk tempatan boleh menembusi hingga ke luar negara.

“Selain pameran perdaganga­n semata-mata, SIE (F&B) akan menjadi platform bagi menggabung­kan industri makanan dan minuman yang berkembang pesat.

“Melalui program ini, ISB juga akan menjemput pasar raya yang mengambil bahagian untuk

menghadiri Ekspo SIE bagi mengenal pasti, melihat, menilai dan membincang­kan potensi peserta pameran SIE terpilih,” katanya.

Kembangkan pasaran

SIE (F&B) ini menyediaka­n akses kepada usahawan SIE (F&B) untuk memperkena­l dan mengembang­kan produk mereka melalui pasar raya yang mengambil bahagian.

Pada edisi perintis tahun lalu, ia menampilka­n dua jenama runcit terkemuka, ST Rosyam Mart Sdn Bhd serta Lulu Group Retail Malaysia dan sebanyak 118 SKU berada di pasar raya yang mengambil bahagian dengan membabitka­n 24 pembekal.

Kali ini, Lulu Group Retail Malaysia mengenal pasti dan memilih

50 SKU produk daripada 10 usahawan, AEON CO (M) BHD memilih 35 SKU produk daripada tujuh usahawan, manakala ST Rosyam mengambil 16 pembekal dengan jumlah 70 SKU produk.

Sementara itu, Naib Presiden Astra Taipan, Mohd Salim Musa, berkata SIE (F&B) banyak membantu usahawan SME terutama dari segi untuk masuk produk jualan ke dalam pasaran di pasar raya runcit terkemuka.

Katanya, melalui program di bawah SIE (F&B) ini, usahawan didedahkan dengan pelbagai promosi untuk memastikan produk mudah dikenali pengguna dan kewujudan produk ini juga dikenali.

“Untuk kita bergerak sendiri agak sukar, tetapi dengan bantuan ISB melalui program ini, ia

mudah dan sehingga kini, pelbagai produk di bawah syarikat kami sudah berada di 3,000 rangkaian runcit di Lembah Klang.

“Sebagai syarikat pengedar pelbagai barangan kegunaan harian, memang program ini sesuatu yang tidak boleh dilepaskan kerana ia memberi banyak manfaat kepada usahawan SME itu sendiri,” katanya.

Peluang tonjol produk

Pengurus Pembanguna­n Perniagaan Botany Food Sdn Bhd, Ng Shin Wen, berkata ini kali pertama pihaknya menyertai SIE (F&B) dan teruja dengan semua bentuk aktiviti serta promosi dijalankan.

Katanya, program ini berupaya menonjolka­n produknya di pasaran tempatan dan antarabang­sa, sekali gus menjadikan ia sebagai satu pilihan kepada pengguna untuk mendapatka­nnya.

“Malah program ini juga menjadi platform untuk syarikat bertemu dengan pemain industri profesiona­l lain dan membina rangkaian bersama.

“Melalui program ini secara tidak langsung produk kami akan berada dalam pasar raya ini, berbanding sebelum ini hanya berada di utara sahaja memandangk­an kami berpangkal­an di sana.

“Kami gembira dengan program di bawah ISB ini dan berharap akan dapat menyertai lebih banyak program seumpamany­a,” katanya yang mengusahak­an snek sihat berasaskan bahan organik.

Perkara sama turut diakui Pengurus Pasaran Quan Ye Trading, Cynthia Chua, di mana SIE (F&B) memberi banyak pendedahan untuk pengguna lebih mengenali rangkaian produk minuman teh botol yang diusahakan.

Katanya, ini adalah kali kedua pihaknya menyertai program SIE dan mendapati ia amat bagus berikutan pendedahan promosi yang begitu menggalakk­an.

“Kami boleh meneroka lebih banyak tempat, perkara baharu dan orang ramai selain bertemu ramai pembeli dan pemain industri yang lain.

“Maklum balas yang kami terima tahun lalu sangat positif dan berharap ada lebih ramai pengedar dan usahawan menyertai program ini kerana saya yakin ramai pengguna yang datang dari jauh ingin melihat ekspo ini,” katanya.

Mengakui SIE banyak membantu mempromosi­kan produk sehingga dikenali ramai, Pengurus Jualan Pepper Spice Sdn Bhd, Moh Mee Sung, berkata SIE banyak membantu produknya lebih dikenali wanita bekerjaya dan suri rumah yang sibuk menguruska­n anak.

Katanya, beliau percaya segala yang dilaksanak­an ISB ini boleh membuahkan hasil dan membantu usahawan untuk pergi lebih jauh hingga ke pasaran antarabang­sa.

“Bagi produk saya iaitu jenama Homecook yang menampilka­n serbuk lada hitam dan lada putih, nampak ringkas, tetapi sudah sampai di pasaran Amerika Syarikat, Hong Kong, Australia, Singapura dan United Kingdom.

“Dengan bantuan program SIE ini, saya ingin mengembang­kan lagi produk ini di pasaran tempatan dengan kelebihan yang ada berbanding produk lain.

“Terima kasih ISB kerana anjurkan program sangat berguna ini,” katanya yang mana produknya sudah berada di 1,200 pasar raya mini di Lembah Klang dan Seremban.

Bagi Pengurus Besar Total Bun Supplies Sdn Bhd, Giris Yee, beliau menyifatka­n apa yang dilakukan oleh ISB ini sesuatu yang bermakna kerana syarikatny­a kini dikenali ramai terutama yang ingin mendapatka­n perkhidmat­an pengilang peralatan asal (OEM).

“Program SIE pada tahun lalu amat membantu syarikat kami dikenali dan pada tahun ini, kami agresif untuk menyertai setiap program ISB kerana bukan saja dapat meneroka dan kerjasama perniagaan.

“Kami juga dapat belajar daripada syarikat lain bagaimana untuk menguruska­n sebuah syarikat, strategi pemasaran dan sebagainya,” katanya yang ingin memperkena­lkan biskut yang melambangk­an imej Malaysia.

 ?? (Foto Genes Gulitah/bh) ?? Antara peserta yang mengikuti Program Selangor Internatio­nal Expo (SIE) F&B Supermarke­t Buyers di Lulu Hypermarke­t, Kuala Lumpur.
(Foto Genes Gulitah/bh) Antara peserta yang mengikuti Program Selangor Internatio­nal Expo (SIE) F&B Supermarke­t Buyers di Lulu Hypermarke­t, Kuala Lumpur.
 ?? ?? Program SIE (F&B) menyediaka­n pelbagai kemudahan kepada peserta menjual produk mereka di Lulu Hypermarke­t, Kuala Lumpur.
Program SIE (F&B) menyediaka­n pelbagai kemudahan kepada peserta menjual produk mereka di Lulu Hypermarke­t, Kuala Lumpur.
 ?? ?? Ng Shin Wen
Ng Shin Wen

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia