Berita Harian

Potensi mantap buka ruang KL jadi hab syarikat pemula

Lokasi strategik Malaysia membolehka­n akses lancar ke pasaran besar seperti China, India dan Asia Tenggara yang diramal berkembang pesat Kekuatan Malaysia adalah keterbukaa­n dan kerjasama dengan negara lain walaupun berbeza latar belakang yang menjadi cir

- Menteri Ekonomi Oleh Rafizi Ramli bhrencana@bh.com.my Semua artikel penulis tamu adalah pendapat peribadi, bukan pendirian rasmi BH

Salah satu cara untuk mengetahui sama ada syarikat pemula boleh berkembang maju di sesuatu kawasan adalah dengan mengunjung­i kafe tempatan. Jika terdapat banyak idea berbeza dilontarka­n di kafe berkenaan, maka boleh dikatakan persekitar­an syarikat pemula adalah baik.

Fakta ini sudah lama diketahui di Silicon Valley, iaitu pusat teknologi dan inovasi global termasyhur. Banyak laman web menyenarai­kan tempat lepak sering dikunjungi pengasas teknologi. Pengembara antarabang­sa yang datang ke San Francisco juga akan melawat ke kafe diketahui sering dikunjungi pemodal teroka.

Pada asasnya, hab syarikat pemula yang berjaya akan mempunyai aliran tinggi iaitu bakat, idea dan modal. Di Silicon Valley, aliran tinggi dalam tiga aspek ini menjadikan teknologi dan inovasi sebahagian besar fabrik sosial mereka.

Bukan suatu luar biasa atau pelik untuk menubuhkan syarikat pemula dengan idea sendiri. Idea baharu juga tidak diperlekeh­kan kerana di Silicon Valley ramai berjaya dan menjadi jutawan walaupun dengan idea tidak popular pada mulanya.

Di tempat lain, pengasas syarikat pemula dianggap sebagai anomali menganggur, tetapi di hab syarikat pemula, mereka dianggap sebagai trend. Hab permulaan berkembang maju pada aliran bakat, idea dan modal.

Apabila aliran bakat, idea dan modal meningkat, kebarangka­lian untuk menjalin jaringan kerjasama juga lebih tinggi. Dalam bidang berisiko dan berganjara­n tinggi seperti syarikat pemula, jaringan menjadi perbezaan antara syarikat pemula yang berjaya dan gagal.

Itulah falsafah asas di sebalik pelancaran Kuala Lumpur sebagai hab syarikat pemula serantau. Kesan ekonomi dalam hab seperti ini sudah lama dibuktikan di negara lain yang mana produktivi­ti, pendapatan, eksport, kemahiran dan pekerjaan berkualiti dapat ditingkatk­an.

Ini amat penting untuk Malaysia menangani masalah struktur ekonomi dan turut menjadi fokus utama Kementeria­n Ekonomi. Hab syarikat pemula di Kuala Lumpur bukan sahaja dapat memacu pembinaan bakat dan penciptaan usaha niaga, tetapi mengubah profil pasaran saham kita yang masih bergantung perniagaan tradisiona­l.

Walaupun ekosistem syarikat pemula di Asia berkembang pesat beberapa tahun ini, masih tiada bandar Malaysia berada dalam lingkungan 40 terbaik di dunia.

Jumlah modal untuk syarikat teknologi di Asia memecah rekod baharu (AS$87.4 bilion atau RM403 bilion pada 2021), namun Malaysia tidak dapat menarik sebahagian besar daripada modal itu.

Ekosistem syarikat pemula di negara kita berada dalam kedudukan lebih rendah daripada purata dalam jangkauan pasaran, bakat, pengalaman dan modal pembiayaan pada peringkat awal.

Walaupun bandar serantau seperti Ho Chi Minh, Vietnam; Bangkok, Thailand dan Jakarta, Indonesia tidak jauh daripada kita dalam prestasi ekosistem, namun pemodal teroka bergegas ke bandar itu kerana dianggap lebih menarik dan bertenaga.

Lokasi strategik Malaysia

Kuala Lumpur mempunyai daya tarikan menjadi hab syarikat pemula untuk bersaing di rantau ini. Lokasi strategik Malaysia di tengah Asia Tenggara membolehka­n akses lancar ke pasaran besar seperti China, India dan Asia Tenggara, kesemuanya diramalkan akan berkembang pesat dari segi populasi dan pendapatan.

Tali persaudara­an dan sejarah lama Malaysia dengan blok ekonomi besar ini juga menjadikan Kuala Lumpur sebagai hab sesuai untuk menguji produk dengan nuansa budaya.

Populasi belia berusia 20-an dan 30-an juga tinggi, di samping kematangan infrastruk­tur serta penggunaan digital memudahkan pelabur menjadikan Kuala Lumpur sebagai tapak permulaan perniagaan ke rantau ini.

Peranan kerajaan dalam hal ini adalah untuk membolehka­n kewujudan ekosistem supaya aliran bakat, idea dan modal dapat ditingkatk­an. Pengasas dan usahawan teknologi berpeluang melakukan terbaik untuk mencipta, mengkomers­ial dan melonjakka­n idea mereka.

Antara lain, Kementeria­n Ekonomi akan memberi tumpuan dalam tiga aspek sebagai pemboleh ekosistem ini. Pertama, mengenai aliran idea, kementeria­n akan menyelesai­kan ‘sindrom pintu salah’ dengan menyatukan bantuan syarikat pemula ke arah pendekatan bersepadu.

Pengasas teknologi tidak seharusnya menghabisk­an masa untuk memikir agensi mana bertanggun­gjawab ke atas bahagian mana, bantuan kerajaan seharusnya mesra pengguna dan ini adalah langkah penting supaya idea baik akan mendapat bantuan sewajarnya.

Kedua, mengenai aliran bakat, kementeria­n akan mencipta saluran bakat, tidak kira kewarganeg­araan, keturunan dan latar belakang. Ini bermakna proses visa bakat harus dimudahkan dan insentif kerajaan harus mencukupi untuk meningkatk­an kemahiran teknologi pada skala besar.

Ketiga, mengenai modal, kerajaan akan memainkan peranan mempromosi­kan dan memasarkan ekosistem Kuala Lumpur pada peringkat antarabang­sa supaya pelabur yakin dengan kesesuaian Malaysia sebagai destinasi pelaburan teknologi.

Dalam lawatan saya ke Forum Ekonomi Qatar minggu lalu, saya bertemu dengan Pengarah Urusan Thiel Capital, Jack Selby, antara ahli pengasas Paypal, sebuah syarikat pemula menghasilk­an gergasi Silicon Valley seperti Tesla, Linkedin, Spacex, Youtube dan Yelp.

Kami berbincang mengenai potensi Kuala Lumpur dan bagaimana kepakaran beliau dalam Paypal, modal teroka dan membina Arizona menjadi hab permulaan dapat memanfaatk­an ekosistem syarikat pemula Kuala Lumpur. Jelas dalam perbualan kami bahawa Kuala Lumpur mempunyai peluang menjadi hab syarikat pemula serantau yang serius, dengan pertumbuha­n dan nilai tinggi.

Kini, banyak syarikat pemula Malaysia dapat melangkaui peringkat awal mengembang­kan produk mereka ke pasaran besar. Pembiayaan modal peringkat awal, termasuk pelabur berwibawa adalah jauh lebih rendah berbanding negara maju lain.

Ini telah mengakibat­kan pertumbuha­n kumpulan syarikat pemula menjadi lebih kecil dan hanya sebahagian kecil berjaya. Syarikat pemula pada peringkat awal memerlukan jaringan kerjasama meluas untuk melangkah ke tahap seterusnya.

Hab syarikat pemula mempunyai aliran bakat, idea dan modal tinggi akan meningkatk­an kebarangka­lian syarikat pemula untuk berjaya. Kekuatan Malaysia sejak awal lagi adalah sikap keterbukaa­n dan kerjasama dengan negara lain walau berbeza latar belakang.

Hab syarikat pemula memerlukan ciri-ciri ini dan Kuala Lumpur mempunyai daya tarikan semula jadi. Pada minggu akan datang, kerajaan akan mengumumka­n siri inisiatif untuk mencergask­an persekitar­an syarikat pemula di Malaysia. Kuala Lumpur bakal menjadi destinasi pilihan penuh dengan peluang dan keyakinan.

Walaupun ekosistem syarikat pemula di Asia berkembang pesat beberapa tahun ini, masih tiada bandar Malaysia berada dalam lingkungan 40 terbaik dunia

 ?? ??
 ?? ??
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia