Berita Harian

Persiap strategi manfaatkan potensi penuh AI

- Oleh Shafry Salim bhrencana@bh.com.my

Forum Ekonomi Dunia (WEF) melaporkan pada Mei lalu perkembang­an kepintaran buatan (AI) serta keadaan ekonomi dan sosial dunia dijangka mengakibat­kan 83 juta hilang pekerjaan, dengan hanya 69 juta pekerjaan diwujudkan menjelang 2027.

Ia akan mengakibat­kan kehilangan sebanyak 14 juta pekerjaan, mewakili dua peratus daripada pekerjaan semasa. Perkembang­an ini memerlukan pekerja membangunk­an kemahiran baharu dan menyesuaik­an diri dengan persekitar­an kerja baharu.

Ia juga menunjukka­n kemunculan AI memberi impak mendalam pada setiap aspek kehidupan manusia. Jelas, AI sedang mengubah cara manusia hidup, bekerja dan berinterak­si.

Justeru, dalam melangkah ke dekad akan datang, penting untuk manusia mempersiap­kan diri menghadapi cabaran dan mengeksplo­itasi peluang dibawa teknologi semakin pesat membangun ini.

Langkah pertama dalam menghadapi generasi AI ialah memahami apa itu AI dan cara ia berfungsi. Ringkasnya, AI ialah penggunaan teknologi untuk mensimulas­ikan kecerdasan manusia. AI berpotensi merevolusi­kan cara manusia mendekati masalah rumit dan membuat keputusan.

Penting untuk manusia mewujudkan piawaian dan garis panduan jelas dalam aspek pembanguna­n dan penggunaan AI bagi memastikan pembangun dan pengguna bertanggun­gjawab menggunaka­nnya.

Satu lagi cabaran AI ialah memastikan pekerja bersedia menghadapi perubahan landskap pekerjaan kerana teknologi ini menjadi lebih berkeboleh­an melaksanak­an tugas pernah dikuasai manusia.

Semua pihak perlu lebih serius dalam program pendidikan dan latihan untuk membantu pekerja memperoleh kemahiran diperlukan untuk berjaya pada era AI.

Serap dalam silibus pendidikan

Di pihak kerajaan pula, penerapan pemahaman terhadap AI serta penggunaan­nya perlu diterapkan dalam silibus dan sistem pendidikan. Persediaan melahirkan generasi celik AI perlu dibentuk mulai sekarang.

Justeru, kerajaan juga perlu bersedia dengan peruntukan besar dalam penyelidik­an dan pembanguna­n (R&D) untuk memanfaatk­an potensi penuh AI serta mencipta kesan positif kepada masyarakat.

Untuk menghadapi generasi AI, tumpuan perlu diberikan kepada membina komuniti kuat dan berdaya tahan. Apabila AI semakin disepaduka­n ke dalam kehidupan seharian, terdapat risiko ia boleh memburukka­n lagi ketidaksam­aan sosial dan ekonomi terutama kumpulan terpinggir.

Di sini wujudnya kepentinga­n untuk kita bekerjasam­a melahirkan komuniti inklusif, saksama dan menyokong antara satu sama lain. Ini mungkin memerlukan pelaburan dalam program dan perkhidmat­an sosial, menggalakk­an kepelbagai­an dan mewujudkan dasar mengutamak­an kebajikan manusia.

Satu lagi aspek penting menghadapi AI ialah memastikan kita sentiasa berwaspada dengan potensi risiko dan ancaman yang ditimbulka­n teknologi ini.

Apabila AI menjadi lebih maju, terdapat risiko ia boleh digunakan untuk memanipula­si maklumat, mencipta serangan siber bentuk baharu atau menimbulka­n ancaman kepada keselamata­n global.

Penyelidik dan pakar IT dalam negara perlu digerakkan membuat kajian serta penyelidik­an mendalam bagi mengenal pasti segenap aspek berkenaan ancaman dan peluang AI kepada negara.

Dengan persediaan terancang, negara mampu menangani cabaran AI dengan berkesan dan mampan. Rakyat perlu dipastikan bersedia menghadapi perubahan landskap pendidikan dan pekerjaan, memanfaatk­an potensi AI untuk menggalakk­an inovasi dan pertumbuha­n, membina komuniti kuat dan berdaya tahan, serta berwaspada terhadap risiko ancaman ditimbulka­n teknologi semakin pesat membangun ini.

Dengan bekerjasam­a dan komited pada matlamat ini, kita boleh memanfaatk­an sepenuhnya potensi AI dan mencipta masa depan lebih cerah untuk semua.

 ?? ??
 ?? ?? Timbalan Pengarah, Pusat Kepimpinan dan Kompetensi, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
Timbalan Pengarah, Pusat Kepimpinan dan Kompetensi, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia