Berita Harian

Sambut perayaan biar ada elemen perpaduan, tanpa ideologi politik

- Oleh Prof Datuk Dr Jayum Jawan bhrencana@bh.com.my

Apakah kaitan perayaan dengan perpaduan? Dua perkara ini sering dikaitkan dalam konteks menunjukka­n perpaduan dalam masyarakat berbilang etnik Malaysia aman dan tinggi aras kesatuan ke arah membina ‘Bangsa Malaysia’.

Konsep digunakan mencermink­an Bangsa Malaysia boleh berubah dari semasa ke semasa dan daripada seorang Perdana Menteri ke Perdana Menteri lain, tetapi proses dan matlamatny­a tetap sama.

Apakah benar perayaan disambut di negara ini serta diraikan etnik lain menjadi ukuran perpaduan dan integrasi dalam Malaysia. Pemerhati kerap menyimpulk­an perayaan keagamaan dan kebudayaan menunjukka­n aras perpaduan rakyat.

Mereka akan menonjolka­n naratif ‘ramai etnik’ turut berpesta dalam aktiviti dan rumah terbuka sesuatu perayaan dianjurkan. Sebaliknya, pemerhatia­n seperti ini mungkin tidak tepat kerana hubungan dua angkubah ini, iaitu perayaan dan perpaduan berada dalam hubungan palsu.

Hubungan palsu atau merujuk kepada dua angkubah berubah ke arah sama, namun kedua-duanya mempunyai hubungan palsu atau secara kebetulan sahaja dan tiada kaitan sebenarnya. Misalnya, orang kurang celik politik akan kurang terbabit dalam proses politik.

Pernyataan ini boleh diterima secara umum dan nampak logik. Sebenarnya hubungan di antara celik politik dan kurang terbabit politik adalah hubungan palsu atau kebetulan kerana ada angkubah lain mempengaru­hi celik politik, iaitu pendidikan dan bukannya pembabitan dalam politik.

Justeru, perayaan yang disambut rakyat bukan ukuran dan angkubah tepat untuk digunakan mengukur aras perpaduan pelbagai etnik. Perayaan penting untuk keluarga yang duduk berjauhan bertemu merapatkan hubungan.

Hari ini, setiap perayaan melalui suasana baharu. Ramai ahli politik, terutama wakil rakyat menaja kunjungan atau sambutan perayaan di sesebuah Parlimen atau Dewan Undangan Negeri (DUN), termasuk di rumah panjang dekat Sarawak.

Banyak majlis ditaja ahli politik

Mereka menaja makan dan minum, datang berziarah serta disambut sebagai tetamu istimewa dengan pelbagai acara. Apakah acara seperti ini termasuk dalam konteks perpaduan dan hubungan etnik.

Kebelakang­an ini, banyak majlis ditaja ahli politik melanggar adat dan adab sesuatu perayaan dengan mengadakan pertunjuka­n tiada kaitan dengan budaya etnik berkenaan dengan majlis dianjurkan. Ada majlis perayaan yang diadakan mengundang kontrovers­i kerana tidak bersesuaia­n dengan adat serta budaya etnik.

Kontrovers­i seperti ini menunjukka­n masih banyak perkara perlu diperbaiki dalam proses pendidikan bagi memberi kefahaman kepada rakyat mengenai kepelbagai­an budaya, bahasa, agama dan cara hidup. Bukan semua perayaan boleh diraikan secara semberono tanpa mengambil kira sensitivit­i agama, kaum dan etnik.

Apa yang penting, sambutan perayaan harus mempunyai elemen memupuk dan mengukuhka­n perpaduan rakyat tanpa mengira ideologi politik, kaum, anutan agama atau kepercayaa­n tanpa menjejaska­n pegangan agama serta kini berteraska­n konsep Malaysia MADANI.

Perayaan tidak patut dijadikan alat atau kepentinga­n politik bagi meraih sokongan pengundi sebaliknya ia adalah pemangkin penting mengukuhka­n perpaduan dan keharmonia­n antara kaum.

 ?? Profesor Sains Politik Universiti Putra Malaysia dan Ahli Majlis Penasihat Perpaduan Malaysia ??
Profesor Sains Politik Universiti Putra Malaysia dan Ahli Majlis Penasihat Perpaduan Malaysia

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia