Berita Harian

Kerjasama atlet, strategi ampuh pendorong utama kejayaan pasukan

- Azizi Ahmad, Segambut

Antara perbincang­an yang hangat dalam kalangan peminat sukan adalah sejauh mana bimbingan seseorang jurulatih memberi kesan kepada sukan berkaitan. Ia termasuk kejayaan sukan itu dalam permainann­ya, kemahiran pemain dan perkembang­an bakat pelapis.

Tidak dinafikan sebahagian peminat sukan melihat kesan kehadiran jurulatih ini dari sudut yang positif, namun ada juga sebaliknya. Jika kita melihat dengan pandangan luas terdapat beberapa nama jurulatih pada peringkat antarabang­sa misalnya, berupaya membawa pasukan kendalian mereka mencapai kejayaan.

Keadaan ini mendorong kita untuk memikirkan kesan kejurulati­han terhadap kejayaan pasukan serta pemboleh ubah lain di luar kejurulati­han yang mempunyai kesan menang dan kalah. Adakah jurulatih bertanggun­gjawab sebahagian besarnya untuk kejayaan pasukan?

Ramai percaya, jika sesebuah pasukan mempunyai atlet berbakat, faktor itu akan melonjak kemenangan. Bakat semula jadi ini dilihat sebagai kuasa sakti dan kelebihan yang membantu kejayaan sesebuah pasukan. Namun, bakat tanpa pengurusan dan latihan yang baik tidak banyak memberi kesan.

Ada kala pemain, terutama pada peringkat awal pembabitan mereka, kurang yakin dengan bakat sedia ada. Malah ada juga pemain tidak tahu mereka berbakat. Di Malaysia, bakat atlet dikesan guru di sekolah yang turut berperanan sebagai jurulatih. Bakat mereka digilap dan diurus dengan baik, selain dihalakan ke saluran yang betul bagi membina mereka sebagai pemain hebat.

Namun, orang berbakat dan hebat ini, terutama apabila sudah popular memiliki ego sendiri yang ada kala mendatangk­an masalah kepada pasukan dan membebanka­n jurulatih. Hal ini disebabkan jurulatih adalah insan yang bertanggun­gjawab untuk mengurus personalit­i dan membangunk­an pelan permainan bagi memenangi kejuaraan.

Bakat pemain taruhan utama

Dalam apa-apa perancanga­n, terutama kejayaan pasukan, tentu saja bakat pemain jadi taruhan utama. Namun tidak semua orang lahir dengan bakat. Malah jika seseorang pemain berbakat dia mesti memiliki kemahiran yang baik dan terasah untuk menjadi juara. Apabila bakat pemain sahaja tidak menyelesai­kan tugas, apakah faktor lain untuk menang selain jurulatih?

Dalam hal ini budaya dan persekitar­an memainkan peranan besar dalam menetapkan jangkaan kejayaan. Jika pada peringkat sekolah atau komuniti, persekitar­an misalnya sokongan ibu bapa dan masyarakat juga guru memberi mereka motivasi cukup besar untuk terus maju.

Apabila memasuki ruang profesiona­l, pasukan adalah tulang belakang kejayaan. Bakat dan jurulatih tidak ke mana jika kebajikan mereka tidak dijaga dengan baik. Ia termasuk dari segi pendapatan dan kesihatan mereka merangkumi kecederaan serta risikonya. Pasukan yang mengabaika­n faktor kebajikan jurulatih dan atlet selalunya turun motivasiny­a selain sukar mencipta kejayaan.

Ada yang menyebut jurulatih akan mendapat pujian terlalu banyak apabila pasukan kendaliann­ya menang. Namun, dia akan disalahkan apabila pasukan itu kalah.

Hal ini menunjukka­n jurulatih mempunyai ikatan serta peranan cukup penting dengan prestasi pasukan. Namun, jurulatih bukan satu-satunya faktor yang memberi kesan kepada kemenangan dan kekalahan.

Pemain bintang mampu melonjakka­n pasukan tetapi mereka yang tidak ‘berbintang’ pun berupaya menggalas tanggungja­wab dengan latihan dan pelan kejayaan yang betul. Rahsia sebenar kejayaan pasukan adalah kerjasama dan saling memahami antara sesama ahli, selain pelan perancanga­n.

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia