Berita Harian

‘Lipan Bara’ bertugas 24 jam bantu jemaah haji

TH tempatkan unit peronda di lapan lokasi khusus sekitar Masjidil Haram

-

Lembaga Tabung Haji (TH) menempatka­n anggota unit peronda yang bertugas 24 jam di lapan lokasi khusus sekitar Masjidil Haram bagi membantu jemaah Malaysia, terutama dari segi pandu arah bagi tujuan keselamata­n.

Anggota pasukan yang turut digelar ‘Lipan Bara’ itu juga berperanan membantu jemaah haji Malaysia yang dilihat tidak berupaya menyelesai­kan pelaksanaa­n ibadah di kawasan berkenaan, seperti tawaf dan sai akibat masalah kesihatan.

Ketua Unit Peronda TH bagi Musim Haji 1444H/2023M, Wan Shamsol Husin, berkata antara lokasi penempatan mereka ialah sekitar tandas di Marwah dan laluannya (Zon A) berikutan jemaah lazim didapati hilang arah apabila mahu kembali ke masjid selepas keluar ke tandas.

Selain itu, katanya kawasan sekitar pintu Marwah yang juga laluan untuk jemaah keluar serta pulang ke bangunan penginapan selepas mengerjaka­n tawaf dan sai, serta kawasan sekitar pintu Assalam.

Seterusnya, kawasan dataran Safwah ke Ajyad (Zon B); kawasan dataran laluan Menara Zamzam; kawasan dataran laluan ke Misfalah (Zon D); dan baki dua pos lagi di kawasan dataran

laluan ke Hafaer (Zon C) kerana ia membabitka­n lokasi yang luas.

“Seramai 17 anggota Polis Bantuan TH dipilih bertugas bersama saya sebagai pasukan peronda dalam operasi haji Malaysia tahun ini. Kami beroperasi sejak 21 Mei dan mula meronda secara rasmi sejak 26 Mei, sebaik jemaah haji negara selamat tiba di Makkah dari Madinah.

“Penugasan pasukan peronda dibahagika­n kepada tiga syif iaitu dari jam 7 pagi hingga 2 petang, diikuti jam 2 petang hingga 10 malam, sebelum anggota kumpulan syif pertama akan kembali bertugas dari jam 10 malam hingga 7 pagi keesokanny­a.

“Secara keseluruha­n, pasukan akan bertugas 24 jam di sekitar kawasan Masjidil Haram, dengan setiap syif membabitka­n lapan peronda. Anggota bukan statik, sebaliknya akan bergerak di sekitar kawasan terbabit kerana jarak antara ‘checkpoint’ kira-kira 200 meter,” katanya kepada

pemberita di Ibu Pejabat TH di Makkah, Abraj Al-janadriyah.

Cabaran cuaca panas terik

Wan Shamsol berkata, anggota terbabit akan mengenakan seragam kemeja-t merah dibekalkan TH, seluar hitam dan kopiah putih serta membawa beg sandang TH berwarna merah, bagi memudahkan jemaah mengenali mereka dan meminta bantuan sekiranya perlu.

Seorang anggota peronda, Ahmad Syukri Nu'aim Zolkipli, 28, mengakui tugas digalasnya memang mencabar, lebih-lebih lagi dalam keadaan cuaca panas terik ketika ini.

“Kami perlu berjalan lebih 10,000 langkah untuk meronda di kawasan sekitar Masjidil Haram selama lapan jam dalam satu syif, malah adakalanya sehingga kaki terasa kejang dan melecet.

“Namun cabaran dihadapi itu tidak melemahkan semangat saya untuk menunaikan amanah menyantuni Dhuyufurra­hman dari Malaysia sebaik mungkin,”

katanya yang berasal dari Pahang dan sudah hampir 10 tahun berkhidmat sebagai anggota Polis Bantuan TH.

Rakannya, Mohamad Arif Azizan, 31, dari Kedah pula bersyukur terpilih menyertai pasukan itu tahun ini selepas tiga kali memohon sejak 2020.

“Niat pertama saya ialah untuk membantu dan menyantuni Dhuyufurra­hman dari Malaysia. Saya memang sudah lama mengimpika­n untuk bertugas di Tanah Suci, iaitu sejak masuk bekerja sebagai Polis Bantuan TH pada 2013.

“Seperkara lagi yang penting ialah ganjaran pahala kerana membantu jemaah yang menunaikan Rukun Islam kelima. Malah, saya sudah terbabit operasi haji di tanah air lagi untuk membantu jemaah seperti ketika mereka menjalani kursus haji.

“Saya menganggap jemaah haji seperti ibu atau ayah sendiri. Oleh itu, saya menyantuni mereka dengan sabar dan penuh rasa bertanggun­gjawab,” katanya.

 ?? ??
 ?? (Foto Syuhada Choo Abdullah/bh) ?? Wan Shamsol (kiri) bersama anggota peronda TH membantu memberi pandu arah kepada jemaah haji Malaysia di Makkah.
(Foto Syuhada Choo Abdullah/bh) Wan Shamsol (kiri) bersama anggota peronda TH membantu memberi pandu arah kepada jemaah haji Malaysia di Makkah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia