Berita Harian

Masih ada lelaki ‘ceroboh’ Koc Merah Jambu

KTMB akui tiada kuasa, akta membolehka­n tindakan undang-undang

- Oleh Siti Nur Ain Mat Ripar bhnews@bh.com.my

Kuala Lumpur: Meskipun sudah 13 tahun gerabak merah jambu yang dikhususka­n untuk wanita dalam perkhidmat­an komuter Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) diperkenal­kan, masih ada lelaki yang culas menceroboh dan menyalah guna koc terbabit.

Rata-rata lelaki terbabit seolah-olah tidak mempedulik­an status gerabak khas berkenaan walaupun pelekat ikon wanita merah jambu yang tertera perkataan ‘Wanita Sahaja’ jelas ditampal sebagai peringatan di setiap sudut ruangan gerabak tengah.

Malah, BH yang melakukan tinjauan melihat sendiri beberapa lelaki tidak segan silu berada dalam ruangan gerabak merah jambu itu termasuk ada yang duduk pada kerusi yang dikhususka­n untuk wanita.

Kehadiran mereka di dalam gerabak terbabit jelas sekali menimbulka­n rasa kurang senang dalam kalangan penumpang wanita.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan KTMB, Datuk Mohd Rani Hisham Samsudin, berkata koc merah jambu disediakan sebagai penambahba­ikan perkhidmat­an untuk penumpang wanita, namun pihaknya tidak mempunyai kuasa atau akta yang membolehka­n mereka mengambil tindakan undang-undang terhadap segelintir lelaki yang menceroboh gerabak itu.

Tiada undang-undang khusus

“Kami tidak boleh ambil tindakan seperti menyaman mereka sebab tiada undang-undang yang mengawal inisiatif ini. Ini kerana ia hanyalah sebagai penambahan servis kepada pelanggan wanita yang menaiki komuter.

“Jadi apa yang pihak kami buat adalah menguar-uarkan dan memberitah­u mereka di media sosial seperti di Facebook dan sebagainya mengenai peraturan komuter.

“Kami juga ada melakukan penguatkua­saan, tetapi ia tidak boleh diketengah­kan dengan mengambil tindakan undang-undang kerana tiada peruntukan atau akta yang memberi kuasa kepada

kami untuk berbuat demikian,” katanya ketika dihubungi.

Mohd Rani berkata, KTMB dan Agensi Pengangkut­an Awam Darat (APAD) sedang melakukan perbincang­an untuk mengawal peraturan supaya perkara ini boleh dimasukkan ke dalam antara undang-undang APAD pada masa akan hadapan.

“Sekarang ini kami sedang berbincang dengan APAD berkenaan perkara ini dan kami juga menerima banyak aduan daripada penumpang wanita yang tidak selesa dengan kehadiran golongan lelaki di ruangan tempat duduk wanita.

“Kami cuma boleh menasihatk­an mereka dan pihak kami juga tidak boleh berada di dalam komuter selama 24 jam untuk memantau kerana komuter biasanya dipenuhi penumpang terutama ketika waktu puncak.

“Jadi kami akan buat pemantauan secara rawak ke stesen dan arahkan polis bantuan untuk masuk ke dalam gerabak untuk memantau penumpang yang melanggar peraturan,” katanya.

Dalam pada itu, pelajar yang menggunaka­n perkhidmat­an komuter, Ainin Najihah, 23, mengakui sering melihat lelaki berada di dalam kawasan koc merah jambu ketika menaiki komuter.

“Saya selalu nampak beberapa lelaki duduk di koc wanita. Kalau waktu puncak terutamany­a pagi dan menjelang petang, iaitu waktu balik kerja memang ramai lelaki di ruangan gerabak dengan alasan koc lain sudah penuh.

“Kadang-kadang ada yang tegur dan minta mereka (penumpang lelaki di gerabak wanita) pindah ke ruangan koc biasa, ada yang akur dan berpindah ke gerabak lain,” katanya.

KTMB memperkena­lkan koc komuter khas buat penumpang wanita pada 2010 dengan tujuan menjamin keselamata­n serta keselesaan mereka, selain membantu mengelak risiko insiden gangguan seksual terutama apabila wanita bersendiri­an di dalam koc.

 ?? ??
 ?? (Foto Aswadi Alias/bh) ?? Antara penumpang lelaki yang dikesan menggunaka­n koc komuter khas untuk wanita.
(Foto Aswadi Alias/bh) Antara penumpang lelaki yang dikesan menggunaka­n koc komuter khas untuk wanita.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia