Berita Harian

Budak pandu kereta bawa ibu tanpa lesen ditahan

-

Bukit Mertajam: Tindakan seorang remaja lelaki bawah umur memandu kereta tanpa lesen sambil membawa ibu dan rakannya bersiar-siar membawa padah apabila dia ditahan polis kelmarin.

Remaja berusia 13 tahun itu ditahan selepas video tindakanny­a yang dikatakan berlaku di Jalan Rozhan, dekat Machang Bubuk, di sini, tular di media sosial.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Tan Cheng San, mengesahka­n remaja itu ditahan di hadapan Flat Taman Machang Bubuk selepas kedudukann­ya berjaya dijejaki susulan video yang tular itu.

Mengulas lanjut, katanya, polis mengesan satu video berdurasi 32 saat yang tular memaparkan kejadian di mana orang awam menahan sebuah kereta dipandu remaja berkenaan jam 3 petang kelmarin.

“Remaja itu memandu kereta sejauh kira-kira empat kilometer sebelum gelagatnya dilihat orang awam yang melalui jalan itu. Orang awam kemudian menahan remaja terbabit sebelum menyebarka­n video berhubung tindakan remaja berkenaan di media sosial.

“Susulan itu, polis menjejaki suspek sebelum membuat penahanan di hadapan Flat Taman Machang Bubuk pada hari sama.

“Selain remaja terbabit, polis turut menahan ibu suspek berusia lewat 40-an dan rakan suspek yang berusia 13 tahun yang berada dalam kereta terbabit ketika kejadian,” katanya

dalam kenyataan.

Keluar tiga saman

Cheng San berkata, susulan kejadian itu polis mengeluark­an

tiga saman di bawah Akta Pengangkut­an Jalan 1987 termasuk kerana tiada lesen memandu dan memandu di bawah umur.

Katanya, ibu remaja terbabit yang juga pemilik kereta disaman di bawah Seksyen 39(5) kerana membenarka­n individu bawah umur memandu kenderaan berkenaan.

“Polis menasihati ibu bapa supaya jangan cuai dan lalai dengan membenarka­n kanakkanak memandu kereta atau menunggang motosikal kerana tindakan itu membahayak­an kanak-kanak terbabit serta pengguna jalan raya lain,” katanya.

Terdahulu tular video berdurasi memaparkan sebuah kereta jenis Proton Iswara Aeroback hitam dihentikan di tengah jalan dipercayai oleh orang awam.

Dalam insiden itu seorang remaja lelaki dipercayai pemandu berada di luar kenderaan, manakala seorang lagi dipercayai rakannya berada di tempat duduk penumpang belakang.

 ?? (Foto viral) ?? Tindakan seorang remaja lelaki bawah umur memandu kereta tanpa lesen membawa ibu dan rakannya sebagai penumpang, mengundang padah apabila ditahan polis.
(Foto viral) Tindakan seorang remaja lelaki bawah umur memandu kereta tanpa lesen membawa ibu dan rakannya sebagai penumpang, mengundang padah apabila ditahan polis.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia