Berita Harian

Lelaki bunuh kekasih hamil berdepan hukuman mati

Bekas penuntut IPT tikam, toreh perut, bakar teman wanita

- Oleh Amirul Aiman Hamsuddin bhnews@bh.com.my

Sungai Besar: Seorang bekas penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) dihadapkan ke Mahkamah Majistret semalam atas pertuduhan membunuh kekasihnya.

Tertuduh, Muhammad Fakrul Aiman Sajali, 20, mengangguk faham ketika pertuduhan dibaca di hadapan Majistret Siti Hajar Ali.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa membunuh Nur Anisah Abdul Wahab, 21, di Jalan Benteng Laut, Jalan Sungai Limau pada jam 8.30 malam 22 Mei lalu hingga jam 8 pagi 23 Mei lalu.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntu­kkan hukuman mati jika sabit kesalahan.

Bagaimanap­un, tiada sebarang pengakuan direkodkan dan mahkamah menetapkan 3 Ogos depan sebagai tarikh sebutan semula kes.

Pendakwaan dikendalik­an Pengarah

Pendakwa Raya, Ku Hayati Ku Haron dan Muhammad Afiq Qiwamuddin, manakala tertuduh diwakili peguam Khairul Anuar Kashim dan Muhammad Nor Tamrin.

Mohon pindah ke Mahkamah Tinggi

Terdahulu, peguam memohon agar pertuduhan yang dihadapi anak guamnya dipindahka­n ke Mahkamah Tinggi secepat mungkin.

Muhammad Nor berkata, ini bertujuan untuk pihak pendakwaan mengemukak­an dokumen berkaitan pertuduhan terlebih dahulu.

Terdahulu, tertuduh yang berbaju kuning hadir pada jam 8.55 pagi dengan menaiki kenderaan polis.

Media sebelum ini melaporkan perselisih­an faham untuk menyembuny­ikan kehamilan di luar nikah dipercayai punca seorang pelayan restoran dibunuh secara kejam dengan ditikam, dikelar perut dan dibakar teman lelakinya di sekitar kebun kelapa sawit, Jalan Sungai Limau, di sini, 22 Mei lalu.

Tertuduh dan mangsa adalah pasangan kekasih dan sudah menjalin hubungan selama setahun.

Pada 24 Mei lalu, Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superin

tendan Agus Salim Mohd Alias, berkata suspek yang berusia 20 tahun membawa mangsa menaiki kereta sebelum bertengkar dengan wanita itu dan memukul kepalanya sehingga pengsan lantas dibunuh di lokasi berkenaan sekitar 10 malam.

Suspek kemudian menikam mangsa menggunaka­n pisau dapur serta menoreh perut wanita berusia 21 tahun itu sebelum membakar mayat kekasihnya pada malam kejadian dan kembali semula ke lokasi kejadian keesokan harinya dengan membawa tong berisi petrol untuk membakar mayat berkenaan sekali lagi.

 ?? (Foto Genes Gulitah/bh) ?? Muhammad Fakrul dibawa ke Mahkamah Majistret Sungai Besar, semalam.
(Foto Genes Gulitah/bh) Muhammad Fakrul dibawa ke Mahkamah Majistret Sungai Besar, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia