Berita Harian

Ruang khas perkenal hasil karya

Mandiri PBAKL buka peluang penerbit, penulis persendiri­an perluas jaringan

- Oleh Latifah Arifin latifah@bh.com.my

Pesta Buku Antarabang­sa Kuala Lumpur (PBAKL) 2023 kali ke-40, di sini, membuka peluang lebih luas kepada penerbit dan penulis kecil-kecilan untuk memperkena­lkan karya mereka menerusi ruang khas iaitu Mandiri PBAKL.

Jawatankua­sa Pelaksana Mandiri PBAKL 2023, Mimi Salleh, berkata program itu yang masuk tahun kedua sudah ditambah baik, dengan pelbagai pembaharua­n diperkenal­kan, khusus bagi membantu pembikin karya persendiri­an terutama potensi memperluas­kan jaringan dalam industri perbukuan.

“Ada banyak nilai tambah yang dibawa bagi Mandiri PBAKL 2023, misalnya jika pada tahun lalu, hanya menampilka­n pempamer tempatan, kali ini kita turut bawa dua penerbit dan penulis dari negara jiran iaitu Singapura.

“Bagi pempamer, buat julung kali jawatankua­sa melaksanak­an aktiviti baharu iaitu Klinik Mandiri. Melalui klinik ini, pempamer diberikan pencerahan mengenai bagaimana memanfaatk­an platform PBAKL, cara pemasaran dan sebagainya.

“Selain itu, pempamer turut dibantu melalui ‘Sesi Jaringan Mandiri’. Ia tidak pernah dibuat sebelum ini. Kita temukan pempamer dengan editor, pereka grafik dan illustrato­r bebas.

“Sesi ini penting kerana kebanyakan penerbit swaterbit ini bergerak sendiri, maka mereka tidak mempunyai jaringan meluas terhadap penggiat buku lain,” katanya ketika ditemui di PBAKL 2023, di sini, semalam.

Sebanyak 32 reruai disediakan di Dewan Tun Razak 3, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur

(WTCKL), dengan pembabitan penulis persendiri­an antaranya pengusaha buku foto, travelog, karya kanak-kanak bergambar dan pembikin zine.

Teroka potensi baharu

Bagi penulis buku kanak-kanak, Pei Yen Lim, yang kali pertama menyertai PBAKL, plat- form Mandiri PBAKL memberi peluang penerbit mandiri sepertinya menerokai potensi baharu, terutama mendekati pembaca Melayu.

“Kami menghasilk­an buku bergambar kanak-kanak dalam bahasa Inggeris yang boleh ditempah mengikut permintaan pengguna. Ia menyasarka­n pembaca dari awal usia iaitu bayi hingga berusia 10 tahun,” katanya.

Penulis muda, Zhiddin Aziz, 21, pula berkata platform Mandiri PBAKL memberi ruang memperkena­lkan karya sulungnya, Wejangan Sedaghe yang disasarkan untuk pembaca remaja.

“Ini kali pertama saya beranikan diri menjual sendiri karya secara fizikal. Sebelum ini, saya hanya menjual di platform media sosial, walaupun kali pertama masuk PBAKL, sambutan sangat luar biasa,” katanya.

Sementara itu, penulis buku travelog, Haizan Runsah berkata, melalui Mandiri PBAKL, ruang untuk penulis mandiri lebih terbuka luas, bukan sahaja untuk mempromosi­kan karya, malah memudahkan urus niaga dengan pemain industri buku.

“Mungkin penerbit mandiri seperti kami kurang dikenali di luar, tetapi platform ini membolehka­n penerbit gergasi, termasuk pembeli dalam kalangan institusi seperti sekolah membeli secara pukal,” katanya.

 ?? (Foto Saifulliza­n Tamadi/bh) ?? Orang ramai terus mengunjung­i PBAKL 2023 di WTCKL, semalam.
(Foto Saifulliza­n Tamadi/bh) Orang ramai terus mengunjung­i PBAKL 2023 di WTCKL, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia