Berita Harian

UPSI dapat jimat RM13.5 juta guna tenaga solar

-

Tanjung Malim: Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Kampus Sultan Azlan Shah Proton City, dekat sini, dijangka mampu menjimatka­n sehingga RM13.5 juta melalui projek solar fasa pertamanya.

Manfaat itu dijangka dicapai sepanjang tempoh konsesi 20 tahun menerusi lapan kawasan pembinaan panel solar fotovoltai­k (PV) berkapasit­i 3.24MWP di kampus universiti itu.

Naib Canselor, Prof Datuk Dr Md Amin Md Taff, berkata projek terbabit hasil kerjasama UPSI Holdings Sdn Bhd dengan Tenaga Nasional Berhad (TNB) serta rakan strategik Synergy Generated Sdn Bhd (SGSB) bagi membina panel solar di sekitar kampus berkenaan.

Katanya, projek terbabit selaras hasrat universiti menyokong matlamat pembanguna­n mampan (SDG) dan kerjasama antara UPSI Holdings dengan SGSB sejajar objektif strategik UPSI ke arah pembanguna­n kampus pintar, digital, lestari serta mesra persekitar­an.

“Projek pertama berkenaan bakal memberi manfaat dan penjimatan RM13.5 juta, malah penguranga­n pelepasan gas karbon sebanyak 56,000 tan sepanjang tempoh konsesi selama 20 tahun.

“Kerjasama itu juga bakal membuka lebih banyak potensi penyelidik­an, pemindahan teknologi dan peluang pekerjaan kepada graduan UPSI yang berminat menceburi bidang Bekalan Tenaga Boleh Baharu,” katanya selepas Majlis Memeterai Perjanjian

Bekalan Tenaga Boleh Baharu (SARE) antara UPSI dengan SGSB dan TNB serta surat tawaran antara SGSB dengan Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) di Dewan Muallim Scholar’s Suites, malam kelmarin.

Perjanjian berkenaan bagi pelaksanaa­n pemasangan sistem solar di UPSI oleh SGSB dengan kerjasama UPSI Holdings Sdn Bhd.

Yang turut hadir, Pengerusi Eksekutif SGSB, Datuk Wan Shaharuddi­n Wan Mahmood; Ketua Pegawai Pelanggan TNB, Nasaruddin Mohd Zaini serta Ketua Pegawai Perniagaan Kumpulan Institusi Perbankan, Sharifah Sarah Syed Mohamad Tahir.

Ketika ini UPSI mencatat penggunaan bil elektrik sehingga RM11.6 juta setahun.

 ?? (Foto Rosman Shamsudin/bh) ?? Md Amin (kiri), Nasaruddin (dua dari kanan) dan Wan Shaharuddi­n pada Majlis Memeterai Perjanjian Bekalan Tenaga Boleh Baharu antara UPSI dengan SGSB dan TNB di Tanjung Malim, kelmarin.
(Foto Rosman Shamsudin/bh) Md Amin (kiri), Nasaruddin (dua dari kanan) dan Wan Shaharuddi­n pada Majlis Memeterai Perjanjian Bekalan Tenaga Boleh Baharu antara UPSI dengan SGSB dan TNB di Tanjung Malim, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia