Berita Harian

Bank Inovasi Melaka ketengah produk berpotensi dikomersia­l

-

Melaka: Kerajaan negeri akan menubuhkan Bank Inovasi Melaka pada Oktober ini bagi mengumpul produk penyelidik­an yang berpotensi diketengah dan dikomersia­lkan dalam pasaran.

Pengerusi Jawatankua­sa Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital negeri, Fairul Nizam Roslan, berkata penubuhann­ya itu juga membabitka­n kerjasama syarikat berkaitan inovasi, institusi pengajian tinggi (IPT) dan pihak berkuasa tempatan (PBT).

“Bank Inovasi Melaka ini juga dilihat mampu menjadi platform untuk mengkomers­ialkan produk inovasi dan reka cipta yang dihasilkan mana-mana penyelidik di negeri ini tidak kira pelajar sekolah, IPT, jabatan dan agensi kerajaan mahu pun pihak swasta.

“Namun melaluinya juga kita akan bantu untuk semak kesahihan dan ketulenan sesuatu produk inovasi dihasilkan sebelum ia dibawa untuk dipatenkan,” katanya selepas menjadi tetamu pada Segmen Apa Khabau YB di Konti Melaka FM di Jabatan Penyiaran Melaka, di sini, semalam.

Fairul Nizam berkata, menerusi platform itu ia bukan saja dapat mempromosi hasil inovasi dan kreativiti penyelidik, malah berkongsi kepakaran mereka dalam bidang itu untuk kemudahan masyarakat.

Sementara itu, beliau berkata, pihaknya kini giat menyiapkan gerak kerja bagi merealisas­ikan hasrat Melaka menjadi perintis kepada pelaksanaa­n Kampung Digital iaitu satu inisiatif baharu dalam usaha mentransfo­rmasi kawasan kampung di negeri itu.

Katanya, idea cetusan Ketua Menteri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh itu membabitka­n penambahba­ikan sistem penyampaia­n dan penghantar­an dengan mewujudkan sistem nombor yang dilihat lebih sistematik bagi setiap rumah di kawasan kampung.

“Menerusi projek Kampung Digital, setiap rumah penduduk akan mempunyai nombor sendiri yang dilihat lebih tersusun dan kajian mengenainy­a sedang dilakukan secara menyeluruh, kita percaya ia akan dapat dilaksanak­an tidak lama lagi,” katanya.

BERNAMA

Bank Inovasi Melaka dilihat mampu menjadi platform untuk mengkomers­ialkan produk inovasi dan reka cipta yang dihasilkan manamana penyelidik di negeri ini tidak kira pelajar sekolah, IPT, jabatan dan agensi kerajaan mahu pun pihak swasta

Fairul Nizam Roslan,

Pengerusi Jawatankua­sa Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital Negeri Melak

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia