Berita Harian

Rundingan siling hutang AS tak beri kesan ekonomi Malaysia

Isu lebih cenderung pengaruhi sentimen pasaran saham, bon dan tukaran asing

- Oleh Mahanum Abdul Aziz mahanum_aziz@bh.com.my

ketidakten­tuan yang menyelubun­gi isu had hutang Amerika Syarikat (AS) dilihat tidak memberi kesan langsung kepada ekonomi negara, demikian kata penganalis­is.

Namun, isu berkenaan lebih cenderung mempengaru­hi sentimen dalam pasaran saham, bon dan tukaran asing yang mengundang turun naik tidak menentu dalam pasaran berkenaan.

Ketua Ekonomi dan Kewangan Sosial Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid, berkata terkini keputusan dicapai di peringkat Dewan

Perwakilan AS untuk menaikkan had hutang AS sebelum tarikh akhir bayaran hutangnya pada 5 Jun ini dilihat positif.

Namun, beliau berkata, isu siling hutang AS itu belum selesai lagi memandangk­an keputusan yang dicapai itu juga perlu dipersetuj­ui oleh Senat dan seterusnya rang undang-undang itu akan ditandatan­gani oleh Presiden AS.

“Terdapat banyak kemungkina­n yang bakal berlaku dan tarikh akhir 5 Jun semakin hampir.

“Jadi perkara ini yang menyebabka­n nilai ringgit masih lemah berbanding dolar AS,” katanya kepada BH bagi mengulas perkembang­an terkini isu hutang AS terhadap ekonomi dan pasaran tempatan.

Penggubal undang-undang AS mengundi pada Rabu untuk menaikkan had pinjaman negara itu sebagai langkah pertama yang penting untuk mengelak bencana kemungkira­n.

Langkah itu menggantun­g siling hutang hingga 2024, mengurangk­an sedikit perbelanja­an kerajaan tahun depan.

Tiada impak langsung

Sementara itu, Pengarah dan Ketua MIDF Research, Imran Yassin Md Yusof, berkata rundingan siling hutang AS tiada impak langsung kepada ekonomi Malaysia kerana ia berkaitan perbelanja­an kerajaan AS.

Beliau berkata, ia memberi impak tidak langsung melalui pengukuhan dolar AS berikutan pelabur beralih kepada aset lindung nilai ketika ketidakten­tuan.

“Impak ini ada positif dan negatif. Secara positif, ia membuatkan eksport Malaysia lebih kompetitif tetapi secara negatif ia boleh menyebabka­n inflasi melalui kenaikan harga barang import,” katanya.

Pengarah Program MBA Putra Business School (PBS), Prof

Madya Dr Ahmed Razman Abdul Latiff, pula melihat rundingan siling hutang AS tidak memberi impak negatif kepada ekonomi Malaysia dengan ketara kerana Kongres AS akan sentiasa meningkatk­an had siling hutang apabila perlu.

Namun, beliau berkata, risiko jangka masa panjang tetap ada kerana tahap keberhutan­gan AS yang tinggi akan menyebabka­n boleh berlakunya krisis ekonomi yang teruk dan ia akan memberi impak kepada ekonomi Malaysia jika negara tidak bersedia dan memperkuku­hkan asas ekonomi.

Terdapat banyak kemungkina­n yang bakal berlaku dan tarikh akhir 5 Jun semakin hampir. Jadi perkara ini yang menyebabka­n nilai ringgit masih lemah berbanding dolar AS

Mohd Afzanizam Abdul Rashid,

Ketua Ekonomi dan Kewangan Sosial Bank Muamalat Malaysia Bhd

Impak ini ada positif dan negatif. Secara positif, ia membuatkan eksport Malaysia lebih kompetitif tetapi secara negatif ia boleh menyebabka­n inflasi melalui kenaikan harga barang import

Imran Yassin Md Yusof,

Pengarah dan Ketua MIDF Research

 ?? ??
 ?? ??
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia