Berita Harian

Fasa 1 JENDELA capai sasaran

Inisiatif Jalinan Digital Negara dipertingk­at, pelaksanaa­n 5G ikut perancanga­n

- Oleh Alzahrin Alias zahrin@bh.com.my

Pelaksanaa­n Fasa 1 inisiatif Jalinan Digital Negara (JENDELA) sudah mencapai sasarannya dalam memperluas­kan liputan dan mengukuhka­n kualiti pengalaman jalur lebar kepada pengguna di negara ini.

Ketua Pegawai Operasi Suruhanjay­a Komunikasi dan Multimedia (MCMC), Datuk Mohd Ali Hanafiah Mohd Yunus, berkata dengan pencapaian itu, Fasa 2 JENDELA dijangka akan dimulakan pada suku ketiga atau keempat tahun ini.

Beliau berkata, liputan 4G sudah melepasi sasaran yang ditetapkan SKMM bersama syarikat telekomuni­kasi sebanyak 96.9 peratus dengan capaian 96.92 peratus.

Katanya, sejumlah 7.74 juta premis telah menggunaka­n jalur lebar sehingga 31 Disember 2022, melepasi sasaran sebanyak 7.5 juta premis.

Manakala kelajuan internet pula katanya berada pada 43.46 Mbps hingga 116.03Mbps, berbanding sasaran Fasa 1 JENDELA iaitu 35 Mbps.

“Dengan kejayaan ini Fasa 2 JENDELA dijangka dimulakan pada suku ketiga atau keempat kerana berdasarka­n sasaran ia seharusnya bermula tahun ini juga.

“Dengan ketersedia­an semasa untuk liputan 4G dan kelajuan internet, jalinan digital negara dipertingk­atkan dan memberi manfaat kepada rakyat,” katanya ketika taklimat media prestasi JENDELA secara maya semalam.

Ketika ditanya mengenai pelaksaan 5G pula, Mohd Ali Hanafiah berkata ketika ini pelaksanaa­n teknologi itu berjalan lancar mengikut perancanga­n.

80 peratus liputan 5G

Beliau berkata, pasukan petugas khas 5G yang dibentuk bagi memastikan pelaksanaa­n rangkaian itu juga sudah mengadakan mesyuarat kali kedua hari ini.

Katanya, MCMC yakin sasaran untuk mencapai 80 peratus liputan kawasan berpendudu­k bagi 5G dapat dicapai pada akhir tahun ini sekali gus membolehka­n pelan peralihan kepada model dwirangkai­an 5G dan entiti kedua dapat dilaksanak­an.

Rangkaian 5G katanya mendapat sokongan semua pihak termasuk daripada pengendali rangkaian mudah alih (MNO).

“Kami yakin sasaran 5G akan dapat dicapai seterusnya memberikan liputan yang lebih baik kepada rakyat.

“Namun kadar penggunaan liputan 5G masih rendah sekitar 3.1 peratus atau 1.2 juta pengguna,” katanya.

Sementara itu, dalam taklimat sama, semua MNO turut menyatakan sokongan kepada pelan 5G yang dilaksanak­an kerajaan daripada peralihan kepada model dwirangkai­an 5G dan kewujudan entiti kedua.

Ini termasukla­h Maxis Bhd, satu-satunya MNO utama yang tidak memeterai Perjanjian Akses (AA) 5G dengan Digital Nasional Bhd (DNB) bagi menyediaka­n perkhidmat­an 5G.

Ketua Pegawai Rangkaian Maxis, Abdul Karim Fakir Ali, berkata pihaknya sentiasa menyokong pelaksaan 5G dan akan memperkena­lkan produk dan perkhidmat­an berkaitan 5G secara komersial untuk pelanggan tidak lama lagi.

Beliau berkata, Maxis juga sedia untuk menawarkan kepakarann­ya dalam pembanguna­n rangkaian kepada semua pihak.

“Maxis sentiasa bersedia. Dari sudut rangkaian dan operasi, kami sudah bersedia (untuk penawaran 5G).

“Maxis akan sentiasa menjalin kerjasama dengan semua pihak berkepenti­ngan termasuk DNB dan MNO yang lain,” katanya.

Sebelum ini Maxis pernah menyatakan komitmen untuk bekerjasam­a dengan industri untuk mempercepa­t pelaksanaa­n 5G bagi negara sejajar dengan aspirasi digital kerajaan.

Ini kerana Maxis mengakui kepentinga­n pelaksanaa­n 5G yang cekap dan manfaat ekonomi yang akan dibawa kepada semua rakyat Malaysia.

Maxis pada 2 November 2022 menjelaska­n, adalah mandatori untuk syarikat itu mendapatka­n kelulusan daripada pemegang saham bagi memeterai AA dengan DNB, selaras dengan Akta Syarikat 2016 dan Keperluan Penyenarai­an Pasaran Utama Bursa Malaysia.

Setakat ini, MNO seperti U Mobile Sdn Bhd, Celcom Axiata Bhd dan Digi Telecommun­ications Sdn Bhd (yang kemudianny­a bergabung sebagai Celcomdigi) serta YTL Communicat­ions Sdn Bhd dan Telekom Malaysia menandatan­gani AA 5G dengan DNB pada 30 Oktober 2022 untuk menawarkan perkhidmat­an 5G di Malaysia.

Dengan kejayaan ini Fasa 2 JENDELA dijangka dimulakan pada suku ketiga atau keempat kerana berdasarka­n sasaran ia seharusnya bermula tahun ini juga

Mohd Ali Hanafiah Mohd Yunus,

Ketua Pegawai Operasi Suruhanjay­a MCMC

 ?? ??
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia