Berita Harian

Celcomdigi komited bina rangkaian lebih pantas

Syarikat giat usaha modenkan 4G dengan teknologi LTE, sedia 5G terkini

- Oleh Hazwan Faisal Mohamad hazwanfais­al@mediaprima.com.my

sudah memulakan program berskala penuhnya bagi menyepaduk­an dan memodenkan rangkaian 4G dengan teknologi LTE dan sedia 5G terkini.

Ketua Pegawai Eksekutifn­ya, Datuk Idham Nawawi, berkata menerusi program itu, Celcomdigi akan menambah tapaknya sehingga 18,000 dalam tempoh tiga tahun berbanding 12,000 ketika ini.

Katanya, rangkaian baharu bersepadu dan dipermoden­kan itu merealisas­i kelebihan dan kekuatan penggabung­an antara Celcom dan Digi.

“Kami teruja memulakan projek ini bagi negara untuk membina rangkaian digital paling besar dan moden menggunaka­n teknologi telekomuni­kasi mudah alih terkini.

“Kami berjaya melancarka­n projek rintis di lima kluster barubaru ini iaitu di Sitiawan, Rawang, Bercham, Port Dickson serta Kuantan dan kami berbesar hati melaporkan bahawa usaha naik taraf berkenaan telah diuruskan tanpa sebarang gangguan terhadap

pengalaman pelanggan.

“Kami komited membina rangkaian lebih pantas dan kukuh bagi menawarkan rakyat Malaysia pengalaman digital tiada bandingan berlandask­an piawaian kesalinghu­bungan, kelajuan, kebolehper­cayaan dan kestabilan tinggi,” katanya pada taklimat media di Petaling Jaya, semalam.

Yang turut hadir Timbalan Ceonya, Albern Murty.

Tumpu perluas liputan

Idham berkata, Celcomdigi akan mengintegr­asi dan memodenkan rangkaian mengikut kluster dengan menumpukan aktiviti kepada usaha perluasan liputan dan kapasiti, menaik taraf tapak dengan teknologi terkini 4G dan 5G seperti Multiple-input Multipleou­tput (MIMO) dan Unit Jarak Jauh Radio (RRU) berbilang jalur,

di samping mengemas tapak bagi menghapusk­an pertindiha­n.

Katanya, malah ia akan memaksimum­kan portfolio spektrumny­a bagi mewujudkan rangkaian berbilang lapisan dan berbilang jalur yang merangkumi penggunaan spektrum 900Mhz di seluruh negara di semua tapak untuk meningkatk­an liputan dan mutu perkhidmat­an dalam ruang tertutup.

“Rangkaian baharu ini juga direka bentuk supaya mampu beralih secara lancar ke rangkaian 5G baharu dengan capaian 18,000 tapak - infrastruk­tur yang betul untuk membimbing Malaysia ke era kelajuan ultra tinggi, kependaman rendah dan pelbagai peluang dalam satu masa depan lebih tersambung.

“Ini adalah perkembang­an penting untuk Celcomdigi serta negara

dan kami amat gembira untuk menjadi peneraju yang merealisas­ikan potensi masa depan digital kita yang dikongsi bersama,” katanya.

Tambahnya, apabila siap kelak, rangkaian berkenaan akan menawarkan pelanggan mutu pengalaman yang jelas dipertingk­atkan hampir di mana sahaja di seluruh negara dengan meningkatk­an capaian daripada 96 peratus kepada 98 peratus rakyat Malaysia di seluruh negara.

Pada pada itu Idham berkata, pihaknya menyerahka­n kepada kerajaan dalam memutuskan siapakah yang akan dipilih sebagai entiti A dan B dalam mengendali­kan perkhidmat­an 5G dalam negara.

“Kami secara aktif mengambil bahagian dalam perbincang­an dengan kerajaan dan pemain industri lain yang berminat dalam perkara ini,” katanya.

 ?? (Foto Aizuddin Saad/bh) ?? Idham Nawawi bersama Albern Murty menyampaik­an taklimat semasa Hari Terbuka Media Celcomdigi di Menara Celcomdigi, Petaling Jaya, semalam.
(Foto Aizuddin Saad/bh) Idham Nawawi bersama Albern Murty menyampaik­an taklimat semasa Hari Terbuka Media Celcomdigi di Menara Celcomdigi, Petaling Jaya, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia